Showing posts with label produk tanamera. Show all posts
Showing posts with label produk tanamera. Show all posts

Thursday, 5 April 2012

My TANAMERA dah sampai ....!

Alhamdulillah, sampai jugak set postnatal saya..untuk kegunaan sebelum dan selepas bersalin nanti..Saya beli online sebab duduk lumut kan...stokis tanamera kat subang...memandangkan nak guna set Tanamera tu sebelum bersalin, beli jugak la cara online, walaupun tak confident...hehe...RM 360 satu set, bagi saya sangat risky untuk beli cara online kan? Tapi akak berani kan jugak..team TANAMERA inform Parcel akan sampai dalam masa 5 hari..okey...REDHA lagi..takut tak sampai..Hari isnin team TANAMERA post, hari ni Khamis dah dapat..yeyyyyyy...saya suka hati:


Nice Packaging kan? Mesra Alam! siap resit lagi

Barang-Barang dalam kotak Postnatal TANAMERA-siap bengkung!






Siap ada carta/jadual untuk guna barang-barang dalam kotak ni

Info tentang produk - sangat profesional-macam kagum pulak !

Botol ni kaca, tapi packaging dia relevan,walaupun pos,tapi tak pecah pun.

Dah cuba..suka bau dia..bau kelapa..wangi dan tak berminyak.Letak di perut dan mana-mana yang patut k..hehe

Yang ni, nak bawak p kerja..mana la tau stress nanti kan!

Barang-Barang lain akan digunakan selepas bersalin..waktu dalam pantang..2 barang ni jer yang guna masa mengandung...huhuu..jangan lupa bawak balik rumah mak sudah..melopong jer kang...

Tinggal beg baby jer belum beli.....lepas ni tunggu bersalin pulak!