Tuesday 17 April 2012

10 things about me

Siapa kisah kan? 10 perkara tentang saya..siapa nak amek tau kan...?tapi nak list down jugak..sebab masing2 ada kelebihan dan kekurangan...dan mungkin 10 perkara yang saya senaraikan adalah kekuatan dan kelemahan saya sebagai seorang manusia:

1. Saya tak pandai parking reverse.. (walaupun ramai dah ajar termasuk encik suami)

2. Saya tak pandai isi minyak kereta sambil melepaskan hos minyak...mesti nak tekan picu tu sampai habis isi..lenguh kot..tapi memang tak pandai!

3. Saya seorang yang sistematik..bukan pengemas..tapi sistematik..contoh: 1. list down perkara yang mahu dibuat...2. list down barang2 groceries yang nak dibeli..3. list down perbelanjaan bulanan dan simpanan.

4. Saya susah nak marah...tapi kalau di provoke atau di buli..memang saya akan naik darah...dan mulut pun boleh tahan lajunya..(so please don't try to make me mad)

5. Saya seorang yang patriotik(heeehe)

6. Saya bersangka baik pada semua orang, tetapi apabila sangkaan baik saya dibalas dengan org2 hipokrit, dan 2 muka, maka saya akan menjauhi org2 tersebut..(sebab saya tak pandai bermuka..depan manis, belakang mengata..eeiii,tak pandai berlakon)

7. Saya jarang menunjukkan perasaan atau emosi...terutama menangis,sedih, simpati, kasihan dan sewaktu dengannya..sebab saya tidak suka ambil port atau sesuatu perkara dengan serius dan mendalam---->malas nak fikir dan layan emosi...(orang lain cakap, saya tade perasaan)

8. Tapi kadang-kadang kalau saya marah atau sedih....saya akan tidur..bila bangun, dah okey dah!!

9. Saya bukan seorang pengemas..penyepah yerrrrr....tapi saya tidak suka tengok kain bertimbun, tak lipat..baju tak basuh, tak apa...hahahaha

10. Saya tidak suka berkawan dengan orang2 yang negatif...tidak bersyukur dan selalu mengeluh kesah..sebab I'm always try to be positive all the time!

No comments:

Post a Comment