Saturday 23 September 2023

Korang ok tak tu??

Mencabar kan hidup dalam keadaan ekonomi sekarang??

Dengan harga barang naik, barang-barang asas macam telur, minyak masak paket dan sekarang ni pulak beras terhad....it is not a good sign, kan?

Siapa yang ada anak ramai, mesti terkesan, nak beli barang dapurnya, belanja macam-macam...akan rasa terbeban dalam tekanan ekonomi sekarang..semoga urusan kalian dipermudahkan 🙏

Dah capai umur 40 ni, i just want peace..i will elak drama, keep my circle small, protecting my little family and my inner peace..

Macam pernah tulis dulu, me akan block terus  siapa yang nak start / create drama & disrespectful behavior waima la korang keluarga, saudara, atau sesiapa sahaja..i will create distance 👌

Life ni simple je, kau hormat orang, orang hormat kau..tu jer..jangan mintak respect tu sebab kau ada title..jangan mengadu domba buat orang bergaduh, jangan campur urusan orang lain, jangan mengatur hidup orang untuk ikut cakap dan cara kita..kalau buat plan untuk urusan sendiri, jangan susahkan orang lain untuk setelkan plan korang tu, plan sampai habisss..Plan A apa, Plan B apa?? sebab orang lain pun ada plan masing-masing..itu namanya hormat..respect!

Kalau tengok orang lain tiba-tiba ada benda lebih, jangan buruk sangka..jangan tuduh-tuduh..simpan hasad tu untuk diri sendiri..kita tak tau pengorbanan apa yang orang tu lalui sehingga sampai ke tahap tu..jangan create cerita ikut fantasi minda demi nak memuaskan nafsu dan hati..tak boleh bercakap benda elok..Diam!! 

kalau korang tak boleh create happiness dalam hidup korang, jangan hasut-hasut orang lain..sebab diri sendiri tak happy..kain sendiri koyak rabak, jangan sibuk nak jahitkan kain orang lain 😆

Back to cerita ekonomi, ada kawan tanya, macam mana korang beli barang dapur? nak tampung perbelanjaan untuk barang dapur? 

One of my friend kata, lepas ni nak kena tanam ubi kayu balik agaknya..sebab dulu-dulu kan orang melayu memang makan ubi kayu, memang tak makan nasi..my friend tu kata dia beli ubi kentang banyak-banyak, nak ajar anak kurangkan makan nasi...sampai macam tu la nak survive kan 😎

Kalau tanya me, me akan pergi pasar borong atau seri ternak untuk beli ikan,sayur dan spices..untuk ayam, me akan beli kat kilang ayam, dan me akan beli juga ayam tua (but korang kena ada preasure cooker), untuk perbelanjaan macam milo, susu tin, roti, me akan cari kedai macam 99 speedmart..maybe orang yang 'jaga standard' akan cakap tak standard dowh beli barang kat tempat-tempat macam tu...then korang jangan komplen RM100 tak penuh troli...kau nak standard ke kau nak bagi anak kau makan? At the end, ayam, milo tu rasa sama je, tak kisah la kau beli kat mana!!



my small happiness

tanam sendiri


No comments:

Post a Comment