Saturday 28 April 2012

Window Shopping Rumah

Ewah....macam kaya sangat jer, window shopping rumah kan? Hehe...Sebenarnya memang planning nak beli rumah dengan hubby tapi bukan masa terdekat ni memandangkan komitmen kewangan yang masih belum mengizinkan..

Minggu ni adalah minggu yang menyakitkan hati sebab apartment tempat kami menyewa buat onar...Sebabkan ada segelintir owner n penyewa tak bayar duit penyelenggaraan, maka pengurusan telah menutup servis LIF dan sebagainya...Bayangkan...sarat 9 bulan dan duduk tingkat 5..walllllaahhh, memang x cukup nafas naik tangga...Disebabkan itu, hubby naik darah dan membuat keputusan untuk cari rumah sewa lain....

Memandangkan sewa rumah teres di lumut ni mahal, maka kami telah membuat keputusan "Baik beli rumah laaa, nampak gayanya...!" Maka memang meluap-luap perasaan untuk mencari rumah di sekitar Manjung, Sitiawan, dan Seri Iskandar...

Maka, bermula laaa Window Shopping rumah...destinasi hari ini-----> Seri Iskandar!

Ni namanya Gardenia..hehe..dah habis!


Namanya Selinsing-Dah habis jugak!Mahal kot..hehe



Selepas window shopping rumah, saya n hubby p la ofis developer untuk tengok projek-projek yang sedang dibina n akan datang...Yang sedang dibina, dah habis dijual macam goreng pisang...So yang dibawah ini adalah projek akan datang: TROPIKA!


Ni la rupanya nanti

semua yang ada pin tu, dah dibooking n dijual

nak beli ke tak?







2 comments:

  1. perghhh...cantik tu!!berapa?kt lumut ke?

    ReplyDelete
  2. tak..kat seri iskandar..tempat kite kerja..rumah tak siap lagi mala..siap 2014..rm 188 k..consider murah la berbanding kat lumut or shah alam..

    ReplyDelete