Thursday 3 December 2015

SAFIYYA PROJECT

Salam Jumaat kawan-kawan,

Just nak share..i'have a great passion on doing business...Dah lama impian berbisnes, cuma selalunya berangan-angan dan merancang...buat nya tidak..hihii...Kenapa nak berbisnes? Gaji tak cukup ke?

Cukup, insyaallah...mungkin doing business is my passion,,macam orang-orang lain..setiap orang ada passion masing-masing kan..

Tanpa membuang masa, introducing:

My Label
Dekat instagram baru setahun (ala baru ada 270 followers...hihii..malu tutup muka), dekat facebook baru 2 bulan Page Safiyya Project diwujudkan..Sekarang ni project jual kain cotton dulu..ada modal nti baru buat projek lain...Kawan-kawan yang sudi, meh la follow kita di instagram dan like di FB yeh..Doakan kita berjaya =)

Wednesday 2 December 2015

Pengurusan Kewangan Keluarga

Salam bloggers...

Topik pengurusan kewangan selalu dibincangkan dan menjadi salah satu topik feveret dikalangan bloggers2 sekelian..

For me, pengurusan kewangan sangat penting demi kemaslahatan dan kesinambungan hidup (ayat skema)..sebabnya tak kira sama ada gaji kecil atau besar..kalau pengurusan kewangan seseorang itu hancur...memang seseorang itu akan sengkek pada hari hari mendatang malah mungkin akan menyebabkan keberhutangan yang serius kepada individu tersebut...

Kite tak ada la terer sangat bab2 pengurusan kewangan ni...but this is what i do:

1. Potongan Gaji Untuk Tabung Haji 

 Setiap bulan kite buat potongan gaji untuk:

  •  myself (RM100) and 2 kiddos : RM 50 (Amin) + RM 50 (Mek Medina) = RM 200/ bulan 
  • Total : myself  =  RM 1,200 setahun    
       Amin = RM 600 setahun + duit raya + duit nenek & atuk bagi = RM 1,000.00/ setahun
       Medina = RM 600 setahun + duit raya + duit nenek & atuk bagi = RM 1,000.00/setahun

Nota: Terus buka akaun anak setiap kali lepas beranak ye kawan-kawan...the early you start the savings, the greater amount of savings for your kids.

2. Potongan Gaji untuk ASB

Setiap bulan juga kite buat potongan gaji untuk ASB sebanyak RM 250.00
         
  • RM 250.00 x 12 = RM 3000.00 (setahun)
Nota: Simpan buku ASB di tempat yang susah untuk dicari (untuk mengelakkan dari pengeluaran duit ASB pada setiap bulan...hihiii)

3. Penggunaan Kad Kredit

Setiap keluarga rasa nya perlu ada kad kredit...paling kurang 1. Tapi bukan untuk ambil cash money (big No No). Bukan untuk shopping online (boleh, sekali sekala, dah habis bayar baru guna balik) 

Kite gunakan kad kredit untuk emergency...untuk isi minyak bila takde mesin ATM...jangan jadikan habit untuk gunakan kad kredit bagi mengisi minyak (tapi tak top up atau bayar)

Spend the Card Credit Wisely ladies...boleh guna..tp dah swipe, pastikan bayar habis dulu, baru gunakan untuk swipe yang seterusnya.

4. Bayar Bil Utiliti & Hutang-Hutang Wajib Setiap Kali Gaji

Jangan tangguh..Pada hari gaji, terus bayar bil utiliti dan hutang-hutang wajib sedia ada:

1. TNB
2. Bil Air
3. Astro
4. TMNET
5. Personal Loan
6. PTPTN ( kamon....dah pinjam, bayar jer la balik...apa yang liat dan susah sangat kan)
7. Sebagainya..

Jangan jadikan hutang-hutang diatas tertunggak walaupun sebulan..kerana ianya akan membebankan bulan-bulan anda yang akan datang!!

5. Keperluan vs Kehendak 


Kenalpasti keperluan dan kehendak untuk keluarga anda:

1. Pampers anak-anak = Keperluan
2. Susu anak-anak = Keperluan
3. Duit Babysitter = Keperluan
4. Groceries = Keperluan
5. Baju baru = Kehendak
6. Kasut baru = Kehendak
7. Beg baru = Kehendak
8. Telefon baru = Kehendak (kalau yang lama tak rosak)
9. Sport Rim Kereta = Kehendak (kalau takde duit boleh gadai ke?)

Utamakan keperluan berbanding kehendak yer kawan-kawan...lepas keperluan dipenuhi, ada duit lebih baru penuhi yang kehendak...bukan penuhi kehendak dahulu..lepas tu keperluan dah tak cukup duit dan sebagainya.

6. Jangan Berhutang

Elakkan berhutang...Pinjam dari keluarga, pinjam bank,swipe kad kredit, pinjam ah long!!!
Belanja apa yang sekadar kita ada dan mampu..bukan guna slogan biar papa asal bergaya (lepas tu menyusahkan orang keliling)

Bertanggungjawab atas diri sendiri dan keluarga.

7. Jangan Jadi Penjamin Pinjaman Orang Lain

Kadang-kadang, hidup kena bertegas atau kering hati..Bukan tak sayang keluarga, bukan tak sayang suami atau isteri tetapi kadang-kadang kena pentingkan diri sendiri demi masa hadapan..Jangan jadi penjamin atau buat pinjaman kepada orang-orang tersayang..Faham kan kenapa?


Hopefully tips di atas membantu..This is what i do..for me and for our family..Bila sesak duit..akan mengadu pada simpanan tabung haji dan ASB . Takde duit..duduk diam-diam kat rumah, peluk laki n anak-anak. Peace =)