Wednesday, 22 March 2023

Dah Ramadhan !!

Dah puasa koranggggg..cepat betull..alhamdulillah πŸ™sistur tak la busy, tapi sibuk dok baca kisah rumahtangga orang sana sini πŸ˜– malas nak buka instagram atau media sosial kan? sana sini kisah penyondol, cerai, nusyuz, ehhhh, macam-macam..moga dipermudahkan semua urusan..

To update, one of my close friend dapat tukar, yang sadis nya nak cerita, last kami jumpa adalah dicafe, bulan pertengahan Februari, lepas tu esoknya dia MC, sampai la dapat  tukar awal bulan Mac..Dan my friend tu pergi sahaja, dah tak jumpa..Moral of the story, kalau seseorang ajak jumpa, walaupun just for a cup of coffee dan chit chat, pergi je...kita tak tau esok lusa kita jumpa lagi ke tidak kawan kita tu..😭

Macam mana life? Jumi ada adik baru, haaaa..datang lagi anak kucing...nama Angel pulakkkk..si legam yang becok..Kalau ikutkan memang tak nak bela kucing, sebab anak asma dan cepat batuk..tapi yelah..Dah rezekiii, Angel datang, jangan ditolakkk..so welcome Angel..si hitam legam 😊




Tahun ni macam tahun membela kucing pulakk...Eh, persiapan raya korang dah siap? Sistur dah complete hokayyy..gembira siap awal...Dari bulan Disember dok pulun tempah baju raya sampai la bulan ni, last beli baju Medina..senang tak heboh nak cari masa bulan puasa..sistur tak suka sesak-sesak kat shopping mall..berebut pegang kasut, tarik baju sana sini...ooooiii takde masa nokkk..so better siapkan awal..tinggal nak tukar duit raya je..

Eh dah lama tak buat review produk kan? tu laaa, nak kena ada mood..banyak idea mencurah-curah, yang konon nak konsisten la update blog..tapi nak mula balik tu..sistur cuba la yeh..income blog ni pun walaupun tak update, masih masuk, so sayang pulak nak biar bersawang kan??

Selamat berpuasa korang😘


Monday, 16 January 2023

Selamat Tahun Baru 2023

 Hari ke 16 baru nak wish tahun baru...lambatttt πŸ˜‹

Anak-anak dan suami diuji chicken pox..dari disember bawak ke Januari..berturutan..gilir-gilir..

Memang tak ke mana-mana..Ontok kat rumah, nak pi mana kan?? berjangkit nanti..

Start November, diuji dengan anak-anak berturut batuk dan asma, sampai warded, dah lama tak warded πŸ˜“

Ohh ya, we have a new member in the Family :: Jumi The Cat..datang pepagi subuh dalam keadaan lapar dan kehausan susu, kesian betul..dah 3 bulan our life with Jumi..balik rumah Nenek pun angkut sekali..no wonder la bebudak ni start asma..hihihh...nak buat macam mana kann..kalau ignore, kesiann!!

Masa mula datang, dengan cirit nya



Kat rumah nenek pun angkut 😁

Ko tengok Jumi, bahagia kan??



Cerita pasal Chicken Pox pulak, berderet kan kena? awal-awal kena tu, sapu celamine lotion beli kat farmasi dan ada yang dapat kat klinik..we ikhtiar juga ambil daun semambu (Neem Leaves) kat tepi jalan..Daun semambu ni, blend dan buat air mandi..kalau ada bath tub, rendam dalam tu...Kalau ada Essential Oil, boleh drop beberapa titis Thieves dalam air mandian tu ya..




Dan sila pantang makan, elakkan yang gatal-gatal macam telur, ikan bilis, seafood dan sebagainya..Standby gula-gula sakit tekak juga ya, sebab confirm akan ada ulser dan sakit tekak πŸ˜–Kalau kena chicken pox, jangan tak pergi klinik ya..Doktor akan bagi ubat alahan (redakan rasa gatal), calamine lotion dan ubat-ubat berkaitan..Medina masa mula-mula kena, demam juga 1 hari..Bertabahlah wahai ibu-ibu, yang anaknya dijangkiti chicken pox..Kerap cuci towel dan cadar, dan bila anak-anak baring tengok tv, alas la dengan kain, sebab chicken pox tu berair..Depa chicken pox, memang dah tak bagi pegang Jumi, nanti jangkit pulak ke anak bulus..😏

Minggu ni dah start balik busy sedunia, anak-anak pun dah start sekolah, tengah exam..Ibu dia pun dah work...dan dah start susun /organize planner..So, apa plan korang tahun ini? 


Saturday, 17 September 2022

Genius Aulad 2023 Fees

 Hari ni mak nak update Genius Aulad 2023 Fees..since mak tengok ramai yang baca mak punya post pasal Genius Aulad Fees, so mak update yang 2023 punya keh..

Anak-anak mak dari yang sulung sampai la yang last ni (eh last ke?😁) memang mak masukkan Genius Aulad...kenapa? sebab 

1. GA ada kat mana-mana, kalau korang pindah kerja silibus dia sama je tak kisah la branch dia           kat mana

2. Anak korang darjah 1, insyaallah, dah tak ada masalah membaca..GA yang bagusnya, dia                 ada sesi reading yang pada mak, memang sangat efficient dan untuk korang parents yang tak                   ada masa nak ajar anak-anak korang membaca...korang takyah risau;

3. GA lengkap, dari segi education dan hat agama, basic iqra' pun jalan, solat dan surah2                    mudah pun insyaallah anak korang by 7 tahun, they will be ready πŸ‘

4. GA ada aktiviti-aktiviti lain selain dalam kelas : sukan, lawatan, konsert dan lain-lain

So mak update berapa GA punya fees untuk tahun 2023..aydan last tahun depan, :


Tak salah kalau korang invest lebih untuk education anak-anak keh..mula dari awal, tak rugi pun 😚



Sunday, 28 August 2022

Life Update :: Ogos sudah

Tenang-tenang saja ya πŸ˜™ Dah Ogos, lagi berapa bulan nak habis 2022.

Korang punya list yang nak capai tahun ni ada banyak yang dah dipotong?

Mak tengah gila tanam sayur, at my own house dan my mom's.

Besar dah timun 

Dan mak pun tengah gila jual YL..alhamdulillah..ada je rezeki masuk..😚

Selalu kalau dah masuk bulan Ogos ni, mak rajin browse Sephora USA, sebab nak window shopping skincare/ make up bundle untuk Christmas..tapi lama dah tak bukak Sephora, sebab priority dah lain, instead of browse Sephora, mak browse biji benih, macam mana nak tanam avocado  (haaaa kau)..Laki mak berjaya tanam daun sup dan daun ketumbar keh..yeayyy..takyah dah nak beli, pastu bila tak habis tak la mereput dalam peti sejuk kan?

Kalau weekend balik rumah nenek (my mom), kita buat projek yang sama, tanam sayur, start suburkan tanah, bagitau nenek, kena start kompos, kulit telur jangan buang..so aim nya adalah, untuk basic sayur-sayur kena adaa kat laman rumah..

Reboot tanah nenek :: Pokok Bendi




Weekend pun sibuk dengan aktiviti anak-anak kan? Kursus kepimpinan, sukan, eh eh..xde dah nak bermalasan / bangun lambat weekend eh..habis aktiviti baru qada' tidurrrrrrr πŸ˜‚

Tahun ni mak punya motto live life to the fullest..siapa toxic, mak pancung habis waima la kau siapa sekali pun. Tahun ni, banyak checklist-checklist mak yang dah dipotong satu persatu, Alhamdulillah..so impressed dengan rahmat dari Allah. Sila la buat wishlist korang..tulissss, walaupun korang rasa ianya mustahil sebabkan mahal, insyallah, Allah kabulkan satu-satu tanpa korang sedar. Yang kaya, pemberi rezeki tu Dia..rezeki pun bukan dalam bentuk kebendaan sahaja ya (pesanan pada mak juga).

Mak pun dah cut gula (impressive tak..hahaa) berat turun kau..sekarang 53kg..makan tak cut, baru cut gula..awal tahun berat 57kg..moga istiqamah hendaknya πŸ˜†..cuma sekarang kulit kering..dah lama tak sapu lotion kan..haaa kena la rajin...kata idola JLO..nak cari skincare balik..nanti mak update keh skincare apa..Caudalie pun best juga kan..kena la research balik...sebabkan kulit yang kering tu mak ikhtiar la minum Ningxia Red..nampak dah nak habis keh..kalau korang minum ni sebelum tidur , esok pagi confirm kulit muka korang toink toink....haaaa...marvellous tak?


Minggu ni balik rumah nenek, sebabkan tengah reboot balik tanah sekitar rumah nenek, so semangat la beli tanah-tanah untuk tujuan reboot...nenek sekarang bukan main, kalau nak beli tanah atau pokok, telefon je uncle subramaniam, nanti dengan lori dia sampai..korang kalau sekitar selayang, nak pergi nursery malas, silaaaaaa telefon uncle subramaniam keh 😁


Have a nice weekend korang 😘




Sunday, 10 July 2022

Hey, I have new Projects !!

Dekat 2 bulan mak tak update blog kan??

Mak busy keh...Bukan hal kerja, tapi hal personal 😁 Have a few projects..so blog pun terabai..Mak baru sampai dari kampung..Best, macam-macam aktiviti buat kat kampung, handphone pun tinggal ntah mana πŸ˜‚

Saja la nak share, kalau weekend selalu kalau tak pergi mana, mak layan movies atau cerita bersiri with kiddos, so salah satu cerita bersiri yang mak layan adalah The Silent Sea..mak dah lama tak tengok drama melayu eh..cliche!! dari mak belum kahwin sampai la dah beranak tiga, cerita asyik kena kahwin paksa, kahwin kontrak, tak suka lama-lama jadi suka...eh eh...ngapa gitu ntah..apa nak jadi ntah πŸ˜† muntah ijo 😩


Berbalik cerita The Silent Sea, lepas habis layan cerita tu dalam 1 malam eh (ntah berapa siri) terkedu la jugakk..sooo, mak bayangkan apa akan jadi kalau negara kita tak lama lagi kekurangan sumber, macam cerita tu lah..baik korang tengok keh..So sebabkan cerita tu (bukan la pencetus utama), mak dah start buat beberapa projek..yang tadi mak cakap, mak busy tu...ahaaaaa..dan disebabkan cerita itu, my priority of investments pun dah bertukar..Mak dah stopkan 1 jenis investment dan tukar terus, invest benda lain..

Perubahan tu pun tak boleh drastik kan? so kena pelan-pelan kayuh..haaa gitu..sekarang ni pun dah gempar sana-sini, makanan tak cukup, ayam mahal (senyum tengok daging burger ayam Ramly lagi mahal dari daging..dulu terbalik..apooooo??)

Mak pun tahan-tahan diri ni, dari beli benda bukan-bukan contoh mak dah tak bukak Sephora, tudung, baju (kadang bukak juga πŸ˜‹)..My priorities dah tukar keh..Mak dah mula kompos sisa makanan, kulit telur pun tak buang..Mak ada projek yan tengah buat dan akan buat!! Here are some of the pictures that mak boleh share dengan all of you keh:





Bendi

Kulit telur mak tak buang!


Pun tak buang..kompos !!

Dari dulu mak memang suka tanam-tanam eh, tapi la ni baru fokus sikit, yang ni tanam-tanam kat rumah sendiri, my new project, next, akan tanam-tanam kat rumah nenek, nanti mak share keh ✌

Saturday, 14 May 2022

Review Produk :: Estee Lauder Advanced Night Repair Synchronized Multi-Recovery Complex

Panjang tajuk nyahhh πŸ˜‚

Mak beli estee lauder ni bulan Disember 2021..kat laman web Estee Lauder Malaysia :

https://www.esteelauder.com.my/product/707/93438/product-catalog/gifts/sets-gifts/repair-renew/skincare-treats


Ni bukan pertama kali guna, first time guna dalam tahun 2017 rasanya. Pastu on off la..pricey satu faktor, pastu mak suka cuba skincare lain juga...but kalau benda bagus, selalu nya mak memang akan repeat k..contoh Caudalie dan Estee Lauder.

Untuk produk ni, mak selalu pakai malam sebelum tidur atau pagi nak pergi kerja (but sebab kan pakai mask, kadang sayang juga nak pakai. Botolnya kaca dan berat, so hati-hati, kalau pecah, ko memang mampu nangis di bucu katil keh..

So, ni mak amek dalam laman web Estee Lauder Malaysia (credit to Estee Lauder webpage):

Fast Visible Repair and Youth-Generating Power.

Experience the next generation of our revolutionary formula—the most comprehensive Advanced Night Repair serum ever. Patented until 2033.

Now with Chronolux™ Power Signal Technology, this deep- and fast-penetrating face serum reduces the look of multiple signs of aging caused by the environmental assaults of modern life. Skin looks smoother and less lined, younger, more radiant and even toned.

ONE DROPPER

  • Skin looks radiant and plumped with hydration—all the way through till morning.
  • 8-hour anti-oxidant power
  • 72-hour hydration (includes Hyaluronic Acid)
  • Strengthens skin barrier in just 4 hours.
  • Oil-free texture.

THREE WEEKS

  • Lines and wrinkles appear reduced
  • 88% of women said skin looked more youthful.(1)

ONE BOTTLE(2)

  • Skin feels firmer. 89% of women agreed(1).
  • Skin looks healthy, has a new bounce and vitality.

Plus, over time, pores look diminished.

Komen mak : Apa yang depa claim tu betul..sebab tu kalau mak ceraikan, selalunya kejap jer, pastu repeat balik...mahal kan..mak beli bulan Disember, bulan Mei still ada lagi sipi-sipi..dah nak habis..maksudnya for the price RM500, tahan 4-5 bulan..ha gituuu.. Kalau korang nak kulit korang lagi plump, pakai malam masa nak tidur, lagi lama tempoh keabsorbanyya..haaaa..bahasa rojak dah..Serum ni dah lama, siap dipatentkan, korang boleh google dan buat research sebelum korang beli keh..Kebanyakan MUA-MUA, akan apply serum ni atau serum LAMER pada muka client sebelum apply makeup..so maksudnya bagusla kan? Bau dia wangi tapi mild-mild, tak la kuat sangat. Selamat mencuba korang 😚



Wednesday, 4 May 2022

Selamat Hari Raya Korang !!

Tersekat di jalan raya ke ? πŸ˜‚πŸ˜

Mak, alhamdulillah, semalam dah selamat sampai selayang, dari Taiping, nak switch ke Negeri Sembilan ✌ Macam explorace juga kan? masuk highway, keluar highway ikut jalan lama..thrill kan? 

Esok pagi gerak balik negeri sembilan..hari ni satu hari, mak chilled layan sakit perut, cherry berry kau...haaaaaa, ntah makan apa benda kan raya ni, masuk macam macam, confirm perut kau memulas..dok la ontok-ontok (diam-diam) kat rumah layan pi toilet πŸ˜‹

First day raya kat Taiping, mak layan Amin (my first born) cherry berry dan muntah-muntah...malam, pi ronda Bagan Serai cari Dobi sebab nak basuh toto..habis kena muntah πŸ˜” Pengalaman kan? nasib juga bawa EO Aroma Ease dan Peppermint..masa Amin loya-loya tu, dia dah tanya, ibu bawa peppermint? Amin nak muntah.. Ibu Abah ni dah jadi poket Doraemon, semua kena bawa πŸ’ͺ



Layan Amin muntah (sapu Aromaease EO kat dada, belakang dan tengkuk)


Ni Kotak First Aid Ibu, semua ada

Kalau travel, ni memang wajib bawa

Siapa yang ada anak kecil, memang wajib la ada kotak yang ada ubat-ubatan, macam panadol, vicks, minyak yu yee, plaster luka, losyen ruam, oximeter, thermometer, salon pas...mak beli sikit-sikit, kumpul dalam box..tak la beli sekali banyak...anak mak sorang tu asma, so memang bawa optichamber dan ubat asma untuk neb dia..Bila mak dah start guna YL EO, mak tambah 1 beg lagi πŸ˜‚ so mak bawa EO yang penting macam Peppermint, Aromaease, Lemongrass (Nyamuk), Digize (sakit perut) dan Thieves..Eh diffuser pun bawak...Jadi mak-mak, gini la kan..macam doraemon, kadang barang sendiri pun lupa bawa..

Eh esok nak gerak balik Negeri Sembilan, harap perut okay..harap jalan pun okay..Selamat Hari Raya korang, Maaf Zahir Batin, chill-chill sudah, asal happy, cherish the moment πŸ’ƒπŸ˜š