Sunday 29 December 2019

Koopers Lavani Car Seat

Nak masuk tahun 2020 lagi berapa hari lagi kan?? Selain menyiapkan kelengkapan anak-anak ke sekolah, bagi mak bapak yang ada anak kecik mesti tengah cari or survey car seat untuk yang belum beli lagi kan?? Tahun 2020 dah diwajibkan untuk pemakaian car seat untuk kanak-kanak..kalau tak pakai, kena saman korang...Mak ambil sedikit maklumat dari berita harian untuk bacaan dan panduan korang seperti di bawah ok :

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Tiga kriteria beli kerusi keselamatan kanak-kanak





KUALA LUMPUR: Jenis kereta, kerusi dan saiz kanak-kanak adalah tiga kriteria utama yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di dalam kenderaan.
Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dr Siti Zaharah Ishak, berkata sebagai permulaan, ibu bapa perlu memastikan kenderaan mereka mempunyai alat ISOFIX dan tambatan atas (top-tether) bagi membolehkan kerusi kanak-kanak disambungkan ke kerusi kenderaan dengan lebih mudah dan selamat.
Katanya, ISOFIX dan top-tether adalah komponen wajib bagi model kereta keluaran bermula 2015 bagi menyokong penggunaan kerusi keselamatan untuk kanak-kanak.
“Klasifikasi kerusi keselamatan untuk kanak-kanak dengan ketinggian dan berat adalah berdasarkan piawaian United Nation (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) Regulation (Peraturan) 44 dan 129.
“Piawaian itu menyatakan supaya kanak-kanak di bawah ketinggian 135 sentimeter (sm) dan berat di bawah 36 kilogram (kg) perlu menggunakan kerusi keselamatan itu.
“Kerusi berkenaan direka mengikut empat kategori iaitu 0, 0+ (jenis menghadap belakang), dan i, ii, ii (jenis menghadap hadapan),” katanya kepada BH, di sini, semalam.
Siti Zaharah menegaskan, kerusi keselamatan terbabit perlu mematuhi kelulusan Peraturan 44 atau 129 PBB dan dilengkapi pelekat ‘E-marking’ serta label PBB berwarna jingga.
“Label jingga itu mengandungi maklumat seperti kumpulan kerusi keselamatan untuk kanak-kanak, had berat serta tinggi dan nombor kelulusan PBB.
“MIROS dengan kerjasama Program Penilaian Keselamatan Kereta Baharu untuk Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut mengeluarkan label kod QR untuk memudahkan proses membeli kerusi keselamatan mengikut piawaian PBB,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Siti Zaharah berkata, sebanyak lapan sesi perkongsian membabitkan isu keselamatan jalan raya, termasuk penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak diatur sepanjang Minggu Keselamatan Kenderaan 2019 di Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia, Melaka, selama enam hari berakhir esok.
Program dianjurkan MIROS dengan kerjasama ASEAN NCAP dan JPJ dihadiri penggubal dasar, pakar keselamatan jalan raya dan ahli akademik dalam dan luar negara dan ia antara usaha agenda keselamatan jalan raya PBB bagi mencapai sasaran dalam mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya pada peringkat antarabangsa.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata pihaknya akan mengesan individu yang ingkar memasang kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan bermula awal tahun hadapan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Kita akan mendapat perincian penuh mengenai tindakan yang boleh diambil mengikut akta itu daripada Kementerian Pengangkutan nanti.
“Dalam hal ini, JSPT sebagai agensi penguatkuasaan akan menyokong setiap perkara yang dapat membantu menyelamatkan nyawa,” katanya.
Kelmarin, media melaporkan bermula 1 Januari tahun hadapan, kerajaan akan mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan bagi menyelamatkan mereka daripada mengalami kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dilaporkan berkata langkah baru itu susulan statistik yang membimbangkan apabila sebanyak 1,559 kematian dicatatkan membabitkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dari 2007 hingga 2017.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, pula dipetik berkata, kerajaan masih belum menentukan bentuk mekanisme yang akan digunakan bagi penguatkuasaan undang-undang terhadap pihak yang ingkar penggunaan CRS.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
So untuk my case, Aydan je la yang still kena pakai car seat.. dulu ada car seat nya, tapi car seat baby, so dah tak boleh pakai,..kena cari car seat baru...mula-mula cari kat Aeon, tapi sebab tak banyak pilihan dan ada yang habis stok, tinggal display je, so mak cari kat Lazada..cari punya cari, last sekali beli Car Seat Koopers Lavani...dalam 2 hari lepas order sampai dah...mula-mula ingat Aydan resist untuk duduk dalam tu sebab dia dah lama tak duduk dalam car seat, tapi alhamdulillah, dia ok..cuma cakap kat dia, kalau Aydan tak duduk dalam kerusi ni nanti police car datang tangkap Aydan..huhuu..
Mamat redha

Kat bawah ni mak ada sertakan video unboxing untuk panduan korang kalau korang pun tengah usha / tengah timbang untuk beli Car Seat ya...




Semoga bermanfaat korang =)

Sunday 22 December 2019

Genius Aulad 2020 Fees


Tengah survey harga yuran pre-school lagi ke? Pada mummies-mummies yang ada anak yang masuk umur 4 tahun-6 tahun, mesti tengah buat survey kan? Kat sini mak share dengan korang eh yuran genius aulad tahun 2020...Pada yang follow or stalk mak, korang pun mesti tau anak-anak mak memang pre-school kat Genius Aulad..dari zaman Amin, sampai la Medina , tahun depan dah nak 6 tahun..memang di Genius Aulad..dari duduk di Seri Iskandar, Perak sampai la dah duduk sini...Alhamdulillah, Amin boleh baca dan faham basic math sebelum masuk darjah satu, even basic solat dan doa-doa simple harian..I'm not judging other pre-school yaa...semua pre-school tak kisah lah what brand, either kerajaan ataupun swasta, semua nya bagus dan ada kelebihan masing-masing..this article is to help mummies out there yang tengah explore pre-school untuk anak-anak masing-masing..






Ini salah satu aktiviti under Genius Aulad, their Showcase...Medina punya la excited time showcase ni....bersungguh-sungguh dia nyanyi and dancing atas pentas...And as usual after showcase, few days after that, confirm demam...dari zaman Amin lagi...memang camtu..huhuh...


Budak gemok ni sibuk juga nak naik pentas..



Medina tengah semangat yaa menyanyi



Sunday 15 December 2019

Review Produk :: Marjane Oil by JRM

This is my 3rd bottle of marjane oil..macam mak pernah bagitahu..kalau produk tu tak ok..selalu samaada tak repeat atau tak habis pun satu botol, dah buang..mak beli dengan agent..1 botol RM43, harga asal RM50..







Abaikan tangan gemok aydan kat sebelah kotak tu ya..sibukkk jee




Kalau tengok kat laman web JRM, info mengenai marjane oil ni macam kat bawah :



  • Kehebatan ekstrak minyak kekacang seperti kacang marula daripada Afrika selatan yang juga bermanfaat sebagai Organic Antioxidant Face Oil, memberi kesan yang terbaik untuk kesihatan kulit wajah.
  • Kombinasi ekstrak minyak kekacang dan herba eksklusif menjadikan kulit lembap, tegang, halus, gebu, dan melindungi kulit daripada kesan jeragat yang mengurangkan seri wajah.
  • Mengandungi super antioksidan untuk melindungi kulit daripada kerosakan matahari dan radikal bebas penyebab utama penuaan dan kedutan dan jeragat.
  • Keberkesanan Marjane Oil yang membantu mengurangkan kedutan, membantu masalah kulit kering dan bersisik, memantu memulihkan kulit kusam serta membantu menghilangkan jeragat menjadi produk terbaik pilihan wanita.



Kotak dia besar untuk botol yang cinonet ini..1 botol tu dah habis


Ia adalah sejenis minyak ya, tapi minyak yang ringan..bau dia sedap

So far macam tak nampak kesan yang ketara sangat untuk kulit, tapi me still repeat kalau dah habis..satu yang mak perasan, dulu rajin juga jerawat hinggap kat dahi kalau stress, atau nak period but sejak pakai marjane oil ni, susah juga jerawat nak tumbuh..tumbuh tu tumbuh juga, tapi tak teruk laaa macam sebelum pakai....salah satu sbb mak still pakai adalah sbb ingredient marjane oil ni ada shea butter dan olive oil, 2 ingredient yang baik untuk kulit...if botol yang ketiga ni habis me akan repeat? definately yes!!..selalu mak akan pakai after sembur Rose Spring Water by JRM juga..apa salah nya support local product kalau produk tu berkualiti kan??



Sunday 8 December 2019

Review Produk :: Ginger Scalp Care Shampoo by Body Shop

Kebetulan masa tu shampoo dah nak habis..sama la shampoo anak-anak..dah nak habis..Dan kebetulan dengar one of my colleugue kat ofis ada cerita pasal shampoo body shop ni katanya less rambut gugur.. So yang mak order online...Harga RM39 untuk 250 ml ..dalam bulan Ogos hari tu..beli shampoo dan conditioner sekali..sbb conditioner ginger ada less 50%..

beli sekali shampoo shea butter for the kiddo - smell good (reccommended to buy)




kalau tengok description kat body shop untuk shampoo ni macam kat bawah ni:

Blended with ginger essential oil from Sri Lanka, birch bark, white willow extracts and Community Trade honey, our iconic anti-dandruff shampoo gently clears loose flakes and soothes the scalp. Follow up with Ginger Scalp Care Conditioner for optimum results


  • Anti-dandruff shampoo
  • For dry/flaky scalp
  • Enriched with Community Trade honey from Ethiopia
  • Scalp looks less flaky (86% agree*)
  • Scalp looks and feels healthier (85% agree*)
  • The recurrence of flakes appears reduced (84% agree*)
  • Hair feels stronger (79% agree*)
  • Scalp feels soothed and rebalanced (85% agree*)
  • Scalp looks less flaky (86% agree*)
  • *User trials on 106 women using both the Ginger Shampoo followed by the Ginger Conditioner



Tekstur shampoo ni cair, dan bau dia ok...tak wangi sangat melampau..bau halia...i love the smell...

Dah tinggal separuh (3 bulan)

Dah berapa bulan ni kan..shampoo pun dah tinggal separuh...kalau habis nanti.. me tak akan beli lagi...kelumumur tak kurang pun...makin gatal lagi kot...pernah pakai shampoo yang beli kat watsons atau guardian macam shampoo safi, sunsilk , rejoice brand-brand biasa kat kedai biasa..tidak la gatal sangat kepala kan..yang this one..tak tahu kenapa..i've to use limau nipis/kasturi atas kepalaaa before use this shampoo..baru ok..tak gatal kepala...kalau tidak...masyallah..tergaru-garu kepala...huhuuu..harga mahal kan?? untuk repeat, tak kot...cari shampoo lain lepas ni...for me :: tak serasi / tak sesuai =) ohhhh, tapi shampoo shea butter for my kiddo tu..will buy again definitely, harum rambut kembang Aydan ...huhu


Saturday 7 December 2019

Review Produk :: Dfolia Sendayu Tinggi

Eh..berderet pulak buat review pasal produk Sendayu Tinggi kan...tengah rajin ni...so update la mana yang memang mak pakai k..

Kalau siapa yg baca blog mak ni (baca ke kan??) mak memang sejenis yang makan jamu eh...cuba cari post-post yang lepas...ada je cerita pasal jamu...

Untuk Dfolia ni,..mak buat review lepas habis botol yang pertama..so masa mak order barang sendayu tinggi minggu lepas, memang order sekali dfolia ni sebab dah habis..

sebelum ni pernah try produk Bonda Rozita iaitu Royal V, tapi tak boleh nak bagi review sebab tak dapat habis sebotol....alkisah nya..Aydan, my third baby akan cirit setiap kali mak makan Royal V tu...maybe herba dalam tu kuat dan panas kot..imagine, mak pernah try lepas dia dah setahun lebih pun still dia cirit ya...Eh nanti korang tanya pulak..dah kenapa pulak Aydan yang cirit kalau mak dia makan jamu..?? si Aydan ni still breastfeed yaaa..walau dah besar gajahhh ..cissss

I want nen, ibu...nennnnnnn

so stop la makan Royal V...Aydan nak masuk 3 tahun, baru cari jamu balik...lepas Aydan lahir, mak memang suka pada coffee Dfolia by Sendayu Tinggi...tapi tak pernah ambil jamu dia..masa pantang, minum Dfolia..segar, sedap dan badan rasa fresh..tapi kalau korang nak tahu, kuning si Aydan terus naik mendadak tau bila mak consume dfolia tu....Rasa nya Aydan sejenis yang tak tahan panas herbaaa....so korang kalau yang tengah pantang, hati-hati juga kalau nak minum / makan benda yang ada herba ni..maybe tengok darah juga...

But until now, mak dia memang consume DFolia coffee...kalau habis stok, teringat-ingat..huhuuuu..comparing to Female Coffee, mak punya taste Dfolia lagi laa...Female hari tu beli tak habis pun 1 botol...


Disember ST haul
Ok, sebenarnya nak buat pasal review jamu dfolia, buka coffee...this is my second bottle...dalam 1 botol ni ada 60 biji kapsul...aturan makan 2 biji pagi sebelum makan, 2 biji malam sebelum makan...but, for my self, mak makan 2 biji sahaja 1 hari...samaada pagi atau malam...


Dah habis, tinggal 1 biji

Orang mengandung, tak boleh makan eh


ok ke tak jamu ni? kalau tak ok , mak sejenis yang takkan repeat atau takkan habis satu botol kalau tak ok..so far Aydan tak cirit (eh dah nak 3 tahun pun menyusu lagi)..keputihan kurang atau hilang, dan korang akan rasa hormon perempuan korang macam sebelum korang beranak...haaaa, macam mana tu kan?? susah nak jawab, kalau dah beranak pinak ni banyak urat2 kembang, bukan macam masa anak dara atau sebelum bersalin melahirkan, lainnnn...tapi lepas makan dfolia ni, hormon perempuan korang macam ..woww..dah lama tak rasa macam tu..huhu...eh, korang try sendiri laaa...review ni tak berbayar ehhh..mak review produk based on benda betul...

kalau tak ok..mak akan kata tak ok..my bff siap pesan, hati2..takut mengandung lagi..ehhh..huhuuu





Friday 6 December 2019

Review Produk :: Pearl & Yogurt Soap Sendayu Tinggi

Cleanser makkkk dah habissssss..seronok sebab...boleh try cleanser lainnnnn...on my list, i'm going to try Pearl & Yogurt Soap by Sendayu Tinggi (ST)...Sebelum ni ada juga produk sendayu tinggi yang mak dah cuba ok...tapi tak pernah lagi try face cleanser from ST...

Quite sometime juga dok cari2 review orang yang pakai sabun pearl n yogurt ni..tapi tak berapa nak jumpa...so mak beli je la...harga tak mahal sangat..1 sabun harganya RM 17.10..




Ada ekstrak mutiara katanya




Potong 4 : so jimattt!!

Dah seminggu mak pakai sabun ni, bau dia wangi sangat (me tak berapa suka bau yang kuat)...tapi, bila cuci muka, muka tak kering , not bad la..takde tunbuh yang pelik2 kat muka...nanti mak update lagi sebulan ya...ada effect or not..


Bila Orang Perempuan Stress


                           
                             Perempuan kalau stress : dapat parcel dari abang posmen = senyum









Monday 28 October 2019

Review Produk :: Rose Spring Water JRM

2 hari lepas order lagi..so dah masuk botol kedua mak guna Rose Spring Water dari jenama JRM...ala mesti korang tahu siapa pengasas JRM ni kan? tak payah cerita...ok ..Rose Spring Water JRM ni...first impression korang kalau spray adalah..bau dia yang sangat fresh...compare to Thayers Witch Hazel Toner yang rose tu, bau Rose Spring Water ni lagi lembut dah fresh...macam bau sirap pun ada..sebotol size 60 ml....kalau beli dengan agent boleh dapat harga RM34, harga asal RM38..kalau ikut penggunaan mak, boleh tahan sebulan untuk sebotol ni..




Packaging dia comel dan unik..sayang nak buang kotak dia...motif kan?? 1 botol tu dah nak habis, so standby siap2 beli backup..


Ni kalau tengok kat laman web JRM, benefit & khasiat Rose Spring Water ni macam kat bawah ni:

  • Semburan Rose Spring Water mempunyai khasiat yang menakjubkan secara alami.
  • Ekstrak  pati bunga ros (Rosa Centifolia) dan air mata air semulajadi  memberikan manfaat terhadap kecantikan kulit dan rambut. Kaya dengan vitamin A, E dan C yang membantu memberi kelembapan, menegangkan, meremajakan kulit dan kesegaran pada wajah.
  • Ekstrak bunga ros (Rosa Centifolia) bersifat antiseptik, anti-bakteria dan anti-inflamasi membantu mengatasi masalah kulit seperti  jerawat, ruam pada kulit, oil seed, kulit kusam, kering menggelupas, kedutan dan pigmentasi.



Kalau ikutkan cara penggunaan, fungsi dia macam spray mist..macam ala-ala caudalie elixir mist tu kan....tapi mak lagi suka sembur kat cotton pad dan dap-dap kat muka..buat macam toner laaa, sebelum pakai skincare lain...so far...so good..sebab dah masuk botol kedua...dan rasanya akan pakai dalam masa yang agak lama (pendek kata, mak suka la kan)..compare dengan Thayers..mak prefer lagi yang ini...cuma nya sebab kan dia hanya ada 1 size sahaja, maka tiap-tiap bulan kena beli laa..kalau dah sebotol boleh habis sebulan...ooohh...mak spray juga kat kepala husband mak ok..kat area kekurangan rambut....nanti bulan depan mak update, tumbuh ke tak rambut nya...huhuuu..It is no harm to try girls...

Saturday 7 September 2019

Bila badan korang dah bagi signal !!

Minggu ni jadual bagaikan pak-pak menteri (perasan mode)...Rabu mak kena jaga pavilion Pameran Hutan Kita kat Menara KL dari pukul 9 am sampai lah 6 pm...tapi pukul 7 am dah gerak dari rumah ok...so pukul berapa dah bangun tu...malam rabu tu, subuh-subuh dah terkena simpul biawak (orang tua-tua cakap) kat betis kanan...Siapa yang pernah kena mesti tahu sakitnya macam mana kan...

Selalu mak time mengandung je akan kena simpul biawak ni, ni tetiba pulak kan...dah la tengah period, kena simpul biawak....pagi tu kena jaga pavilion pulakkkk....pakej korang....

So kalau dah kena simpul biawak means my body trying to give signal...badan kekurangan something...something is missing!!!

Rabu :: at menara kl jaga pavilion



Tapi sebab kan berderet jadual penuh, so tak sempat nak google apa yang missing tu kannn...

Balik hari rabu malam tu..betis still sakit uollsss...esok pepagi nak gerak pi Port Dickson pula....ada bengkel sampai Jumaat sebenarnya...so gerak pukul 7 am lagi....so imagine, dengan kaki sebelah sakit...berbengkel dari pagi sampai malam...period lagi...mood swing betulllll..habis bengkel..sampai rumah around 10 pm...rendam kaki dalam air panas uollsss..minta tolong encik husband buat teh halia, segar kan badan....sebab esok flight pukul 6.55 uollsss ke kedah..untuk site visit...Omaaiigod...bila bising-bising dengan husband,...husband cakap...haaaaa..imagine PM macam mana..umur pun dah berapa Tun tu??

Khamis :: at Port Dickson berbengkel


Malam :: minum teh halia sebab badan dah lesu 


Ok fineeeeeeee....deeppp...

Jumaat pagi, sampai klia pukul 5.40 am...i had my breakfast at kedah airport dengan few colleageus..so mak buat-buat la tanya..kalau simpul biawak nak buat apa ya?? so one of them kata, maybe badan kekurangan potassium atau zink..so silalah beli banana...huhuhu...okay..baikkk...pandangan itu diterima...

Jumaat :: Ke kedah untuk field trip
Senyum juga walau kaki tengah sakit

Settle kan site visit kat kedah, touch down klia @ 4.10 pm, malam tu qada tidurrr, dengan kaki still sakit berdenyut-denyut...

Besok, pagi sabtu baru mak google...my husband dah cakap...tu sebab kurang susu la tu..dah lama tak minum susu kan????...then bila google...kebanyakan yang keluar result adalah maybe badan kekurangan magnesium, that's why muscles start to give signallll...kalau boleh bercakap...maybe dah jeritttt " woiiiii minum susu laaaaa, i need to be feed" kannn? salah satu tanda badan kurang magnesium adalah...korang susah nak tidur juga...which happened to me also...badan penat, tapi tak boleh tidur, mesti terjaga-jaga malam..atau mata tak boleh lelap... Mak pun google susu anlene punya page, so antara info kebaikan minum susu ni adalah seperti di bawah:


Nutri Facts



Susu juga merupakan penyumbang kepada sumber magnesium uolsss...last sekali mak consume susu adalah masa pregnant kan aydan...2 tahun lepas korangg...memang la kannn...so dengan insaf nya, masa beli groceries mak pun sambar laa anlene..satu yang cafe latte dan satu yang original...yang cafe latte ni dia jenis yang stick...macam 3 in one tu..1 pack ada 7 stick, harga RM9.60 kat 99 speedmart...Yang anlene original tu, harga RM 19.90...








Rasa latte tu sedap...macam korang beli coffee stok2  mahal tu...yang anlene original rasa dia macam vanilla..pun sedap juga...so, yang latte tu mak akan bancuh masa breakfast, dan yang original tu bancuh masa nak tidur....nanti kita tengok macam mana kesan dia ekkk..so farr, my betis dah tak sakit dahhhh...hilang sakit tu korangggg..

Sunday 1 September 2019

JJCM:: Art.Nest Lifestyle Cafe Selayang

1 September kita try JJCM makan-makan di Art Nest Lifestyle Cafe Selayang..sempena sambut birthday my mum pada 2 September yang ke 62 tahun...Cafe ni macam dah setahun lebih juga la buka..tapi this is my first attempt to try...My sis yang suggest sebab dia dah banyak kali makan kat situ...My sis tempah tempat untuk dinner...al maklumlah..kami ni big crowd kan..yang meriah budak-budak sebenarnya...

So these was the pic yang sempat captured malam tadi...Happy birthday Nenek yang ke 62 tahun..semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dapat menunaikan haji tahun depan & diberikan kesihatan yang baik...:

Us


Meriah kan?

close up bithday cake

Birthday girl:: Kek beli di instagram @nuruldessert

Menu di Art.Nest






So far...makanan dia sedap dan portion dia banyak...harga pun berpatutan..tempatnya cosy...sesuai la kalau nak gathering ramai-ramai...tapi kalau korang datang ramai, better booking dulu...sebab tempat yang untuk ramai terhad...Nak repeat balik tak kat sini...?? confirm jadi tempat lepak..korang kena try ok!!