Sunday, 10 September 2023

Madu Propolis

Sekarang memang musim batuk dan selsema kan? Baru je elok anak-anak korang, haaaa minggu depan batuk balik..yang best kalau dapat pakej kita sekali berjangkit dengan anak-anak..

Sejak ada anak angkat bulus ni, batuk + selsema tu memang berganti-ganti, jadi mainan halwa telinga...

minggu lepas appoinment asma medina, Dr tanya, isu kucing dan karpet dah selesai?? 😅

Eh..ehh, kalau la sesenang itu boleh hantar anak bulus tinggalkan kat pasar, dah selesai dah Dr..eheh, xde hati perut ke kan?

Medina ok la terkawal la batuk dan asma dia, sbb consistent ambil neb, dan regular check up dia, but untuk Amin dan Aydan, jenuh juga la, selain essential oil (RC dan Peppermint) ,ubat-ubat juga dan cari suplemen yang sesuai..

Eo mak letak dalam tupperware sbb nak bawa pi outstation

EO untuk batuk dan selsema

So alkisah Madu Propolis ni, 2 hari lepas pergi Melaka, bila balik tu singgah la kat Ayer Keroh kan, nak beli cencalok la, dodol la, dan singgah jugak Melaka Bee Gallery..Kat situ kan selain korang boleh belajar mengenai penghasilan madu, kat situ pun korang boleh beli produk-produk madu dan ada tester..

So, ikutkan auntie dekat Bee Gallery tu, untuk atasi masalah batuk dan selsema, boleh cuba madu propolis..sama ada beli madu yang dah dicampur dengan propolis atau ambil propolis sahaja pun boleh..Propolis dikatakan mengandungi antioksidan yang tinggi..kalau ada ulser dalam mulut pun boleh titik je few drops propolis kat tempat ulser tu...rasa propolis tu pahit pahit pedar...Auntie tu maklumkan masa Covid hari tu, propolis ni out of stock 😁








Apa salahnya mencuba kan, dah 3 hari bagi anak-anak makan madu propolis, alhamdulillah Aydan dan Medina lega..Amin selsema kering, masih ada bunga-bunga batuk lagi..Korang nak try boleh klik 👉  https://vt.tiktok.com/ZSLTcTCCG/  😘



Saturday, 26 August 2023

Ningxia Red Young Living

Mak memang ahli YL sejak 2021..kenapa masih bertahan, sebab produk YL tu memang bagus 👍

Salah satu produk yang memang mak wajib beli atau redeem adalah Ningxia Red..

Ningxia Red ni, sebotol RM176..kalau sale baru la boleh jatuh sikit harga dia, tu pun sebab nak expired, but kalau nak expired pun mak memang akan borong..My mum pun pengguna tegar Ningxia Red..kenapa? Dia kata kalau minum Ningxia, mata dia terang, insyaAllah 👀




So, apa tu Ningxia Red?

Daripada laman web Young Living: 

Packed with powerful antioxidants and superfoods, NingXia Red features wolfberry, plum, aronia, cherry, blueberry, and pomegranate juices and extracts to start your day off right. Clinical studies revealed that NingXia Red significantly increases physical energy levels, improves sleep patterns, increases time asleep, and reduces daily stress to improve mental well-being. It also contains a blend of premium essential oils, including Orange, Yuzu, Lemon, and Tangerine. These ingredients combine to help prevent oxidative stress, support normal cellular function, and promote healthy energy levels.* 

  • Clinically shown to: 

    • Provide energy support without caffeine* 

    • Increase physical energy levels significantly while reducing physical limitations* 

    • Support whole-body health and wellness* 

    • Improve sleep patterns, increasing time asleep* 

    • Reduce daily stress significantly to improve mental well-being* 

  • Helps prevent oxidative stress* 

  • Provides a nutrient infusion for whole-body support* 

  • Contains a synergistic blend of Orange, Tangerine, Lemon, and Yuzu premium essential oils* 

  • Contains powerful ingredients that are involved in many antioxidant processes* 

  • Supports normal eye health* 

  • Supports healthy digestion* 

Kalau korang tanya mak jujur ya, Ningxia Red ni, mak memang minum bercatu, sebab mahal..Mak minum malam sebelum tidur, pagi korang akan rasa kulit muka korang gebu gebas..dan lembab..ada juga bila terlampau tengok skrin telefon dan laptop, mata akan penat dan kabur..but lepas minum Ningxia, penglihatan mata tu terang..

Kalau anak-anak mak tak sihat, demam / batuk atau selsema..mak memang akan bagi minum Ningxia tiap hari..Insyaallah, cepat sembuh dengan izinNya..

My makcik minum ningxia, bacaan BP dia turun..sibuk tanya bila sale Ningxia..

Bila dah naik umur 40 tahun ni, kesihatan kena jaga kan? Me dah cut sugar, minum kopi xde gula dan susu..weekend ajak laki gi briskwalk (memang wajib) 

Brisk Walk Hari Minggu



Siapa yang tercari-cari minuman kesihatan, you should try Ningxia Red..must have dalam peti ais setiap rumah..bagus untuk seisi keluarga korang!!👉  https://vt.tiktok.com/ZSLEnYoUS/

Friday, 7 July 2023

Projek akan datang :: Excited !!





Isi balik borang tnb + syabas buat kali ketiga !! Alhamdulillah, dalam bulan september akan mula sibuk..sekarang tengah survey dan kira bajet nak prepare rumah untuk dijadikan homestay. Nanti nak kena tempah langsir..nasib baik beli rumah dah siap ada lampu, kipas + kitchen cabinet..tak payah pening dah nak buat wiring dan sebagainya.


survey perabot jua





Siapa excited?? Me 😊

Monday, 19 June 2023

Manfaat Daun Mengkudu untuk demam !!

Korang kenal pokok mengkudu takkk??hihhh 😏

Nak jadi cerita, me, hubby dan anak-anak akan brisk walk tiap weekend..tu memang azam tahun 2023...alahhh, brisk walking belakang rumah sampai la ke tepi tasik sepanjang Presint 8...so kalau lalu belakang rumah jiran, kadang ternampak la pokok mengkudu..siap buah mengkudu berjuntai juntai tak mengisah orang nak mengambiknya...

2 minggu lepas, Amin demam, nak jadi cerita lebih seminggu tak kebah-kebah..panadol dah nak habis 1 papan..selalunya kalau demam paling lama 4 hari..so dalam dok cuba macam-macam petua, air asam jawa, air lemon, bawang putih laaaa, air yasin (you name it) 

Call la my mum (Nenek) teringat pulak petua lama, cari daun mengkudu, layur kan atas api depan dan belakang..lepas tu balut perut dan belakang badan masa tidur (tunggu la daun tu suam-suam tau, jangan la panas-panas korang tekap pulak 😅)

Pastu tanya husband, eh mana pulak nak cari daun mengkudu, macam nak kena mintak kat jiran nih!! masalahnya bukan jiran dekat, selang 2-3 rumah ni, jiran selang 5-6 rumah!!

Dalam dok nak susun ayat nak mintak jiran, Allah tu Maha Baik, ada la sebatang pokok besar belakang rumah, tumbuh liar, tidak bertuan, selama ni memang tak pandang pun, tiber husband panggil, eh meh sini, bila datang dekat, ni pokok mengkudu kan?? dengan buah-buah bergelimpangan tak berkutip..apa lagi, 2 laki bini, petik jangan tak petikkkk..

Alhamdulillah, dengan izin Allah, setelah cuba petua selama 2 malam, kebah demamnyaa, yang impress nya adalah, masa suhu naik 37..mak tekap daun tu terus, suhu tak naik, sama ada suhu mantain, lepas setengah jam, suhu akan turun, tanpa makan panadol..macam tak percaya kan? tapi menjadi!! so ibu-ibu kalau nak cuba (make sure bawa anak jumpa doktor dulu ya), boleh try ok..petua yang tak perlu masuk mulut pun (makan)..cuba lah!!



Wednesday, 22 March 2023

Dah Ramadhan !!

Dah puasa koranggggg..cepat betull..alhamdulillah 🙏sistur tak la busy, tapi sibuk dok baca kisah rumahtangga orang sana sini 😖 malas nak buka instagram atau media sosial kan? sana sini kisah penyondol, cerai, nusyuz, ehhhh, macam-macam..moga dipermudahkan semua urusan..

To update, one of my close friend dapat tukar, yang sadis nya nak cerita, last kami jumpa adalah dicafe, bulan pertengahan Februari, lepas tu esoknya dia MC, sampai la dapat  tukar awal bulan Mac..Dan my friend tu pergi sahaja, dah tak jumpa..Moral of the story, kalau seseorang ajak jumpa, walaupun just for a cup of coffee dan chit chat, pergi je...kita tak tau esok lusa kita jumpa lagi ke tidak kawan kita tu..😭

Macam mana life? Jumi ada adik baru, haaaa..datang lagi anak kucing...nama Angel pulakkkk..si legam yang becok..Kalau ikutkan memang tak nak bela kucing, sebab anak asma dan cepat batuk..tapi yelah..Dah rezekiii, Angel datang, jangan ditolakkk..so welcome Angel..si hitam legam 😊




Tahun ni macam tahun membela kucing pulakk...Eh, persiapan raya korang dah siap? Sistur dah complete hokayyy..gembira siap awal...Dari bulan Disember dok pulun tempah baju raya sampai la bulan ni, last beli baju Medina..senang tak heboh nak cari masa bulan puasa..sistur tak suka sesak-sesak kat shopping mall..berebut pegang kasut, tarik baju sana sini...ooooiii takde masa nokkk..so better siapkan awal..tinggal nak tukar duit raya je..

Eh dah lama tak buat review produk kan? tu laaa, nak kena ada mood..banyak idea mencurah-curah, yang konon nak konsisten la update blog..tapi nak mula balik tu..sistur cuba la yeh..income blog ni pun walaupun tak update, masih masuk, so sayang pulak nak biar bersawang kan??

Selamat berpuasa korang😘


Monday, 16 January 2023

Selamat Tahun Baru 2023

 Hari ke 16 baru nak wish tahun baru...lambatttt 😋

Anak-anak dan suami diuji chicken pox..dari disember bawak ke Januari..berturutan..gilir-gilir..

Memang tak ke mana-mana..Ontok kat rumah, nak pi mana kan?? berjangkit nanti..

Start November, diuji dengan anak-anak berturut batuk dan asma, sampai warded, dah lama tak warded 😓

Ohh ya, we have a new member in the Family :: Jumi The Cat..datang pepagi subuh dalam keadaan lapar dan kehausan susu, kesian betul..dah 3 bulan our life with Jumi..balik rumah Nenek pun angkut sekali..no wonder la bebudak ni start asma..hihihh...nak buat macam mana kann..kalau ignore, kesiann!!

Masa mula datang, dengan cirit nya



Kat rumah nenek pun angkut 😁

Ko tengok Jumi, bahagia kan??



Cerita pasal Chicken Pox pulak, berderet kan kena? awal-awal kena tu, sapu celamine lotion beli kat farmasi dan ada yang dapat kat klinik..we ikhtiar juga ambil daun semambu (Neem Leaves) kat tepi jalan..Daun semambu ni, blend dan buat air mandi..kalau ada bath tub, rendam dalam tu...Kalau ada Essential Oil, boleh drop beberapa titis Thieves dalam air mandian tu ya..




Dan sila pantang makan, elakkan yang gatal-gatal macam telur, ikan bilis, seafood dan sebagainya..Standby gula-gula sakit tekak juga ya, sebab confirm akan ada ulser dan sakit tekak 😖Kalau kena chicken pox, jangan tak pergi klinik ya..Doktor akan bagi ubat alahan (redakan rasa gatal), calamine lotion dan ubat-ubat berkaitan..Medina masa mula-mula kena, demam juga 1 hari..Bertabahlah wahai ibu-ibu, yang anaknya dijangkiti chicken pox..Kerap cuci towel dan cadar, dan bila anak-anak baring tengok tv, alas la dengan kain, sebab chicken pox tu berair..Depa chicken pox, memang dah tak bagi pegang Jumi, nanti jangkit pulak ke anak bulus..😏

Minggu ni dah start balik busy sedunia, anak-anak pun dah start sekolah, tengah exam..Ibu dia pun dah work...dan dah start susun /organize planner..So, apa plan korang tahun ini? 


Saturday, 17 September 2022

Genius Aulad 2023 Fees

 Hari ni mak nak update Genius Aulad 2023 Fees..since mak tengok ramai yang baca mak punya post pasal Genius Aulad Fees, so mak update yang 2023 punya keh..

Anak-anak mak dari yang sulung sampai la yang last ni (eh last ke?😁) memang mak masukkan Genius Aulad...kenapa? sebab 

1. GA ada kat mana-mana, kalau korang pindah kerja silibus dia sama je tak kisah la branch dia           kat mana

2. Anak korang darjah 1, insyaallah, dah tak ada masalah membaca..GA yang bagusnya, dia                 ada sesi reading yang pada mak, memang sangat efficient dan untuk korang parents yang tak                   ada masa nak ajar anak-anak korang membaca...korang takyah risau;

3. GA lengkap, dari segi education dan hat agama, basic iqra' pun jalan, solat dan surah2                    mudah pun insyaallah anak korang by 7 tahun, they will be ready 👍

4. GA ada aktiviti-aktiviti lain selain dalam kelas : sukan, lawatan, konsert dan lain-lain

So mak update berapa GA punya fees untuk tahun 2023..aydan last tahun depan, :


Tak salah kalau korang invest lebih untuk education anak-anak keh..mula dari awal, tak rugi pun 😚