Friday 30 April 2021

FITNAH AKHIR ZAMAN

Fitnah akhir zaman ni dasyat !!

Benda yang kau tak buat, orang akan tuduh kau buat, sampai sanggup panjat jumpa orang sana sini untuk jaja cerita benda yang kau tak buat..

I'm used to it, tambah fitnah di tempat kerja..politician, kerani yang pegang jawatan Ketua Wanita Umno, penghulu yang BFF dengan ADUN kawasan, SO kanan yang pakai cincin besar kat tangan, kena tunding tangan kat muka dengan YB kawasan?..mak dah hadapppp..mungkin rasa menang sekejap, bila guna kuasa-kuasa manusia  yang ada, tapi mak cerita lah, pengalaman mak..kejap jerrr..and then what we call KARMA dan kuasa alam (Allah) tu akan datang bertimpa-timpa atas perbuatan korang


Kesian bila kau tak boleh bersaing secara sihat..Sedih dengan akhlak kau..Kau kurang kasih sayang dengan buat cerita, mengadu domba, dengan harapan orang-orang yang kau anggap pesaing akan di musnahkan 💥..Korang lupa Allah itu ada !!

I will totally ignored with this kind of people.

Cukuplah Allah for me as my pelindung and penolong.. No need to panjat pergi jumpa Unit Integriti atau apa-apa lah..Sedih hidup kau 😅 


Panjang lagi perjalanan dalam hidup yang kau kena belajar. 

Kau jangan rasa kau hebat bila kau cuma manusia biasa! Belajar merendah diri dan jangan sombong. Jangan rasa kau betul sentiasa..Cukup lah dalam sejarah ada seorang sahaja Firaun, kau tak perlu jadi lagi seorang 😁..Kau ada aib yang Allah jaga, maka jangan buat cerita baru untuk orang buka aib kau!!

Sama la penyokong tegar kau..buka mata hati, bukan guna akal nafsu untuk melindungi BFF dan melindungi benda-benda yang korang buat selama ini yang tak ikut peraturan dan hukum alam yang betul .


I do believe Allah hadirkan orang-orang di sekeliling hidup kita, untuk kita belajar, ambil hikmah dan betulkan diri kita..setiap yang jadi for a reason.

I do believe kalau sesuatu perkara tidak mengikut hukum alam yang betul , tidak mengikut peraturan yang sepatutnya, something will happened dalam hidup kita untuk fix benda yang tak betul tu..It's for your own good.


Sama la kes macam abang burger yang kena kompaun RM50,000 tu..Dia plot twist viralkan kompaun yang dia terima dengan niat untuk menagih simpati..dan memburukkan orang lain (penguatkuasa yang menjalankan tugas - buka aib orang), sekejap je Allah buka aib dia, there...abang burger yang tak mengikut peraturan selama ini rupanya!!


And I choose to Ignore ❤


Wednesday 28 April 2021

Staycation :: Pulse Grande Putrajaya

Sebabkan Putrajaya PKPP, so tak boleh nak merentas ke negeri PKPB, we decided to staycation for a night at Pulse Grande Putrajaya..Ramai yang tak tahu lokasi hotel ni kat mana?? terletak kat atas bukit, Presint 1, tempatnya tersorok sedikit, kalau orang tak habis explore memang tak tahu lokasi hotel ni.. Booking 2 minggu awal, dekat Trip.Com, dan pilihan mak adalah Family Room, sebab nak bilik besar sikit dan of course nak bath tab..




Parking nya jauh sikit, so ada buggy service untuk ambil korang dari parking ke lobi hotel..Aydan panggil special car Ibu!!



Ni adalah hallway bilik ya, besar dan luas kan, siap ada sofa kat depan bilik



Untuk Family Room, ada 2 katil, satu master bed dan satu single bed, cukup la untuk 5 orang!!




>Tadaaaa, ni la tujuan utama book bilik Family ni sebab nak bath tab, ooohh swimming pool pun ada, dan korang boleh booking swimming pool kalau korang nak mandi kolam besar lah..untuk musim covid ni satu family di beri masa 1 jam untuk mandi kolam..tapi mak tak lah, mandi kat dalam bath tab jer, takde la share kan??


Sebab kan masa mak pergi ni bulan puasa, so masa nak buka tu tapau la makan kat luar dan beli maggi dan roti untuk sahur. Boleh kalau korang nak makan buffet ramadhan dan sahur kat hotel ni..ada disediakan..tapi nak elakkan sesak (sebab buka puasa je 400 orang kau) ..so makan kat bilik lebih afdhal..😁

So korang time-time PKPP & PKPB, staycation kat mana?