Sunday 10 September 2023

Madu Propolis

Sekarang memang musim batuk dan selsema kan? Baru je elok anak-anak korang, haaaa minggu depan batuk balik..yang best kalau dapat pakej kita sekali berjangkit dengan anak-anak..

Sejak ada anak angkat bulus ni, batuk + selsema tu memang berganti-ganti, jadi mainan halwa telinga...

minggu lepas appoinment asma medina, Dr tanya, isu kucing dan karpet dah selesai?? 😅

Eh..ehh, kalau la sesenang itu boleh hantar anak bulus tinggalkan kat pasar, dah selesai dah Dr..eheh, xde hati perut ke kan?

Medina ok la terkawal la batuk dan asma dia, sbb consistent ambil neb, dan regular check up dia, but untuk Amin dan Aydan, jenuh juga la, selain essential oil (RC dan Peppermint) ,ubat-ubat juga dan cari suplemen yang sesuai..

Eo mak letak dalam tupperware sbb nak bawa pi outstation

EO untuk batuk dan selsema

So alkisah Madu Propolis ni, 2 hari lepas pergi Melaka, bila balik tu singgah la kat Ayer Keroh kan, nak beli cencalok la, dodol la, dan singgah jugak Melaka Bee Gallery..Kat situ kan selain korang boleh belajar mengenai penghasilan madu, kat situ pun korang boleh beli produk-produk madu dan ada tester..

So, ikutkan auntie dekat Bee Gallery tu, untuk atasi masalah batuk dan selsema, boleh cuba madu propolis..sama ada beli madu yang dah dicampur dengan propolis atau ambil propolis sahaja pun boleh..Propolis dikatakan mengandungi antioksidan yang tinggi..kalau ada ulser dalam mulut pun boleh titik je few drops propolis kat tempat ulser tu...rasa propolis tu pahit pahit pedar...Auntie tu maklumkan masa Covid hari tu, propolis ni out of stock 😁








Apa salahnya mencuba kan, dah 3 hari bagi anak-anak makan madu propolis, alhamdulillah Aydan dan Medina lega..Amin selsema kering, masih ada bunga-bunga batuk lagi..Korang nak try boleh klik 👉  https://vt.tiktok.com/ZSLTcTCCG/  😘



No comments:

Post a Comment