Tuesday 19 October 2021

Pindah Rumah Lagi

Sibuk sampai 2 bulan ++ tak update blog 😁😁 MashaAllah, rezeki dari Allah, mak pindah rumah..ni bukan pengalaman pertama pindah rumah ni..huhuuu, letih kalau pindah-pindah ni, banyak urusan, yang best masa pindah, ko PKP..haaaa jenuh, sampai nak cepat matikan stamp LHDN sanggup pergi balai polis ambil surat kebenaran rentas negeri untuk pergi LHDN Port Dickson..Jangan mainn!!! Haaaaa..kenangan

Ni keadaan sebulan lepas!! Baru pindah

So sekarang dah boleh rentas between Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya, panjang langkah sikit..so sebenarnya officially dah 3 minggu pindah rumah baru..Langsir dah tempah kat Nagoya, Rawang, so lagi seminggu siap la kot..buat sementara ni pinjam langsir kakngah dan mak..Jadila untuk tutup sementara..





Tempah Langsir kat Nagoya

Tengah nak complete kan bilik anak-anak, baru fikir bilik sendiri...Almari bebudak ni dah sampai, guna Ikea Delivery..renyah kan musim-musim covid ni nak pergi fizikal ke Ikea..risiko..dengan ramainya manusia, so mak shopping online jaaaa...Niat di hati nak beli sekali katil, tapi takde stok pulakkkkkkk..so beli almari dulu..at least boleh kemas kain baju bebudak nii... Next baru beli katill..harap cepat lah stock up..Semua musim pindah rumah ke apa?? yang sampai habis stok katil 😅😅



Hari minggu lepas pun bawa bebudak ni beli basikal, Nenek sponsor separuh, so ibu separuh...Best la deme, naik lemak, nenek manja kan 😂 Sekarang rege basikal Mak aiiiihhh, kalau ikut tak mau la beli, tapi sebabkan nenek dah suruh beliiiii....hmmmmmmm kan ajaaaaaaaa

Basikal di sponsor nenek ❤

Nanti lepas 2-3 bulan ni, baru settle down kot kemas-kemas rumah..Minggu ni baru relocate balik internet..haaa 3 minggu takde internet, menggelupur bebudak termasuk la abahnya..penat kan nak urus satu-satu..sampai habis data telefon, guna hotspot untuk PdPR anak-anak..huhuuu..Memories ❤

Update Langsir Siap :

Langsir dah siap, tempah sekali untuk rumah mak, so hari minggu sibuk pasang langsir rumah mak, dan rumah baru ni..


Dah siap jahit (memang siap pasang cangkuk tau, murah je upah sekeping RM10)


Katil dah restock :

Berjaya juga beli katil..Ikea hantar notification kat emel, dan mak pun laju-laju la order katil, esok nya sampai via delivery..Katil pasang sendiri tau, Ikea hantar je, make sure korang ada la tools yang lengkap k..

Katil Boys

Katil Anak Dara

Kalau pindah, banyak benda kan nak uruskan??

Cer citer pengalaman pindah korang!! 🤞😘

 

Friday 23 July 2021

Review Produk :: Young Living Essential Oil

Hari tu kan mak update yang mak beli Young Living Essential Oil kan? dalam bulan 5 hari tu..Dah lama nak beli, 2 tahun yang lepas rasa nak beli dah, tapi tertangguh dan ada la alasan-alasan masa tu..Tapi kali ni beli juga atas sebab tengah mencari alternatif-alternatif untuk masalah resdung suami dan anak-anak dan masalah tak boleh tidur malam.

Mak ambil yang set RM750 Premium Starter Kit with Dessert Mist Diffuser macam kat bawah ni:

Masa baru beli

                                        

Tak sampai sebulan, habis dan lemon, peppermint, lavender tu pun


My honest review, if you all believe on natural products with a slow healing process, go for it..Kadang-kadang akan ada orang yang bunyik-bunyik..dah diffuse tapi tak jadi apa, dah inhale, tapi tak jadi apa, so akan stop dan biarkan kotak essential oil tu berabuk tak guna..

Kalau korang sejenis yg lepas beli memang guna dengan tegar, hari-hari diffuse, 1 box starter kit tu memang tak cukup dan korang akan start beli yang loose-loose pulak 😁😁

Untuk pengalaman mak sendiri, EO paling cepat habis adalah Lavender, Lemon dan Peppermint. Kadang mak tak guna diffuser, mak titik je kat candle burner ni, titik je beberapa drops kat air tu:


Try this in the morning, segar biji mata korang 


Ni kalau abah dia pasang before tidur, meleleh dah air liuq Aydan terlelap, tau-tau pengsan sudah!!


Dan yang paling best bila kita jadi ahli, kita ada support group, dan orang akan salah faham ingat support group ni adalah untuk paksa anak-anak buah untuk cari kaki kat bawah, tapi tak ya!! Support group ni akan ajar macam mana nak guna eo dan teknik-teknik yang betul..

So kadang-kadang hari minggu mak memang penuh ya, sebab ada kelas-kelas support group ni, sebab tu mak pantang kalau orang kacau waktu hari minggu dan masa lepas office hour..HELLOOOOO, korang takde life ke??my weekend and other than office hour is for God, Family and Me Time :







Pada sesiapa yang belum terjebak dengan Young Living ni, sila kan la terjebak ya, adik mak mula-mula perlekeh juga Young Living ni, mula-mula terjebak beli Starter Kit, pastu tak sampai sebulan, adik mak beli pula diffuser dessert mist, pastu bulan ni dia nak beli pulak diffuser owl, haaaaa, penangan Essential Oil kauuuuuu!!



Memang korang akan cakap benda ni mahal, tapi once korang dah beli dan guna, korang takkan rasa rugi pun beli, lagi pun kalau korang maintain  order bulan-bulan, korang akan dapat reward dan essential oil free!! So worth it!! So selain barang-barang shoppe kau sampai akan buat kau girang, kotak ni sampai pun ko akan rasa bahagia!!!!



Jom share pengalaman oiling korang?? Siapa yang minat nak cuba boleh cari kawan-kawan korang yang jadi distributor Young Living ni...nak beli dengan mak pun bullllllehhhhhh aih ❤😚









Saturday 3 July 2021

Review Produk :: Kacip Fatimah Phyto Plus UTM

Mak kan memang sejenis makan jamu, tapi tak fix jenama apa, selalu tukar-tukar, tapi memang tak akan pilih sebarangan..

2 bulan lepas makan Maajun Nenda, lepas dah 2 bulan consume, bagi badan relax jap, pastu mak memang akan cari jamu balik, mula nak beli Dfolia Sendayu Tinggi balik, tapi macam dah lama tak ada stok kan dekat laman web sendayu tinggi, so mak teringat pulak dengan jamu kacip fatimah UTM ni..


Mak cerita eh, dulu pernah makan masa tahun 2016, sebab tengah cuba nak mengandungkan Aydan.. Mak sejenis yang susah juga nak mengandung, huhu, tapi mengandungi lemak, memang senang lah..Bukan lah, susah yang bertahun, tapi sejenis yang memang kena berusaha, kena ikut waktu subur, baru jadi..

Masa nak try dapat anak yang ketiga hari tu, masa tu dah cuba dekat masuk berapa bulan, so mak try la  Kacip Fatimah UTM ni...masa tu kan rajin juga baca blog Dr Zubaidi, so i give a try..alhamdulillah tak sampai habis sebotol, dalam sebulan macam tu, rezeki mengandung Aydan..

Nak jadi cerita juga, tahun lepas 2020, ada officemate, umur dia 40, datang jumpa mak, tanya la, Puan, badan saya ni macam tak best, ada keputihan, badan lemau ja..so masa tu mak suggest la dia makan jamu..masa tu mak suggest dia macam ni, kalau nak murah sikit cuba la Dfolia Sendayu Tinggi, kalau mahal sikit Jamu Kacip Fatimah UTM ni la..harga sebotol RM90..pastu takyah nak risau kandungan dia, sebab produk universiti, takkan la ada kandungan mengarut kan..

And then, officemate ni try la beli jamu ni, dan tak sampai sebulan, dia datang balik, Ya Allah puan, saya mengandung!! haaaaaa, terus suburrrrr..sebenarnya nak solve masalah lain, sekali mengandung terus...rezeki Allah nak bagi!!


Eh, mak cerita ni bukan la sebab beli ni nak mengandung tau, tapi nak cerita yang produk ni bagus, tu jer, UTM kena bayar mak la, sebab promote free...hahaha..

Kat bawah ni, mak letak sikit manfaat Kacip Fatimah okey (Kredit artikel dari Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia):

  • Kacip fatimah merupakan salah satu bahan paling popular dan mujarab yang digunakan dalam penyediaan herba tradisional atau 'jamu' untuk penjagaan tubuh selepas bersalin;
  • Kacip Fatimah secara tradisinya digunakan untuk mengekalkan sistem peranakan wanita yang sihat serta untuk membantu mengetatkan bahagian peranakan dan juga untuk meningkatkan fungsi seksual;
  • Kacip Fatimah kaya dengan "phytoestrogen" dan "isoflavones" yang mana bahan tersebut boleh melegakan gejala menopaus. Di Malaysia, Kacip fatimah juga dikenali sebagai "Selusuh Fatimah" (secara literal ialah sebagai ubat bersalin Fatimah) dan "Kacip Fatimah" (gunting sirih Fatimah). Akar Kacip fatimah juga didapati mengandungi "benzoquinone" dan "resorcinol";
  • Kacip Fatimah juga telah digunakan secara tradisi oleh kebanyakkan wanita Melayu semasa melahirkan anak dan ia boleh membantu memudahkan proses kelahiran dan juga dijadikan sebagai ubat selepas bersalin;
  • Ia juga membantu saluran kelahiran, dan mampu memulih semula kekuatan tubuh, mengawal kitaran haid dan mengelakkan sakit serta mengurangkan gejala menopaus. Secara tradisinya , tumbuhan ini direbus dan perahan air diambil sebagai minuman;
  • Kegunaan tradisi lainnya adalah untuk merawat disentri, penyakit sendi dan gonnorhoea; dan
  • Tumbuhan ini juga boleh membantu menegangkan otot abdomen. Kajian saintifik mendapati bahawa ciri-ciri perubatan dan aktiviti biologinya adalah disebabkan oleh kehadiran "phyto estrogen" (estrogen tumbuhan) secara semula jadi dalam tumbuhan ini.


Satu botol ni ada 60 biji kapsul, dan masa period korang jangan la makan. Stop kejap, so boleh tahan 2 bulan lebih macam tu. Harga sebotol RM90 dan korang boleh beli dekat link kat bawah:

http://needsvenue.com.my/Product.aspx?sq=4661f106-f239-4e56-a869-c6651f278106

So sesiapa yang ada masalah kesuburan, keputihan atau masalah period yang tak regular, mungkin boleh cuba Jamu Kacip Fatimah UTM sebagai salah satu usaha k ❤❤

Friday 2 July 2021

Review Produk :: Minyak Kelapa Dara UTM

 


Ni adalah suplemen sekarang yang mak ambil ok..Vitamin C, Kacip Fatimah UTM dan Minyak Kelapa Dara (VCO) UTM...so hari ni nak cerita pasal minyak kelapa dara by UTM, nanti lain kali kita cerita pasal kacip fatimah tu eh..

Korang mesti tahu kan apa kebaikan minyak kelapa untuk badan? bukan sahaja untuk dalaman, tapi untuk luaran pun banyak benefit contoh untuk rambut dan kulit...dulu masa nak beranak medina dan aydan, memang ada makan VCO ni..Masa bersalin tu, bau VCO kau (huhuhhh)

dan dah lama pulak dok tinggal...teringat tapi tak direzeki kan untuk beli...huhuu..

Kenapa mak pilih VCO UTM?




Minyak VCO UTM ni tak ada bau tengik atau bau kelapa yang kuat, bau dan rasa kelapa dia light-light ja. Anak-anak pun memang kena paksa makan VCO ni ok, mak pakai sudu kecil. Untuk botol 400ml ini. harga nya RM76.00 dan beli secara online di http://needsvenue.com.my/Product.aspx?sq=2232e960-c5ee-4e2f-b254-53f06e0cb3c7


Manfaat Minyak Kelapa Dara (Artikel dari sinar harian)

MINYAK kelapa dara juga digelar superfood. Ia bukan sahaja digunakan dalam masakan, bahkan juga untuk kesihatan dan kecantikan. Berikut disenaraikan 12 manfaat minyak kelapa dara.

  • Ia berfungsi mengurangkan rasa lapar;
  • Ia mengandungi asid laurik yang bagus untuk menyokong sistem ketahanan badan;
  • Lemak sihat di dalam minyak kelapa dara bagus untuk jantung;
  • Ia dapat memberi anda tenaga dengan segera jika anda mengalami keletihan;
  • Fungsi kelenjar tiroid lebih baik dan sihat dengan minyak kelapa dara;
  • Ia mampu menjadikan kulit, rambut, dan kuku anda sihat. Kulit yang kering menjadi lembap dan memperbaiki kandungan lemak dalam kulit;
  • Sekiranya berkumur dengan minyak kelapa dara, ia akan membunuh bakteria yang berbahaya dalam mulut. Secara tidak langsung, gigi anda bertambah sihat dan nafas juga tidak berbau busuk lagi;
  • Apabila kadar metabolisme meningkat, sel juga bangkit semula dengan pantas. Pada masa ini tubuh anda akan menggantikan sel-sel lama dengan yang baru dan sihat;
  • Berperanan sebagai ejen semulajadi yang mengurangkan kulat, bakteria dan virus yang boleh menyebabkan penyakit;
  • Perembesan insulin diperbaiki dengan minyak kelapa dara. Ini membantu penggunaan glukosa dengan lebih baik bagi mengimbangkan pengeluaran insulin yang akan melegakan simptom dan mengurangkan risiko kesihatan khususnya berkaitan diabetes;
  • Memperbaiki fungsi otak. Sesuai untuk memulihkan pesakit alzhemeir; dan
  • Dapat melindungi tubuh daripada radikal bebas yang merosakkan sel.

Korang kalau nak cuba, boleh tekan link atas tu na..Banyak sebenarnya  brand -brand VCO ni kat pasaran..kita support jenama tempatan naaa.

Selamat berweekend hampa!!

Saturday 22 May 2021

Young Living Essential Oil

 Akhirnya, beli jugaaaa..timbang..tangguh..timbang..tangguh..last sekali beli jugaaaa 😅








Hobi baru mak 😆😚 Nanti mak share resepi oiling yang mak suka keh ❤

Sunday 16 May 2021

Review Produk :: Swisse Collagen Complex Supplement


Mak baru try supplement collagen brand Swisse ni for 3 days..beli kat guardian dengan harga RM 41 ++ untuk 30 tablet.. Sebelum ni pernah makan collagen yang cecair..untuk notes, mak jenis tak makan supplement konsisten ya..maksudnya tiap bulan..bila masalah-masalah dah solved, then i will stop..sekarang masalah mak adalah kulit kering dah wrinkles bawah mata...dah sapu cream mata berlayer-layer tapi dok lagu tu jaaa...so intervention of supplement perlu untuk atasi masalah tersebut. So mak try la suplemen ni: Place the ad code on articles you want ads to appear, in between the HTML of your content It can take 20-30 minutes for the ad to appear on the page. At first, the ad might show as a normal display ad, but it will soon be replaced by a native ad.



Besar ok size suplemen ni


Ada grapeseed extract

Ada vitamin lain juga

Place the ad code on articles you want ads to appear, in between the HTML of your content It can take 20-30 minutes for the ad to appear on the page. At first, the ad might show as a normal display ad, but it will soon be replaced by a native ad. Sebenarnya, hari pertama makan dah rasa kulit muka moist dan lembab, tibeh..macam pakai moisturiser, tapi tak pakai apa pun..that's good..nanti mak update bila dah habis makan ya..Notes, mak share dengan husband, so for 30 tablets sebenarnya hanya untuk 15 hari pengambilan ok 😊 



Friday 30 April 2021

FITNAH AKHIR ZAMAN

Fitnah akhir zaman ni dasyat !!

Benda yang kau tak buat, orang akan tuduh kau buat, sampai sanggup panjat jumpa orang sana sini untuk jaja cerita benda yang kau tak buat..

I'm used to it, tambah fitnah di tempat kerja..politician, kerani yang pegang jawatan Ketua Wanita Umno, penghulu yang BFF dengan ADUN kawasan, SO kanan yang pakai cincin besar kat tangan, kena tunding tangan kat muka dengan YB kawasan?..mak dah hadapppp..mungkin rasa menang sekejap, bila guna kuasa-kuasa manusia  yang ada, tapi mak cerita lah, pengalaman mak..kejap jerrr..and then what we call KARMA dan kuasa alam (Allah) tu akan datang bertimpa-timpa atas perbuatan korang


Kesian bila kau tak boleh bersaing secara sihat..Sedih dengan akhlak kau..Kau kurang kasih sayang dengan buat cerita, mengadu domba, dengan harapan orang-orang yang kau anggap pesaing akan di musnahkan 💥..Korang lupa Allah itu ada !!

I will totally ignored with this kind of people.

Cukuplah Allah for me as my pelindung and penolong.. No need to panjat pergi jumpa Unit Integriti atau apa-apa lah..Sedih hidup kau 😅 


Panjang lagi perjalanan dalam hidup yang kau kena belajar. 

Kau jangan rasa kau hebat bila kau cuma manusia biasa! Belajar merendah diri dan jangan sombong. Jangan rasa kau betul sentiasa..Cukup lah dalam sejarah ada seorang sahaja Firaun, kau tak perlu jadi lagi seorang 😁..Kau ada aib yang Allah jaga, maka jangan buat cerita baru untuk orang buka aib kau!!

Sama la penyokong tegar kau..buka mata hati, bukan guna akal nafsu untuk melindungi BFF dan melindungi benda-benda yang korang buat selama ini yang tak ikut peraturan dan hukum alam yang betul .


I do believe Allah hadirkan orang-orang di sekeliling hidup kita, untuk kita belajar, ambil hikmah dan betulkan diri kita..setiap yang jadi for a reason.

I do believe kalau sesuatu perkara tidak mengikut hukum alam yang betul , tidak mengikut peraturan yang sepatutnya, something will happened dalam hidup kita untuk fix benda yang tak betul tu..It's for your own good.


Sama la kes macam abang burger yang kena kompaun RM50,000 tu..Dia plot twist viralkan kompaun yang dia terima dengan niat untuk menagih simpati..dan memburukkan orang lain (penguatkuasa yang menjalankan tugas - buka aib orang), sekejap je Allah buka aib dia, there...abang burger yang tak mengikut peraturan selama ini rupanya!!


And I choose to Ignore ❤


Wednesday 28 April 2021

Staycation :: Pulse Grande Putrajaya

Sebabkan Putrajaya PKPP, so tak boleh nak merentas ke negeri PKPB, we decided to staycation for a night at Pulse Grande Putrajaya..Ramai yang tak tahu lokasi hotel ni kat mana?? terletak kat atas bukit, Presint 1, tempatnya tersorok sedikit, kalau orang tak habis explore memang tak tahu lokasi hotel ni.. Booking 2 minggu awal, dekat Trip.Com, dan pilihan mak adalah Family Room, sebab nak bilik besar sikit dan of course nak bath tab..




Parking nya jauh sikit, so ada buggy service untuk ambil korang dari parking ke lobi hotel..Aydan panggil special car Ibu!!



Ni adalah hallway bilik ya, besar dan luas kan, siap ada sofa kat depan bilik



Untuk Family Room, ada 2 katil, satu master bed dan satu single bed, cukup la untuk 5 orang!!




>Tadaaaa, ni la tujuan utama book bilik Family ni sebab nak bath tab, ooohh swimming pool pun ada, dan korang boleh booking swimming pool kalau korang nak mandi kolam besar lah..untuk musim covid ni satu family di beri masa 1 jam untuk mandi kolam..tapi mak tak lah, mandi kat dalam bath tab jer, takde la share kan??


Sebab kan masa mak pergi ni bulan puasa, so masa nak buka tu tapau la makan kat luar dan beli maggi dan roti untuk sahur. Boleh kalau korang nak makan buffet ramadhan dan sahur kat hotel ni..ada disediakan..tapi nak elakkan sesak (sebab buka puasa je 400 orang kau) ..so makan kat bilik lebih afdhal..😁

So korang time-time PKPP & PKPB, staycation kat mana?