Friday 2 July 2021

Review Produk :: Minyak Kelapa Dara UTM

 


Ni adalah suplemen sekarang yang mak ambil ok..Vitamin C, Kacip Fatimah UTM dan Minyak Kelapa Dara (VCO) UTM...so hari ni nak cerita pasal minyak kelapa dara by UTM, nanti lain kali kita cerita pasal kacip fatimah tu eh..

Korang mesti tahu kan apa kebaikan minyak kelapa untuk badan? bukan sahaja untuk dalaman, tapi untuk luaran pun banyak benefit contoh untuk rambut dan kulit...dulu masa nak beranak medina dan aydan, memang ada makan VCO ni..Masa bersalin tu, bau VCO kau (huhuhhh)

dan dah lama pulak dok tinggal...teringat tapi tak direzeki kan untuk beli...huhuu..

Kenapa mak pilih VCO UTM?




Minyak VCO UTM ni tak ada bau tengik atau bau kelapa yang kuat, bau dan rasa kelapa dia light-light ja. Anak-anak pun memang kena paksa makan VCO ni ok, mak pakai sudu kecil. Untuk botol 400ml ini. harga nya RM76.00 dan beli secara online di http://needsvenue.com.my/Product.aspx?sq=2232e960-c5ee-4e2f-b254-53f06e0cb3c7


Manfaat Minyak Kelapa Dara (Artikel dari sinar harian)

MINYAK kelapa dara juga digelar superfood. Ia bukan sahaja digunakan dalam masakan, bahkan juga untuk kesihatan dan kecantikan. Berikut disenaraikan 12 manfaat minyak kelapa dara.

  • Ia berfungsi mengurangkan rasa lapar;
  • Ia mengandungi asid laurik yang bagus untuk menyokong sistem ketahanan badan;
  • Lemak sihat di dalam minyak kelapa dara bagus untuk jantung;
  • Ia dapat memberi anda tenaga dengan segera jika anda mengalami keletihan;
  • Fungsi kelenjar tiroid lebih baik dan sihat dengan minyak kelapa dara;
  • Ia mampu menjadikan kulit, rambut, dan kuku anda sihat. Kulit yang kering menjadi lembap dan memperbaiki kandungan lemak dalam kulit;
  • Sekiranya berkumur dengan minyak kelapa dara, ia akan membunuh bakteria yang berbahaya dalam mulut. Secara tidak langsung, gigi anda bertambah sihat dan nafas juga tidak berbau busuk lagi;
  • Apabila kadar metabolisme meningkat, sel juga bangkit semula dengan pantas. Pada masa ini tubuh anda akan menggantikan sel-sel lama dengan yang baru dan sihat;
  • Berperanan sebagai ejen semulajadi yang mengurangkan kulat, bakteria dan virus yang boleh menyebabkan penyakit;
  • Perembesan insulin diperbaiki dengan minyak kelapa dara. Ini membantu penggunaan glukosa dengan lebih baik bagi mengimbangkan pengeluaran insulin yang akan melegakan simptom dan mengurangkan risiko kesihatan khususnya berkaitan diabetes;
  • Memperbaiki fungsi otak. Sesuai untuk memulihkan pesakit alzhemeir; dan
  • Dapat melindungi tubuh daripada radikal bebas yang merosakkan sel.

Korang kalau nak cuba, boleh tekan link atas tu na..Banyak sebenarnya  brand -brand VCO ni kat pasaran..kita support jenama tempatan naaa.

Selamat berweekend hampa!!

No comments:

Post a Comment