Wednesday 22 March 2023

Dah Ramadhan !!

Dah puasa koranggggg..cepat betull..alhamdulillah πŸ™sistur tak la busy, tapi sibuk dok baca kisah rumahtangga orang sana sini πŸ˜– malas nak buka instagram atau media sosial kan? sana sini kisah penyondol, cerai, nusyuz, ehhhh, macam-macam..moga dipermudahkan semua urusan..

To update, one of my close friend dapat tukar, yang sadis nya nak cerita, last kami jumpa adalah dicafe, bulan pertengahan Februari, lepas tu esoknya dia MC, sampai la dapat  tukar awal bulan Mac..Dan my friend tu pergi sahaja, dah tak jumpa..Moral of the story, kalau seseorang ajak jumpa, walaupun just for a cup of coffee dan chit chat, pergi je...kita tak tau esok lusa kita jumpa lagi ke tidak kawan kita tu..😭

Macam mana life? Jumi ada adik baru, haaaa..datang lagi anak kucing...nama Angel pulakkkk..si legam yang becok..Kalau ikutkan memang tak nak bela kucing, sebab anak asma dan cepat batuk..tapi yelah..Dah rezekiii, Angel datang, jangan ditolakkk..so welcome Angel..si hitam legam 😊




Tahun ni macam tahun membela kucing pulakk...Eh, persiapan raya korang dah siap? Sistur dah complete hokayyy..gembira siap awal...Dari bulan Disember dok pulun tempah baju raya sampai la bulan ni, last beli baju Medina..senang tak heboh nak cari masa bulan puasa..sistur tak suka sesak-sesak kat shopping mall..berebut pegang kasut, tarik baju sana sini...ooooiii takde masa nokkk..so better siapkan awal..tinggal nak tukar duit raya je..

Eh dah lama tak buat review produk kan? tu laaa, nak kena ada mood..banyak idea mencurah-curah, yang konon nak konsisten la update blog..tapi nak mula balik tu..sistur cuba la yeh..income blog ni pun walaupun tak update, masih masuk, so sayang pulak nak biar bersawang kan??

Selamat berpuasa korang😘