Tuesday 30 April 2024

Persiapan Umrah :: Part 1

Tarikh draf blog 12 Februari 2024 :

 Untuk persiapan umrah Part 1 :

Sister share persiapan sister sebelum berangkat ke tanah suci..Keinginan untuk ke tanah suci bersama keluarga, sejak 2 tahun lepas..sister dah mula pasang niat dan berdoa pada-Nya, mohon dijemput untuk menunaikan umrah..tapi doa sister spesifically pada usia 40 tahun, dan pada tahun lepas (2023), pada mulanya sister niat pada bulan Disember 2023, tapi belum sampai masa..(macam-macam pulak masa tu, jumi mati, ada anak kucing baru lahir, eh macam-macam lah)

Januari 2024, dah mula survey pakej umrah, masa tu dah membuak nak pergi, dan terus tekad buat passport, dan hari yang sama terus ke travel agensi untuk bayar deposit umrah (seorang RM300, bayaran penuh 45 hari sebelum tarikh terbang)..terus tempah pakej lepas raya..walaupun ada pakej yg lagi rendah harganya, tapi keinginan dan visi (bayangan) tahun lepas adalah untuk naik saudi airlines..so saudi airlines kitaaa..masa tu cakap ngan laki, eh susah nak pi, nanti kalau naik airlines lain, bila balik teringat dan menyesal.


Untuk yang tanya buat passport kat mana, sister buat di Imigresen KLIA, dalam 3 jam, passport siappp..Bayaran adalah RM200 untuk dewasa dan RM100 untuk kanak-kanak, tempoh 5 tahun..untuk kanak-kanak kena bawa sijil kelahiran, jangan lupa bawa copy dan original, dewasa bawa ic (copy dan original). Yang pakai tudung, make sure pakai tudung warna hitam atau gelap, kalau tak korang kena pakai tudung lainnn (yang disediakan imigresen)

Jam 8 sampai pun, no giliran dah 82 😅
                                                  


Siap untuk passport, kena sediakan dokumen untuk tujuan permohonan visa. Dokumen yang diperlukan adalah :

1. Buku suntikan meningitis

2. 4 keping gambar visa umrah

3. Dokumen mahram

4. Daftar di Saudi Visa Bio (ni kena download di apps ya)

Lepas dah buat bayaran penuh, korang boleh la pergi kursus umrah..biasanya travel agency yang korang pilih tu akan sediakan kursus secara percuma.

Hadir kursus sebelum puasa

Salah satu syarat nak mohon visa, korang kena suntik  vaksin umrah, korang boleh pergi ke mana-mana klinik berhampiran, biasanya ada, cuma kena call dulu untuk tanya samaada klinik tersebut ada stok ke tidak..range harga dalam RM180-RM200 satu dos..lepas suntik, klinik akan bagi korang buku suntikan vaksin. 

Suntik vaksin awal mac

Luggage dari Andalusia

Goodies dari Andalusia :: Kurma & Sejadah



Sambung Part 2 👆

No comments:

Post a Comment