Sunday 28 August 2022

Life Update :: Ogos sudah

Tenang-tenang saja ya 😙 Dah Ogos, lagi berapa bulan nak habis 2022.

Korang punya list yang nak capai tahun ni ada banyak yang dah dipotong?

Mak tengah gila tanam sayur, at my own house dan my mom's.

Besar dah timun 

Dan mak pun tengah gila jual YL..alhamdulillah..ada je rezeki masuk..😚

Selalu kalau dah masuk bulan Ogos ni, mak rajin browse Sephora USA, sebab nak window shopping skincare/ make up bundle untuk Christmas..tapi lama dah tak bukak Sephora, sebab priority dah lain, instead of browse Sephora, mak browse biji benih, macam mana nak tanam avocado  (haaaa kau)..Laki mak berjaya tanam daun sup dan daun ketumbar keh..yeayyy..takyah dah nak beli, pastu bila tak habis tak la mereput dalam peti sejuk kan?

Kalau weekend balik rumah nenek (my mom), kita buat projek yang sama, tanam sayur, start suburkan tanah, bagitau nenek, kena start kompos, kulit telur jangan buang..so aim nya adalah, untuk basic sayur-sayur kena adaa kat laman rumah..

Reboot tanah nenek :: Pokok Bendi




Weekend pun sibuk dengan aktiviti anak-anak kan? Kursus kepimpinan, sukan, eh eh..xde dah nak bermalasan / bangun lambat weekend eh..habis aktiviti baru qada' tidurrrrrrr 😂

Tahun ni mak punya motto live life to the fullest..siapa toxic, mak pancung habis waima la kau siapa sekali pun. Tahun ni, banyak checklist-checklist mak yang dah dipotong satu persatu, Alhamdulillah..so impressed dengan rahmat dari Allah. Sila la buat wishlist korang..tulissss, walaupun korang rasa ianya mustahil sebabkan mahal, insyallah, Allah kabulkan satu-satu tanpa korang sedar. Yang kaya, pemberi rezeki tu Dia..rezeki pun bukan dalam bentuk kebendaan sahaja ya (pesanan pada mak juga).

Mak pun dah cut gula (impressive tak..hahaa) berat turun kau..sekarang 53kg..makan tak cut, baru cut gula..awal tahun berat 57kg..moga istiqamah hendaknya 😆..cuma sekarang kulit kering..dah lama tak sapu lotion kan..haaa kena la rajin...kata idola JLO..nak cari skincare balik..nanti mak update keh skincare apa..Caudalie pun best juga kan..kena la research balik...sebabkan kulit yang kering tu mak ikhtiar la minum Ningxia Red..nampak dah nak habis keh..kalau korang minum ni sebelum tidur , esok pagi confirm kulit muka korang toink toink....haaaa...marvellous tak?


Minggu ni balik rumah nenek, sebabkan tengah reboot balik tanah sekitar rumah nenek, so semangat la beli tanah-tanah untuk tujuan reboot...nenek sekarang bukan main, kalau nak beli tanah atau pokok, telefon je uncle subramaniam, nanti dengan lori dia sampai..korang kalau sekitar selayang, nak pergi nursery malas, silaaaaaa telefon uncle subramaniam keh 😁


Have a nice weekend korang 😘