Showing posts with label Peppermint Essential Oil. Show all posts
Showing posts with label Peppermint Essential Oil. Show all posts

Sunday, 10 September 2023

Madu Propolis

Sekarang memang musim batuk dan selsema kan? Baru je elok anak-anak korang, haaaa minggu depan batuk balik..yang best kalau dapat pakej kita sekali berjangkit dengan anak-anak..

Sejak ada anak angkat bulus ni, batuk + selsema tu memang berganti-ganti, jadi mainan halwa telinga...

minggu lepas appoinment asma medina, Dr tanya, isu kucing dan karpet dah selesai?? 😅

Eh..ehh, kalau la sesenang itu boleh hantar anak bulus tinggalkan kat pasar, dah selesai dah Dr..eheh, xde hati perut ke kan?

Medina ok la terkawal la batuk dan asma dia, sbb consistent ambil neb, dan regular check up dia, but untuk Amin dan Aydan, jenuh juga la, selain essential oil (RC dan Peppermint) ,ubat-ubat juga dan cari suplemen yang sesuai..

Eo mak letak dalam tupperware sbb nak bawa pi outstation

EO untuk batuk dan selsema

So alkisah Madu Propolis ni, 2 hari lepas pergi Melaka, bila balik tu singgah la kat Ayer Keroh kan, nak beli cencalok la, dodol la, dan singgah jugak Melaka Bee Gallery..Kat situ kan selain korang boleh belajar mengenai penghasilan madu, kat situ pun korang boleh beli produk-produk madu dan ada tester..

So, ikutkan auntie dekat Bee Gallery tu, untuk atasi masalah batuk dan selsema, boleh cuba madu propolis..sama ada beli madu yang dah dicampur dengan propolis atau ambil propolis sahaja pun boleh..Propolis dikatakan mengandungi antioksidan yang tinggi..kalau ada ulser dalam mulut pun boleh titik je few drops propolis kat tempat ulser tu...rasa propolis tu pahit pahit pedar...Auntie tu maklumkan masa Covid hari tu, propolis ni out of stock 😁








Apa salahnya mencuba kan, dah 3 hari bagi anak-anak makan madu propolis, alhamdulillah Aydan dan Medina lega..Amin selsema kering, masih ada bunga-bunga batuk lagi..Korang nak try boleh klik 👉  https://vt.tiktok.com/ZSLTcTCCG/  😘



Wednesday, 4 May 2022

Selamat Hari Raya Korang !!

Tersekat di jalan raya ke ? 😂😁

Mak, alhamdulillah, semalam dah selamat sampai selayang, dari Taiping, nak switch ke Negeri Sembilan ✌ Macam explorace juga kan? masuk highway, keluar highway ikut jalan lama..thrill kan? 

Esok pagi gerak balik negeri sembilan..hari ni satu hari, mak chilled layan sakit perut, cherry berry kau...haaaaaa, ntah makan apa benda kan raya ni, masuk macam macam, confirm perut kau memulas..dok la ontok-ontok (diam-diam) kat rumah layan pi toilet 😋

First day raya kat Taiping, mak layan Amin (my first born) cherry berry dan muntah-muntah...malam, pi ronda Bagan Serai cari Dobi sebab nak basuh toto..habis kena muntah 😔 Pengalaman kan? nasib juga bawa EO Aroma Ease dan Peppermint..masa Amin loya-loya tu, dia dah tanya, ibu bawa peppermint? Amin nak muntah.. Ibu Abah ni dah jadi poket Doraemon, semua kena bawa 💪



Layan Amin muntah (sapu Aromaease EO kat dada, belakang dan tengkuk)


Ni Kotak First Aid Ibu, semua ada

Kalau travel, ni memang wajib bawa

Siapa yang ada anak kecil, memang wajib la ada kotak yang ada ubat-ubatan, macam panadol, vicks, minyak yu yee, plaster luka, losyen ruam, oximeter, thermometer, salon pas...mak beli sikit-sikit, kumpul dalam box..tak la beli sekali banyak...anak mak sorang tu asma, so memang bawa optichamber dan ubat asma untuk neb dia..Bila mak dah start guna YL EO, mak tambah 1 beg lagi 😂 so mak bawa EO yang penting macam Peppermint, Aromaease, Lemongrass (Nyamuk), Digize (sakit perut) dan Thieves..Eh diffuser pun bawak...Jadi mak-mak, gini la kan..macam doraemon, kadang barang sendiri pun lupa bawa..

Eh esok nak gerak balik Negeri Sembilan, harap perut okay..harap jalan pun okay..Selamat Hari Raya korang, Maaf Zahir Batin, chill-chill sudah, asal happy, cherish the moment 💃😚