Sunday 10 July 2022

Hey, I have new Projects !!

Dekat 2 bulan mak tak update blog kan??

Mak busy keh...Bukan hal kerja, tapi hal personal 😁 Have a few projects..so blog pun terabai..Mak baru sampai dari kampung..Best, macam-macam aktiviti buat kat kampung, handphone pun tinggal ntah mana 😂

Saja la nak share, kalau weekend selalu kalau tak pergi mana, mak layan movies atau cerita bersiri with kiddos, so salah satu cerita bersiri yang mak layan adalah The Silent Sea..mak dah lama tak tengok drama melayu eh..cliche!! dari mak belum kahwin sampai la dah beranak tiga, cerita asyik kena kahwin paksa, kahwin kontrak, tak suka lama-lama jadi suka...eh eh...ngapa gitu ntah..apa nak jadi ntah 😆 muntah ijo 😩


Berbalik cerita The Silent Sea, lepas habis layan cerita tu dalam 1 malam eh (ntah berapa siri) terkedu la jugakk..sooo, mak bayangkan apa akan jadi kalau negara kita tak lama lagi kekurangan sumber, macam cerita tu lah..baik korang tengok keh..So sebabkan cerita tu (bukan la pencetus utama), mak dah start buat beberapa projek..yang tadi mak cakap, mak busy tu...ahaaaaa..dan disebabkan cerita itu, my priority of investments pun dah bertukar..Mak dah stopkan 1 jenis investment dan tukar terus, invest benda lain..

Perubahan tu pun tak boleh drastik kan? so kena pelan-pelan kayuh..haaa gitu..sekarang ni pun dah gempar sana-sini, makanan tak cukup, ayam mahal (senyum tengok daging burger ayam Ramly lagi mahal dari daging..dulu terbalik..apooooo??)

Mak pun tahan-tahan diri ni, dari beli benda bukan-bukan contoh mak dah tak bukak Sephora, tudung, baju (kadang bukak juga 😋)..My priorities dah tukar keh..Mak dah mula kompos sisa makanan, kulit telur pun tak buang..Mak ada projek yan tengah buat dan akan buat!! Here are some of the pictures that mak boleh share dengan all of you keh:





Bendi

Kulit telur mak tak buang!


Pun tak buang..kompos !!

Dari dulu mak memang suka tanam-tanam eh, tapi la ni baru fokus sikit, yang ni tanam-tanam kat rumah sendiri, my new project, next, akan tanam-tanam kat rumah nenek, nanti mak share keh ✌