Saturday 23 September 2023

Korang ok tak tu??

Mencabar kan hidup dalam keadaan ekonomi sekarang??

Dengan harga barang naik, barang-barang asas macam telur, minyak masak paket dan sekarang ni pulak beras terhad....it is not a good sign, kan?

Siapa yang ada anak ramai, mesti terkesan, nak beli barang dapurnya, belanja macam-macam...akan rasa terbeban dalam tekanan ekonomi sekarang..semoga urusan kalian dipermudahkan 🙏

Dah capai umur 40 ni, i just want peace..i will elak drama, keep my circle small, protecting my little family and my inner peace..

Macam pernah tulis dulu, me akan block terus  siapa yang nak start / create drama & disrespectful behavior waima la korang keluarga, saudara, atau sesiapa sahaja..i will create distance 👌

Life ni simple je, kau hormat orang, orang hormat kau..tu jer..jangan mintak respect tu sebab kau ada title..jangan mengadu domba buat orang bergaduh, jangan campur urusan orang lain, jangan mengatur hidup orang untuk ikut cakap dan cara kita..kalau buat plan untuk urusan sendiri, jangan susahkan orang lain untuk setelkan plan korang tu, plan sampai habisss..Plan A apa, Plan B apa?? sebab orang lain pun ada plan masing-masing..itu namanya hormat..respect!

Kalau tengok orang lain tiba-tiba ada benda lebih, jangan buruk sangka..jangan tuduh-tuduh..simpan hasad tu untuk diri sendiri..kita tak tau pengorbanan apa yang orang tu lalui sehingga sampai ke tahap tu..jangan create cerita ikut fantasi minda demi nak memuaskan nafsu dan hati..tak boleh bercakap benda elok..Diam!! 

kalau korang tak boleh create happiness dalam hidup korang, jangan hasut-hasut orang lain..sebab diri sendiri tak happy..kain sendiri koyak rabak, jangan sibuk nak jahitkan kain orang lain 😆

Back to cerita ekonomi, ada kawan tanya, macam mana korang beli barang dapur? nak tampung perbelanjaan untuk barang dapur? 

One of my friend kata, lepas ni nak kena tanam ubi kayu balik agaknya..sebab dulu-dulu kan orang melayu memang makan ubi kayu, memang tak makan nasi..my friend tu kata dia beli ubi kentang banyak-banyak, nak ajar anak kurangkan makan nasi...sampai macam tu la nak survive kan 😎

Kalau tanya me, me akan pergi pasar borong atau seri ternak untuk beli ikan,sayur dan spices..untuk ayam, me akan beli kat kilang ayam, dan me akan beli juga ayam tua (but korang kena ada preasure cooker), untuk perbelanjaan macam milo, susu tin, roti, me akan cari kedai macam 99 speedmart..maybe orang yang 'jaga standard' akan cakap tak standard dowh beli barang kat tempat-tempat macam tu...then korang jangan komplen RM100 tak penuh troli...kau nak standard ke kau nak bagi anak kau makan? At the end, ayam, milo tu rasa sama je, tak kisah la kau beli kat mana!!



my small happiness

tanam sendiri


Sunday 17 September 2023

Review Produk:: Kurma Dhuha

Lama dah nak buat review kurma dhuha ni..dah beli bertahun, tapi tak buat review.


Produk ni dah lama di pasaran, sebelum maajun nenda lagi..dalam tahun 2018 macam tu, mak pernah consume kurma dhuha, masa tu 8 bulan lepas bersalin mak tak period, mungkin faktor breastfeed full untuk aydan..so niat masa tu makan kurma dhuha ni nak banyakkan susu, tapi within a week after makan, terus datang period..masa tu sebu-sebu kat perut semua hilang la..

Lepas tu mak stop la...but my mum (nenek) makan juga kurma dhuha, sebab dia sakit kaki waktu tu, alhamdulillah, sakit kaki hilang, but my mum pun stop, sebab selera makan jadi tinggi..

Tahun ni, start beli balik..lama dah tinggal..beli untuk husband, sebab dia adalah masalah darah tinggi dan sakit lutut...so botol dalam gambar tu, my husband yang consume..me curi sikit-sikit..alhmdulillah, sakit lutut dia hilang..untuk darah tinggi, tidaklah ke paras normal, tapi dalam kawalan..

Apa khasiat kurma dhuha ni? Kalau ikutkan info daripada JRM, khasiat kurma dhuha adalah:

👉Merawat sakit dada, lelah (asma) dan sesak nafas;

👉Merawat sakit sendi dan sakit urat;

👉Membantu melegakan kahak dan masalah tiroid;

👉Menggalakkan pengeluaran susu ibu;

👉Merawat sembelit dan masalah perut;

👉Mengeluarkan angin dalam badan; dan

👉Merawat sakit tumit dan tapak kaki.


Bab buang angin tu pun mak tak nafikan, memang buang angin sungguh..kalau mak rasa bisa-bisa badan, sakit-sakit badan, mak memang curik la sikit kurma dhuha ni, rasa dia pun sedap, tak pahit pun..kunyah-kunyah hilang 😁




Sunday 10 September 2023

Madu Propolis

Sekarang memang musim batuk dan selsema kan? Baru je elok anak-anak korang, haaaa minggu depan batuk balik..yang best kalau dapat pakej kita sekali berjangkit dengan anak-anak..

Sejak ada anak angkat bulus ni, batuk + selsema tu memang berganti-ganti, jadi mainan halwa telinga...

minggu lepas appoinment asma medina, Dr tanya, isu kucing dan karpet dah selesai?? 😅

Eh..ehh, kalau la sesenang itu boleh hantar anak bulus tinggalkan kat pasar, dah selesai dah Dr..eheh, xde hati perut ke kan?

Medina ok la terkawal la batuk dan asma dia, sbb consistent ambil neb, dan regular check up dia, but untuk Amin dan Aydan, jenuh juga la, selain essential oil (RC dan Peppermint) ,ubat-ubat juga dan cari suplemen yang sesuai..

Eo mak letak dalam tupperware sbb nak bawa pi outstation

EO untuk batuk dan selsema

So alkisah Madu Propolis ni, 2 hari lepas pergi Melaka, bila balik tu singgah la kat Ayer Keroh kan, nak beli cencalok la, dodol la, dan singgah jugak Melaka Bee Gallery..Kat situ kan selain korang boleh belajar mengenai penghasilan madu, kat situ pun korang boleh beli produk-produk madu dan ada tester..

So, ikutkan auntie dekat Bee Gallery tu, untuk atasi masalah batuk dan selsema, boleh cuba madu propolis..sama ada beli madu yang dah dicampur dengan propolis atau ambil propolis sahaja pun boleh..Propolis dikatakan mengandungi antioksidan yang tinggi..kalau ada ulser dalam mulut pun boleh titik je few drops propolis kat tempat ulser tu...rasa propolis tu pahit pahit pedar...Auntie tu maklumkan masa Covid hari tu, propolis ni out of stock 😁








Apa salahnya mencuba kan, dah 3 hari bagi anak-anak makan madu propolis, alhamdulillah Aydan dan Medina lega..Amin selsema kering, masih ada bunga-bunga batuk lagi..Korang nak try boleh klik 👉  https://vt.tiktok.com/ZSLTcTCCG/  😘