Wednesday 4 July 2018

Beri lah Ibumu Walau RM 10 daripada Pendapatan Mu Wahai Anak !

Semalam dan hari ni agak terganggu fokus dan mood...Sampai ofis dalam pukul 7.15 am selalu bancuh air, breakfast dan baca surat khabar online..tapi bila buka surat khabar online hari ni penuh dengan kisah Baby Adam Rayqal....ok..terus tutup server sambil ambil tisu kesat air mata...Bertabah lah wahai ibu Baby Adam!! 

Allah tidak akan menguji hamba-Nya melebihi batas kemampuannya...Lucu bila melihat Netizen siap bagi tips memilih Pengasuh!! Macam la dia yang paling hebat dalam memilih pengasuh anak...Setiap ibu dan bapa akan memilih yang terbaik untuk anak-anak mereka...Tidak ada ibu dan bapa yang akan sambil lewa dalam memilih orang yang akan menjaga Nyawa mereka...Tapi takdir kita telah tertulis di Lohmahfuz, siapa lah kita untuk menyalahkan si ibu dan bapa...Mendoakan yang terbaik untuk mereka agar dapat menempuh ujian ini dengan tenang..

Berbalik kepada tajuk diatas, saja mak nak bebel, untuk peringatan diri sendiri dan mungkin Amin, Medina atau Aydan akan baca bebelan ibu ini..Nanti dah kerja bagi ibu duit naaaa..hihiiii

Terkilan bila ada anak yang tidak memberi duit kepada ibu dan bapa walau pun RM10 setiap bulan...Percaya lah..tidak akan papa atau jatuh miskin anda sekiranya anda konsisten beri duit pada ibu / bapa mu...Malah rezeki dan urusan mu akan dipermudahkan.. Rezeki itu luas....bukan berbentuk duit ringgit sahaja...Sekiranya anda mahu urusan anda dipermudahkan, beri duit pada ibu mu, dan tanggungan mu nescaya rezeki dan hidup anda tidak akan sukar dan susah!

Korang mahu anak-anak korang nanti beri korang duit atau bayarkan bil, belikan groceries setiap bulan bila korang dah tua nanti?? Nah, buat dulu pada ibu dan bapa korang nescaya Allah akan balas sama sahaja nanti melalui anak-anak korang...I've seen it...depan mata...Anak ramai dan kerja tapi tak memberi kepada ibu, tak senang pun hidup, meniaga tak pernah untung, duit tak pernah cukup.

Si Ibu berkeluh kesah meminta duit untuk memenuhi kehendak (bukan keperluan),  beritahu anak yang ini terus tak dapat dihubungi, anak yang meniaga lagi teruk (tak beri duit), anak yang kerja tetap tak boleh beri, duit nak pakai (i read the message)....So I tell my self and ask Allah, what is this shit? Berdoa kepada Allah agar dicukupkan rezeki untuk terus dapat memberi kepada ibu ini walaupun bukan di bawah tanggungan .. Walaupun sedikit, tetapi dapat menyenangi hati ibu ini...

Wahai Si Ibu juga mahupun tanggungan, janganlah membebankan anak-anak kamu atau suami kamu dengan kehendak yang di luar kemampuan mereka...Bezakan keperluan dan kehendak, bukan mahu kan sesuatu untu bermegah padahal kamu tidak mampu untuk menangungnya!!

Wahai anak-anak ibu ini...dan anak-anak diluar sana, berbaktilah dan nafkahi ibu/bapa dan tanggungan mu ..and your life will start changing , going BETTER !! Trust Me!!