Monday 16 January 2023

Selamat Tahun Baru 2023

 Hari ke 16 baru nak wish tahun baru...lambatttt πŸ˜‹

Anak-anak dan suami diuji chicken pox..dari disember bawak ke Januari..berturutan..gilir-gilir..

Memang tak ke mana-mana..Ontok kat rumah, nak pi mana kan?? berjangkit nanti..

Start November, diuji dengan anak-anak berturut batuk dan asma, sampai warded, dah lama tak warded πŸ˜“

Ohh ya, we have a new member in the Family :: Jumi The Cat..datang pepagi subuh dalam keadaan lapar dan kehausan susu, kesian betul..dah 3 bulan our life with Jumi..balik rumah Nenek pun angkut sekali..no wonder la bebudak ni start asma..hihihh...nak buat macam mana kann..kalau ignore, kesiann!!

Masa mula datang, dengan cirit nya



Kat rumah nenek pun angkut 😁

Ko tengok Jumi, bahagia kan??



Cerita pasal Chicken Pox pulak, berderet kan kena? awal-awal kena tu, sapu celamine lotion beli kat farmasi dan ada yang dapat kat klinik..we ikhtiar juga ambil daun semambu (Neem Leaves) kat tepi jalan..Daun semambu ni, blend dan buat air mandi..kalau ada bath tub, rendam dalam tu...Kalau ada Essential Oil, boleh drop beberapa titis Thieves dalam air mandian tu ya..




Dan sila pantang makan, elakkan yang gatal-gatal macam telur, ikan bilis, seafood dan sebagainya..Standby gula-gula sakit tekak juga ya, sebab confirm akan ada ulser dan sakit tekak πŸ˜–Kalau kena chicken pox, jangan tak pergi klinik ya..Doktor akan bagi ubat alahan (redakan rasa gatal), calamine lotion dan ubat-ubat berkaitan..Medina masa mula-mula kena, demam juga 1 hari..Bertabahlah wahai ibu-ibu, yang anaknya dijangkiti chicken pox..Kerap cuci towel dan cadar, dan bila anak-anak baring tengok tv, alas la dengan kain, sebab chicken pox tu berair..Depa chicken pox, memang dah tak bagi pegang Jumi, nanti jangkit pulak ke anak bulus..😏

Minggu ni dah start balik busy sedunia, anak-anak pun dah start sekolah, tengah exam..Ibu dia pun dah work...dan dah start susun /organize planner..So, apa plan korang tahun ini?