Saturday, 22 February 2020

Review Produk :: FACIAL SCRUB WITH COLLAGEN SENDAYU TINGGI


Beli scrub ni masa ST buat YES Sale hujung tahun lepas, bulan disember kan..Masa buka bekas skrub ni mula-mula akak memang skeptikal ok..sebab tengok tekstur dalam bekas ni macam berair dan cair...ok..lepas tu try la ambil sikit letak kat muka..calit-calit la kan..bila gosok, ok tekstur dia macam pasir halus yang bila korang tonyoh kat muka, sental kat area hidung, hilang ok whitehead and blackhead...gone baby, gone!!!..Ahhhhmmayzing...haaaa, pandang rendah lagi kan...

Bila pakai skrub ni, teringat skrub jenama Body Shop..pun mempunyai tekstur yang sama...pasir halus...mak suka ok...bukan besar-besar, pastu bila tenyeh kat muka..tak jadi apa pun...

Harga kalau bukan sale RM 29.00. dan bukan nya kena guna banyak pun..sikit, sbb tekstur dia yang macam pasir halus tu...will buy it after this? Yes definitely!!







Macam pasir halus

Kalau korang nak skrub muka, seminggu sekali kalau korang tahap malas macam kucing gemuk la kan...kalau rajin 2-3 kali seminggu, confirmed ploles uolls =P


Semoga bermanfaat korang =)

Sunday, 9 February 2020

Review Product :: Whitening Pearl Cream SPF15 Sendayu Tinggi

Pearl Cream by Sendayu Tinggi (ST) ni katanya killer product brand ST..botol dia kecil molek je..harga dia RM34.00 kalau untuk bukan ahli..kalau ikut laman web ST, fungsi pearl cream ini adalah untuk mencerahkan tona kulit dan katanya boleh memudarkan jeragat..




Ada SPF 15


Ni masa baru beli




dah pakai lebih kurang 2 bulan



Colour cream ni agak yellowish, so untuk kulit mak yang agak kurang yellow dan tak berapa putih ni, susah juga nak pakai waktu siang..sebab ofkos akan jadi macam tepung gomak...hahahaaaaaa..so, mak tak pakai waktu siang, pakai waktu malam masa nak tidur...macam pakai bedak sejuk ko..krim ni bagi mak, sangat la wangi yang menusuk..kuat sangat bau nya..macam bau bunga melur, tapi annoying (sorry kak yatie) ikhlas ni..haaaaa...tak nampak lagi part yang memudarkan jeragat tu..tapi mak husnuzon gitu, belum lagi la tu..masih istiqamah pakai pearl cream ni...untuk kulit mak, cream ni a little bit berminyak ya..tapi  kalau pakai malam masa tidur, takde masalah la kalau berminyak pun..tidur kan...

nanti mak update lagi bila botol ni dah habis ya..=)

Review Product :: Laneige Lip Sleeping Mask


Siapa dah cuba lip sleeping mask ni? by jenama Laneige..Laneige adalah brand Korea yang ada nama juga dan quite establish..mak beli lip sleeping mask ni satu set dalam Sephora Favorites..so tak sure kalau harga 1 unit ni berapa...berat dalam 3 g..kecik jer..alahhh..nak guna pun untuk bibir je kann..so size kecik macam tu pun tahan lama uollss..

Ni bukan lipstick, lip balm ok..ni adalah lip mask..nama pun sleeping mask..so ofkos la pakai sebelum tidoq...tapi kalau korang nak pakai siang-siang buta bawak p kerja pun apa ke salahnya...takde dosa pun..

Kalau mak stalk kat IG yang jual skincare Korea ni, 1 unit yang comel lote ni, depa selalu jual dalam anggaran RM19 ++..ok la kan harganya..



Tekstur dia pekat dan likat..huhu



Ni siapa ada masalah bibir kering, menggelupas atau bibir coklat, kusam, boleh la cuba ok..sebelum tidor apply, esok bersihkan, korang akan rasa bibir tu lembut dan pink..wowwww..macam artis korea gitu..Mak tak jual ok..nak beli, p cari seller-seller online kat luar nun..

Moga bermanfaat uolls =)

Saturday, 4 January 2020

Penangan Sale YES Sendayu Tinggi

Haaaaaa, baik ngaku cepatttt siapa jer yang terjebakkkk dengan sale online YES Sendayu Tinggi 2019?? 

Me...Me..Me..

Apa je yang korang grab?? Cer kongsi =P

2 kali okey mak terjebak membeli...1 round beli Dfolia coffee ngan jamu la apa lagi kan...sebab murah banyak time ni..dah lah outlet ST jauh-jauh..susah nak beli kalau stok habis..

2nd round baru mak beli make up-make up diaaa....saja nak try, pastu untuk raya tahun ni takyah beli make up lagiiii...(boleh percaya ke kan)..kalau tak beli time sale tu, harga barang make up ST quite mahal kan? Mahal dari barang drugstore weh...huhuu..

So, bila harga dah murah, barang pun dapat lambat lah..lebih kurang seminggu lebih juga kena tunggu, tapi sis tak kisah sebab harga murah giler kot..tapi idak laa mak borong berkotak-kotak eh, sebab pakai sendiri jerrr..nanti mak review ok =D

Round 1

Round 2








Friday, 3 January 2020

Review Product :: Good Virtues Co. Brightening Facial Scrub

Mak beli skrub ni dah lama juga, dalam 10 bulan lepas..beli di watsons, harga masa tu dalam bawah RM10...Kalau tengok kat watsons online sekarang harga skrub ni dalam RM 11.61..






Ni deskripsi yang mak ambil dari laman web watsons ok :


Description
The more light you allow within your heart, the brighter your world will be. Our Brightening Facial Scrub with purifying Organic Habbatus Sauda Oil (Organic Black Seed Oil) and natural Himalayan extracts gently exfoliates dead skin cells to give you polished and luminous skin. This reviving, lightening formula refines skin to reveal a brighter, smoother and more radiant complexion.
All our products are infused with the purifying goodness of Organic Habbatus Sauda Oil (Organic Black Seed Oil) which is recognised for its rich, natural nutrients, minerals and antioxidants that repair, restore and rejuvenate. They are also free from Mineral Oil, SLES, ALES, Parabens, synthetic colourants, and are not tested on animals. We only use 100% non-animal derived ingredients in our products.



Tekstur skrub



Kalau korang memang nak cari skrub untuk buang sel-sel kulit mati, mak tak syor skrub jenama ini yaaa.....korang nampak tak butiran-butiran skrub kat tangan mak di atas? butiran skrub tu sikit giler berbanding foam nya..lagi banyak buih dari skrub...bila mak skrub atas muka, tak rasa langsung skrub tu...banyak buih dari skrub...so mak kena guna bantuan berus muka..kalau nak skrub guna jenama ni...

After skrub, kalau tak guna berus muka, korang memang tak rasa any different..n whitehead dan blackhead lagi la tak keluar...i'm wondering macam mana jenama ni dapat best brand untuk tahun 2018...So, for this skrub is big No to me.

Sunday, 29 December 2019

Koopers Lavani Car Seat

Nak masuk tahun 2020 lagi berapa hari lagi kan?? Selain menyiapkan kelengkapan anak-anak ke sekolah, bagi mak bapak yang ada anak kecik mesti tengah cari or survey car seat untuk yang belum beli lagi kan?? Tahun 2020 dah diwajibkan untuk pemakaian car seat untuk kanak-kanak..kalau tak pakai, kena saman korang...Mak ambil sedikit maklumat dari berita harian untuk bacaan dan panduan korang seperti di bawah ok :

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Tiga kriteria beli kerusi keselamatan kanak-kanak





KUALA LUMPUR: Jenis kereta, kerusi dan saiz kanak-kanak adalah tiga kriteria utama yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di dalam kenderaan.
Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dr Siti Zaharah Ishak, berkata sebagai permulaan, ibu bapa perlu memastikan kenderaan mereka mempunyai alat ISOFIX dan tambatan atas (top-tether) bagi membolehkan kerusi kanak-kanak disambungkan ke kerusi kenderaan dengan lebih mudah dan selamat.
Katanya, ISOFIX dan top-tether adalah komponen wajib bagi model kereta keluaran bermula 2015 bagi menyokong penggunaan kerusi keselamatan untuk kanak-kanak.
“Klasifikasi kerusi keselamatan untuk kanak-kanak dengan ketinggian dan berat adalah berdasarkan piawaian United Nation (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) Regulation (Peraturan) 44 dan 129.
“Piawaian itu menyatakan supaya kanak-kanak di bawah ketinggian 135 sentimeter (sm) dan berat di bawah 36 kilogram (kg) perlu menggunakan kerusi keselamatan itu.
“Kerusi berkenaan direka mengikut empat kategori iaitu 0, 0+ (jenis menghadap belakang), dan i, ii, ii (jenis menghadap hadapan),” katanya kepada BH, di sini, semalam.
Siti Zaharah menegaskan, kerusi keselamatan terbabit perlu mematuhi kelulusan Peraturan 44 atau 129 PBB dan dilengkapi pelekat ‘E-marking’ serta label PBB berwarna jingga.
“Label jingga itu mengandungi maklumat seperti kumpulan kerusi keselamatan untuk kanak-kanak, had berat serta tinggi dan nombor kelulusan PBB.
“MIROS dengan kerjasama Program Penilaian Keselamatan Kereta Baharu untuk Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut mengeluarkan label kod QR untuk memudahkan proses membeli kerusi keselamatan mengikut piawaian PBB,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Siti Zaharah berkata, sebanyak lapan sesi perkongsian membabitkan isu keselamatan jalan raya, termasuk penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak diatur sepanjang Minggu Keselamatan Kenderaan 2019 di Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia, Melaka, selama enam hari berakhir esok.
Program dianjurkan MIROS dengan kerjasama ASEAN NCAP dan JPJ dihadiri penggubal dasar, pakar keselamatan jalan raya dan ahli akademik dalam dan luar negara dan ia antara usaha agenda keselamatan jalan raya PBB bagi mencapai sasaran dalam mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya pada peringkat antarabangsa.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata pihaknya akan mengesan individu yang ingkar memasang kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan bermula awal tahun hadapan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Kita akan mendapat perincian penuh mengenai tindakan yang boleh diambil mengikut akta itu daripada Kementerian Pengangkutan nanti.
“Dalam hal ini, JSPT sebagai agensi penguatkuasaan akan menyokong setiap perkara yang dapat membantu menyelamatkan nyawa,” katanya.
Kelmarin, media melaporkan bermula 1 Januari tahun hadapan, kerajaan akan mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan bagi menyelamatkan mereka daripada mengalami kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dilaporkan berkata langkah baru itu susulan statistik yang membimbangkan apabila sebanyak 1,559 kematian dicatatkan membabitkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dari 2007 hingga 2017.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, pula dipetik berkata, kerajaan masih belum menentukan bentuk mekanisme yang akan digunakan bagi penguatkuasaan undang-undang terhadap pihak yang ingkar penggunaan CRS.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
So untuk my case, Aydan je la yang still kena pakai car seat.. dulu ada car seat nya, tapi car seat baby, so dah tak boleh pakai,..kena cari car seat baru...mula-mula cari kat Aeon, tapi sebab tak banyak pilihan dan ada yang habis stok, tinggal display je, so mak cari kat Lazada..cari punya cari, last sekali beli Car Seat Koopers Lavani...dalam 2 hari lepas order sampai dah...mula-mula ingat Aydan resist untuk duduk dalam tu sebab dia dah lama tak duduk dalam car seat, tapi alhamdulillah, dia ok..cuma cakap kat dia, kalau Aydan tak duduk dalam kerusi ni nanti police car datang tangkap Aydan..huhuu..
Mamat redha

Kat bawah ni mak ada sertakan video unboxing untuk panduan korang kalau korang pun tengah usha / tengah timbang untuk beli Car Seat ya...




Semoga bermanfaat korang =)

Sunday, 22 December 2019

Genius Aulad 2020 Fees


Tengah survey harga yuran pre-school lagi ke? Pada mummies-mummies yang ada anak yang masuk umur 4 tahun-6 tahun, mesti tengah buat survey kan? Kat sini mak share dengan korang eh yuran genius aulad tahun 2020...Pada yang follow or stalk mak, korang pun mesti tau anak-anak mak memang pre-school kat Genius Aulad..dari zaman Amin, sampai la Medina , tahun depan dah nak 6 tahun..memang di Genius Aulad..dari duduk di Seri Iskandar, Perak sampai la dah duduk sini...Alhamdulillah, Amin boleh baca dan faham basic math sebelum masuk darjah satu, even basic solat dan doa-doa simple harian..I'm not judging other pre-school yaa...semua pre-school tak kisah lah what brand, either kerajaan ataupun swasta, semua nya bagus dan ada kelebihan masing-masing..this article is to help mummies out there yang tengah explore pre-school untuk anak-anak masing-masing..






Ini salah satu aktiviti under Genius Aulad, their Showcase...Medina punya la excited time showcase ni....bersungguh-sungguh dia nyanyi and dancing atas pentas...And as usual after showcase, few days after that, confirm demam...dari zaman Amin lagi...memang camtu..huhuh...


Budak gemok ni sibuk juga nak naik pentas..



Medina tengah semangat yaa menyanyi