Thursday 26 November 2015

TANGGUNGJAWAB

Senario 1

Kerani kite meninggal dunia..Semasa hayat, arwah mempunyai 2 orang isteri dan 8 orang anak.. Arwah bercerai dengan isteri pertama pada tahun lepas 2014 dan 4 orang anak dengan bekas isteri pertama dah mempunyai kehidupan masing-masing (berkahwin dan berkerjaya)

Kite uruskan faedah ganjaran terbitan dan pencen arwah yang sah-sah isteri kedua arwah yang berhak menerima kerana isteri pertama telah pun diceraikan.

Setelah duit ganjaran dan pencen lulus dan dimasukkan ke akaun isteri kedua arwah, anak-anak bekas isteri pertama muncul ke pejabat...tidak puas hati kerana ganjaran dan pencen arwah dimasukkan ke akaun isteri kedua dan mendakwa pejabat tidak mohon kebenaran daripada mereka dan panjang lebar lagi lah aduan ketidakpuasan hati anak-anak arwah berkenaan pembahagian ganjaran arwah bapanya.


Senario 2

Hari ni kite didatangi oleh 'public', seorang wanita untuk akuan bersumpah berkenaan penjagaan anaknya. Kite minta IC (prosedur biasa), tengok gambar ic , terkesima sbb gambar di ic menunjukkan wanita tersebut seorang yang bergaya dan cantik berbanding wanita yang sedang duduk dihadapan kite..Kite baca akuan sumpah:

 Pernah berkahwin di thailand dengan suami, dan perkahwinan nya dibatalkan kerana tidak sah. Anak  nya adalah anak kandung di bawah penjagaan wanita tersebut.

Kite : Akuan sumpah untuk apa yer?

Wanita : Untuk menyatakan anak kandung saya di bawah jagaan saya, sebab saya nak masukkan di ke asrama anak yatim.

Kite: OOOOhhh, ayah dia mana?

Wanita: Kat Pahang..Dah tak ambil tahu pun pasal anak..saya yang jaga..cuma anak saya terabai sejak saya sakit..Saya depress puan, tengah dapatkan rawatan hospital..makan ubat.

Kite : Ooooohhh, (senyum)..takpe lah puan (sambil tandatangan akuan bersumpah)

Wanita: Puan cuba tengok gambar IC saya, saya dulu lain kan puan, saya pun kerja dulu, tapi dah 5 tahun saya sakit..jadi macam ni lah...mungkin balasan dosa-dosa saya..mungkin Allah nak kurangkan dosa saya..Kesian kat anak saya...terabai..

Kite: Sabar lah puan, Puan jaga diri yer..

Senario 3

Perbualan wassap antara adik dan abang:

Adik : Abang, nak pinjam duit untuk check up baby, nanti hujung bulan dah gaji, adik ganti.


Kite persoalkan tanggungjawab seorang lelaki untuk ketiga-tiga senario diatas..Kisah benar yang berlaku dalam kehidupan kite...Ketidakpuasan hati anak-anak dalam pengurusan harta arwah bapa mereka....Tanggungjawab seorang lelaki kepada isteri yang di nikahi di Thailand dan kepada anak lelaki yang hendak dimasukkan ke rumah anak yatim dan tanggungjawab seorang suami kepada isteri yang sarat hamil anak pertama (boleh mintak duit pada abang??? laki kau mana?)