Showing posts with label pemeriksaan kehamilan di klinik kerajaan dan swasta. Show all posts
Showing posts with label pemeriksaan kehamilan di klinik kerajaan dan swasta. Show all posts

Monday, 23 April 2012

Check up di klinik kerajaan vs klinik swasta

Hi kawan-kawan..hari ni nak cerita sikit pasal pengalaman check up pregnancy di klinik kerajaan dan swasta..Minggu ni alhamdulillah, sudah 36 minggu...check up di klinik kerajaan sejak pindah di lumut...sebelum pindah, sayer check up di klinik swasta.. untuk 4 bulan pertama...selepas pindah, genap 6 bulan baru sayer buat pemeriksaan di klinik kesihatan kerajaan...so bezanya banyak..antaranya:

1. Klinik swasta tak ramai orang..dalam masa sejam selesai check up terutama kalau kite dah buat appointment  VS klinik kerajaan 3 jam pun belum tentu siap!

2. Klinik swasta sekali check up RM 100++ (termasuk scan n vitamin) VS klinik kerajaan RM 0 (walaupun kadang-kadang scan n vitamin akan diberi setiap kali pemeriksaan)

3. Klinik swasta..doktor n nurse sangat professional (takkan dengar nurse-nurse bergosip atau cerita pasal hal-hal peribadi)--->sebab tu la cepat... VS klinik kerajaan , nurse-nurse bergosip dan kadangkala mengumpat RAKAN SEKERJA sendiri....(depan patient kot)---->sebab tu la lambat!

4. Klinik swasta, kadangkala pemeriksaan tidak secara menyeluruh...buat yang penting-penting atau kalau patient ada masalah sahaja...VS klinik kerajaan pemeriksaan secara menyeluruh, kalau bermasalah lagi laa dorang akan detail (sebab kerajaan ada makmal untuk terus buat ujian)-----> kalau tak, tade la saya warded masa kandungan 7 bulan, sebab saya jujur kira pergerakan bayi saya habis lepas pukul 8 malam!!!

5. Klinik swasta----> layanan memang tak menyakitkan hati, lembut gigi dari lidah..hehe... VS klinik kerajaan, kalau dia ingat kite2 ni orang biasa, kalau setakat kena marah sebab tak makan vitamin, HB rendah dan sebagainya (itu biasaaa, tahan telinga jer yer) kalau dorang tau kite ni pegawai dan sebagainya, baru lah cakap sopan n santun...!REALITI YANG PASTI..huhu

Ape lagi yer?...Rasa nye tu je yang boleh fikir..memang kalau tengok macam klinik kerajaan banyak keburukan disebabkan attitude nurse-nurse n mungkin doktor..tapi kena ingat yang klinik kerajaan tidak mengenakan bayaran...KENA TAHAN TELINGA, BUANG MASA (almost 3-4 hours), n dengar NURSE-NURSE MENGUMPAT n BERGOSIP untuk dapatkan kemudahan yang percuma ini...Kalau sayer, sayer tak kisah....tahan je laaa, FREE kan..lagipun pemeriksaan nye teliti n detail...cuma kalau nak second opinion, pergilah klinik swasta, ataupun sekiranya anda tidak tahan sabar untuk melayan kerenah-kerenah sebegini!!