Sunday 31 December 2023

Bye 2023, Hi 2024

Setahun dah habis, alhamdulillah..2023 korang bagaimana? macam roller coster? πŸ˜‚

Tiap hari, tiap tahun berlalu pasti beri pengajaran, growth, penambahbaikan untuk kita jadi manusia lebih baik bukan?

Samaada melalui orang, pengalaman, kegagalan, kehilangan walaupun hanya seekor kucing, kejayaan, masa-masa gembira, masa-masa sedih, masa sihat, masa sakit, jatuh dan bangun pastinya mahu menjadikan sesorang itu lebih bagus dan lebih baik dari masa-masa yang lepas kan??

I am private person, but here's a few recap to our little family in year 2023:

our homestay setup



Aydan graduation, alhamdulillah 

Last moment of taking care of Jumi

welcoming our new family members

New family members onboard

Alhamdulillah, rezeki Allah






Amin, always make us proud πŸ’ͺ

Medina, for her first time challenging herself in poem competition

Grow

Grow

Lost : Bye Jumi, see you in syurga πŸ‘‹πŸ’“we miss you a lot

Here all of us, ready for year 2024 πŸ‘πŸ‘ŒInsyaallah!! 😁



Friday 29 December 2023

Homestay Cyberjaya

 




HOMESTAY SUPERABAH (ASPIRE RESIDENCE, CYBERJAYA) 

πŸ‘‰Check In : 2.00 petang

πŸ‘‰Check Out : 12.00 tengah hari (hari berikutnya)

πŸ‘‰2 lot parking disediakan

πŸ‘‰3 bilik (Bilik Master – Queen Bed, Bilik 2 – 2 katil single, Bilik 3 – Double Decker)

πŸ‘‰Ada kolam renang di Club House

πŸ‘‰Fully Furnished (Air Cond hanya di bilik master sahaja)

πŸ‘‰Maksimum 10 orang penginap

πŸ‘‰RM260 sehari (Deposit :RM130-dipulangkan semasa check out)

       Sila isi tempahan penginapan:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeO0Msll4t_uQz2WHiIYprpvnvwNKayO3MIeU3fOVUG_sxudA/viewform

atau melalui Agoda :

https://www.agoda.com/great-hospitality-away-from-the-hustle-of-the-city/hotel/kuala-lumpur-my.html?hotel_id=49338120

     Boleh hubungi :  0192807761 untuk pertanyaanπŸ˜„


Saturday 23 September 2023

Korang ok tak tu??

Mencabar kan hidup dalam keadaan ekonomi sekarang??

Dengan harga barang naik, barang-barang asas macam telur, minyak masak paket dan sekarang ni pulak beras terhad....it is not a good sign, kan?

Siapa yang ada anak ramai, mesti terkesan, nak beli barang dapurnya, belanja macam-macam...akan rasa terbeban dalam tekanan ekonomi sekarang..semoga urusan kalian dipermudahkan πŸ™

Dah capai umur 40 ni, i just want peace..i will elak drama, keep my circle small, protecting my little family and my inner peace..

Macam pernah tulis dulu, me akan block terus  siapa yang nak start / create drama & disrespectful behavior waima la korang keluarga, saudara, atau sesiapa sahaja..i will create distance πŸ‘Œ

Life ni simple je, kau hormat orang, orang hormat kau..tu jer..jangan mintak respect tu sebab kau ada title..jangan mengadu domba buat orang bergaduh, jangan campur urusan orang lain, jangan mengatur hidup orang untuk ikut cakap dan cara kita..kalau buat plan untuk urusan sendiri, jangan susahkan orang lain untuk setelkan plan korang tu, plan sampai habisss..Plan A apa, Plan B apa?? sebab orang lain pun ada plan masing-masing..itu namanya hormat..respect!

Kalau tengok orang lain tiba-tiba ada benda lebih, jangan buruk sangka..jangan tuduh-tuduh..simpan hasad tu untuk diri sendiri..kita tak tau pengorbanan apa yang orang tu lalui sehingga sampai ke tahap tu..jangan create cerita ikut fantasi minda demi nak memuaskan nafsu dan hati..tak boleh bercakap benda elok..Diam!! 

kalau korang tak boleh create happiness dalam hidup korang, jangan hasut-hasut orang lain..sebab diri sendiri tak happy..kain sendiri koyak rabak, jangan sibuk nak jahitkan kain orang lain πŸ˜†

Back to cerita ekonomi, ada kawan tanya, macam mana korang beli barang dapur? nak tampung perbelanjaan untuk barang dapur? 

One of my friend kata, lepas ni nak kena tanam ubi kayu balik agaknya..sebab dulu-dulu kan orang melayu memang makan ubi kayu, memang tak makan nasi..my friend tu kata dia beli ubi kentang banyak-banyak, nak ajar anak kurangkan makan nasi...sampai macam tu la nak survive kan 😎

Kalau tanya me, me akan pergi pasar borong atau seri ternak untuk beli ikan,sayur dan spices..untuk ayam, me akan beli kat kilang ayam, dan me akan beli juga ayam tua (but korang kena ada preasure cooker), untuk perbelanjaan macam milo, susu tin, roti, me akan cari kedai macam 99 speedmart..maybe orang yang 'jaga standard' akan cakap tak standard dowh beli barang kat tempat-tempat macam tu...then korang jangan komplen RM100 tak penuh troli...kau nak standard ke kau nak bagi anak kau makan? At the end, ayam, milo tu rasa sama je, tak kisah la kau beli kat mana!!



my small happiness

tanam sendiri


Sunday 17 September 2023

Review Produk:: Kurma Dhuha

Lama dah nak buat review kurma dhuha ni..dah beli bertahun, tapi tak buat review.


Produk ni dah lama di pasaran, sebelum maajun nenda lagi..dalam tahun 2018 macam tu, mak pernah consume kurma dhuha, masa tu 8 bulan lepas bersalin mak tak period, mungkin faktor breastfeed full untuk aydan..so niat masa tu makan kurma dhuha ni nak banyakkan susu, tapi within a week after makan, terus datang period..masa tu sebu-sebu kat perut semua hilang la..

Lepas tu mak stop la...but my mum (nenek) makan juga kurma dhuha, sebab dia sakit kaki waktu tu, alhamdulillah, sakit kaki hilang, but my mum pun stop, sebab selera makan jadi tinggi..

Tahun ni, start beli balik..lama dah tinggal..beli untuk husband, sebab dia adalah masalah darah tinggi dan sakit lutut...so botol dalam gambar tu, my husband yang consume..me curi sikit-sikit..alhmdulillah, sakit lutut dia hilang..untuk darah tinggi, tidaklah ke paras normal, tapi dalam kawalan..

Apa khasiat kurma dhuha ni? Kalau ikutkan info daripada JRM, khasiat kurma dhuha adalah:

πŸ‘‰Merawat sakit dada, lelah (asma) dan sesak nafas;

πŸ‘‰Merawat sakit sendi dan sakit urat;

πŸ‘‰Membantu melegakan kahak dan masalah tiroid;

πŸ‘‰Menggalakkan pengeluaran susu ibu;

πŸ‘‰Merawat sembelit dan masalah perut;

πŸ‘‰Mengeluarkan angin dalam badan; dan

πŸ‘‰Merawat sakit tumit dan tapak kaki.


Bab buang angin tu pun mak tak nafikan, memang buang angin sungguh..kalau mak rasa bisa-bisa badan, sakit-sakit badan, mak memang curik la sikit kurma dhuha ni, rasa dia pun sedap, tak pahit pun..kunyah-kunyah hilang 😁




Sunday 10 September 2023

Madu Propolis

Sekarang memang musim batuk dan selsema kan? Baru je elok anak-anak korang, haaaa minggu depan batuk balik..yang best kalau dapat pakej kita sekali berjangkit dengan anak-anak..

Sejak ada anak angkat bulus ni, batuk + selsema tu memang berganti-ganti, jadi mainan halwa telinga...

minggu lepas appoinment asma medina, Dr tanya, isu kucing dan karpet dah selesai?? πŸ˜…

Eh..ehh, kalau la sesenang itu boleh hantar anak bulus tinggalkan kat pasar, dah selesai dah Dr..eheh, xde hati perut ke kan?

Medina ok la terkawal la batuk dan asma dia, sbb consistent ambil neb, dan regular check up dia, but untuk Amin dan Aydan, jenuh juga la, selain essential oil (RC dan Peppermint) ,ubat-ubat juga dan cari suplemen yang sesuai..

Eo mak letak dalam tupperware sbb nak bawa pi outstation

EO untuk batuk dan selsema

So alkisah Madu Propolis ni, 2 hari lepas pergi Melaka, bila balik tu singgah la kat Ayer Keroh kan, nak beli cencalok la, dodol la, dan singgah jugak Melaka Bee Gallery..Kat situ kan selain korang boleh belajar mengenai penghasilan madu, kat situ pun korang boleh beli produk-produk madu dan ada tester..

So, ikutkan auntie dekat Bee Gallery tu, untuk atasi masalah batuk dan selsema, boleh cuba madu propolis..sama ada beli madu yang dah dicampur dengan propolis atau ambil propolis sahaja pun boleh..Propolis dikatakan mengandungi antioksidan yang tinggi..kalau ada ulser dalam mulut pun boleh titik je few drops propolis kat tempat ulser tu...rasa propolis tu pahit pahit pedar...Auntie tu maklumkan masa Covid hari tu, propolis ni out of stock 😁








Apa salahnya mencuba kan, dah 3 hari bagi anak-anak makan madu propolis, alhamdulillah Aydan dan Medina lega..Amin selsema kering, masih ada bunga-bunga batuk lagi..Korang nak try boleh klik πŸ‘‰  https://vt.tiktok.com/ZSLTcTCCG/  😘



Saturday 26 August 2023

Ningxia Red Young Living

Mak memang ahli YL sejak 2021..kenapa masih bertahan, sebab produk YL tu memang bagus πŸ‘

Salah satu produk yang memang mak wajib beli atau redeem adalah Ningxia Red..

Ningxia Red ni, sebotol RM176..kalau sale baru la boleh jatuh sikit harga dia, tu pun sebab nak expired, but kalau nak expired pun mak memang akan borong..My mum pun pengguna tegar Ningxia Red..kenapa? Dia kata kalau minum Ningxia, mata dia terang, insyaAllah πŸ‘€




So, apa tu Ningxia Red?

Daripada laman web Young Living: 

Packed with powerful antioxidants and superfoods, NingXia Red features wolfberry, plum, aronia, cherry, blueberry, and pomegranate juices and extracts to start your day off right. Clinical studies revealed that NingXia Red significantly increases physical energy levels, improves sleep patterns, increases time asleep, and reduces daily stress to improve mental well-being. It also contains a blend of premium essential oils, including Orange, Yuzu, Lemon, and Tangerine. These ingredients combine to help prevent oxidative stress, support normal cellular function, and promote healthy energy levels.* 

  • Clinically shown to: 

    • Provide energy support without caffeine* 

    • Increase physical energy levels significantly while reducing physical limitations* 

    • Support whole-body health and wellness* 

    • Improve sleep patterns, increasing time asleep* 

    • Reduce daily stress significantly to improve mental well-being* 

  • Helps prevent oxidative stress* 

  • Provides a nutrient infusion for whole-body support* 

  • Contains a synergistic blend of Orange, Tangerine, Lemon, and Yuzu premium essential oils* 

  • Contains powerful ingredients that are involved in many antioxidant processes* 

  • Supports normal eye health* 

  • Supports healthy digestion* 

Kalau korang tanya mak jujur ya, Ningxia Red ni, mak memang minum bercatu, sebab mahal..Mak minum malam sebelum tidur, pagi korang akan rasa kulit muka korang gebu gebas..dan lembab..ada juga bila terlampau tengok skrin telefon dan laptop, mata akan penat dan kabur..but lepas minum Ningxia, penglihatan mata tu terang..

Kalau anak-anak mak tak sihat, demam / batuk atau selsema..mak memang akan bagi minum Ningxia tiap hari..Insyaallah, cepat sembuh dengan izinNya..

My makcik minum ningxia, bacaan BP dia turun..sibuk tanya bila sale Ningxia..

Bila dah naik umur 40 tahun ni, kesihatan kena jaga kan? Me dah cut sugar, minum kopi xde gula dan susu..weekend ajak laki gi briskwalk (memang wajib) 

Brisk Walk Hari Minggu



Siapa yang tercari-cari minuman kesihatan, you should try Ningxia Red..must have dalam peti ais setiap rumah..bagus untuk seisi keluarga korang!!πŸ‘‰  https://vt.tiktok.com/ZSLEnYoUS/

Friday 7 July 2023

Projek akan datang :: Excited !!





Isi balik borang tnb + syabas buat kali ketiga !! Alhamdulillah, dalam bulan september akan mula sibuk..sekarang tengah survey dan kira bajet nak prepare rumah untuk dijadikan homestay. Nanti nak kena tempah langsir..nasib baik beli rumah dah siap ada lampu, kipas + kitchen cabinet..tak payah pening dah nak buat wiring dan sebagainya.


survey perabot jua





Siapa excited?? Me 😊

Monday 19 June 2023

Manfaat Daun Mengkudu untuk demam !!

Korang kenal pokok mengkudu takkk??hihhh 😏

Nak jadi cerita, me, hubby dan anak-anak akan brisk walk tiap weekend..tu memang azam tahun 2023...alahhh, brisk walking belakang rumah sampai la ke tepi tasik sepanjang Presint 8...so kalau lalu belakang rumah jiran, kadang ternampak la pokok mengkudu..siap buah mengkudu berjuntai juntai tak mengisah orang nak mengambiknya...

2 minggu lepas, Amin demam, nak jadi cerita lebih seminggu tak kebah-kebah..panadol dah nak habis 1 papan..selalunya kalau demam paling lama 4 hari..so dalam dok cuba macam-macam petua, air asam jawa, air lemon, bawang putih laaaa, air yasin (you name it) 

Call la my mum (Nenek) teringat pulak petua lama, cari daun mengkudu, layur kan atas api depan dan belakang..lepas tu balut perut dan belakang badan masa tidur (tunggu la daun tu suam-suam tau, jangan la panas-panas korang tekap pulak πŸ˜…)

Pastu tanya husband, eh mana pulak nak cari daun mengkudu, macam nak kena mintak kat jiran nih!! masalahnya bukan jiran dekat, selang 2-3 rumah ni, jiran selang 5-6 rumah!!

Dalam dok nak susun ayat nak mintak jiran, Allah tu Maha Baik, ada la sebatang pokok besar belakang rumah, tumbuh liar, tidak bertuan, selama ni memang tak pandang pun, tiber husband panggil, eh meh sini, bila datang dekat, ni pokok mengkudu kan?? dengan buah-buah bergelimpangan tak berkutip..apa lagi, 2 laki bini, petik jangan tak petikkkk..

Alhamdulillah, dengan izin Allah, setelah cuba petua selama 2 malam, kebah demamnyaa, yang impress nya adalah, masa suhu naik 37..mak tekap daun tu terus, suhu tak naik, sama ada suhu mantain, lepas setengah jam, suhu akan turun, tanpa makan panadol..macam tak percaya kan? tapi menjadi!! so ibu-ibu kalau nak cuba (make sure bawa anak jumpa doktor dulu ya), boleh try ok..petua yang tak perlu masuk mulut pun (makan)..cuba lah!!



Wednesday 22 March 2023

Dah Ramadhan !!

Dah puasa koranggggg..cepat betull..alhamdulillah πŸ™sistur tak la busy, tapi sibuk dok baca kisah rumahtangga orang sana sini πŸ˜– malas nak buka instagram atau media sosial kan? sana sini kisah penyondol, cerai, nusyuz, ehhhh, macam-macam..moga dipermudahkan semua urusan..

To update, one of my close friend dapat tukar, yang sadis nya nak cerita, last kami jumpa adalah dicafe, bulan pertengahan Februari, lepas tu esoknya dia MC, sampai la dapat  tukar awal bulan Mac..Dan my friend tu pergi sahaja, dah tak jumpa..Moral of the story, kalau seseorang ajak jumpa, walaupun just for a cup of coffee dan chit chat, pergi je...kita tak tau esok lusa kita jumpa lagi ke tidak kawan kita tu..😭

Macam mana life? Jumi ada adik baru, haaaa..datang lagi anak kucing...nama Angel pulakkkk..si legam yang becok..Kalau ikutkan memang tak nak bela kucing, sebab anak asma dan cepat batuk..tapi yelah..Dah rezekiii, Angel datang, jangan ditolakkk..so welcome Angel..si hitam legam 😊




Tahun ni macam tahun membela kucing pulakk...Eh, persiapan raya korang dah siap? Sistur dah complete hokayyy..gembira siap awal...Dari bulan Disember dok pulun tempah baju raya sampai la bulan ni, last beli baju Medina..senang tak heboh nak cari masa bulan puasa..sistur tak suka sesak-sesak kat shopping mall..berebut pegang kasut, tarik baju sana sini...ooooiii takde masa nokkk..so better siapkan awal..tinggal nak tukar duit raya je..

Eh dah lama tak buat review produk kan? tu laaa, nak kena ada mood..banyak idea mencurah-curah, yang konon nak konsisten la update blog..tapi nak mula balik tu..sistur cuba la yeh..income blog ni pun walaupun tak update, masih masuk, so sayang pulak nak biar bersawang kan??

Selamat berpuasa korang😘


Monday 16 January 2023

Selamat Tahun Baru 2023

 Hari ke 16 baru nak wish tahun baru...lambatttt πŸ˜‹

Anak-anak dan suami diuji chicken pox..dari disember bawak ke Januari..berturutan..gilir-gilir..

Memang tak ke mana-mana..Ontok kat rumah, nak pi mana kan?? berjangkit nanti..

Start November, diuji dengan anak-anak berturut batuk dan asma, sampai warded, dah lama tak warded πŸ˜“

Ohh ya, we have a new member in the Family :: Jumi The Cat..datang pepagi subuh dalam keadaan lapar dan kehausan susu, kesian betul..dah 3 bulan our life with Jumi..balik rumah Nenek pun angkut sekali..no wonder la bebudak ni start asma..hihihh...nak buat macam mana kann..kalau ignore, kesiann!!

Masa mula datang, dengan cirit nya



Kat rumah nenek pun angkut 😁

Ko tengok Jumi, bahagia kan??



Cerita pasal Chicken Pox pulak, berderet kan kena? awal-awal kena tu, sapu celamine lotion beli kat farmasi dan ada yang dapat kat klinik..we ikhtiar juga ambil daun semambu (Neem Leaves) kat tepi jalan..Daun semambu ni, blend dan buat air mandi..kalau ada bath tub, rendam dalam tu...Kalau ada Essential Oil, boleh drop beberapa titis Thieves dalam air mandian tu ya..




Dan sila pantang makan, elakkan yang gatal-gatal macam telur, ikan bilis, seafood dan sebagainya..Standby gula-gula sakit tekak juga ya, sebab confirm akan ada ulser dan sakit tekak πŸ˜–Kalau kena chicken pox, jangan tak pergi klinik ya..Doktor akan bagi ubat alahan (redakan rasa gatal), calamine lotion dan ubat-ubat berkaitan..Medina masa mula-mula kena, demam juga 1 hari..Bertabahlah wahai ibu-ibu, yang anaknya dijangkiti chicken pox..Kerap cuci towel dan cadar, dan bila anak-anak baring tengok tv, alas la dengan kain, sebab chicken pox tu berair..Depa chicken pox, memang dah tak bagi pegang Jumi, nanti jangkit pulak ke anak bulus..😏

Minggu ni dah start balik busy sedunia, anak-anak pun dah start sekolah, tengah exam..Ibu dia pun dah work...dan dah start susun /organize planner..So, apa plan korang tahun ini?