Friday, 7 July 2023

Projek akan datang :: Excited !!





Isi balik borang tnb + syabas buat kali ketiga !! Alhamdulillah, dalam bulan september akan mula sibuk..sekarang tengah survey dan kira bajet nak prepare rumah untuk dijadikan homestay. Nanti nak kena tempah langsir..nasib baik beli rumah dah siap ada lampu, kipas + kitchen cabinet..tak payah pening dah nak buat wiring dan sebagainya.


survey perabot jua





Siapa excited?? Me 😊

Monday, 19 June 2023

Manfaat Daun Mengkudu untuk demam !!

Korang kenal pokok mengkudu takkk??hihhh 😏

Nak jadi cerita, me, hubby dan anak-anak akan brisk walk tiap weekend..tu memang azam tahun 2023...alahhh, brisk walking belakang rumah sampai la ke tepi tasik sepanjang Presint 8...so kalau lalu belakang rumah jiran, kadang ternampak la pokok mengkudu..siap buah mengkudu berjuntai juntai tak mengisah orang nak mengambiknya...

2 minggu lepas, Amin demam, nak jadi cerita lebih seminggu tak kebah-kebah..panadol dah nak habis 1 papan..selalunya kalau demam paling lama 4 hari..so dalam dok cuba macam-macam petua, air asam jawa, air lemon, bawang putih laaaa, air yasin (you name it) 

Call la my mum (Nenek) teringat pulak petua lama, cari daun mengkudu, layur kan atas api depan dan belakang..lepas tu balut perut dan belakang badan masa tidur (tunggu la daun tu suam-suam tau, jangan la panas-panas korang tekap pulak πŸ˜…)

Pastu tanya husband, eh mana pulak nak cari daun mengkudu, macam nak kena mintak kat jiran nih!! masalahnya bukan jiran dekat, selang 2-3 rumah ni, jiran selang 5-6 rumah!!

Dalam dok nak susun ayat nak mintak jiran, Allah tu Maha Baik, ada la sebatang pokok besar belakang rumah, tumbuh liar, tidak bertuan, selama ni memang tak pandang pun, tiber husband panggil, eh meh sini, bila datang dekat, ni pokok mengkudu kan?? dengan buah-buah bergelimpangan tak berkutip..apa lagi, 2 laki bini, petik jangan tak petikkkk..

Alhamdulillah, dengan izin Allah, setelah cuba petua selama 2 malam, kebah demamnyaa, yang impress nya adalah, masa suhu naik 37..mak tekap daun tu terus, suhu tak naik, sama ada suhu mantain, lepas setengah jam, suhu akan turun, tanpa makan panadol..macam tak percaya kan? tapi menjadi!! so ibu-ibu kalau nak cuba (make sure bawa anak jumpa doktor dulu ya), boleh try ok..petua yang tak perlu masuk mulut pun (makan)..cuba lah!!



Wednesday, 22 March 2023

Dah Ramadhan !!

Dah puasa koranggggg..cepat betull..alhamdulillah πŸ™sistur tak la busy, tapi sibuk dok baca kisah rumahtangga orang sana sini πŸ˜– malas nak buka instagram atau media sosial kan? sana sini kisah penyondol, cerai, nusyuz, ehhhh, macam-macam..moga dipermudahkan semua urusan..

To update, one of my close friend dapat tukar, yang sadis nya nak cerita, last kami jumpa adalah dicafe, bulan pertengahan Februari, lepas tu esoknya dia MC, sampai la dapat  tukar awal bulan Mac..Dan my friend tu pergi sahaja, dah tak jumpa..Moral of the story, kalau seseorang ajak jumpa, walaupun just for a cup of coffee dan chit chat, pergi je...kita tak tau esok lusa kita jumpa lagi ke tidak kawan kita tu..😭

Macam mana life? Jumi ada adik baru, haaaa..datang lagi anak kucing...nama Angel pulakkkk..si legam yang becok..Kalau ikutkan memang tak nak bela kucing, sebab anak asma dan cepat batuk..tapi yelah..Dah rezekiii, Angel datang, jangan ditolakkk..so welcome Angel..si hitam legam 😊




Tahun ni macam tahun membela kucing pulakk...Eh, persiapan raya korang dah siap? Sistur dah complete hokayyy..gembira siap awal...Dari bulan Disember dok pulun tempah baju raya sampai la bulan ni, last beli baju Medina..senang tak heboh nak cari masa bulan puasa..sistur tak suka sesak-sesak kat shopping mall..berebut pegang kasut, tarik baju sana sini...ooooiii takde masa nokkk..so better siapkan awal..tinggal nak tukar duit raya je..

Eh dah lama tak buat review produk kan? tu laaa, nak kena ada mood..banyak idea mencurah-curah, yang konon nak konsisten la update blog..tapi nak mula balik tu..sistur cuba la yeh..income blog ni pun walaupun tak update, masih masuk, so sayang pulak nak biar bersawang kan??

Selamat berpuasa korang😘


Monday, 16 January 2023

Selamat Tahun Baru 2023

 Hari ke 16 baru nak wish tahun baru...lambatttt πŸ˜‹

Anak-anak dan suami diuji chicken pox..dari disember bawak ke Januari..berturutan..gilir-gilir..

Memang tak ke mana-mana..Ontok kat rumah, nak pi mana kan?? berjangkit nanti..

Start November, diuji dengan anak-anak berturut batuk dan asma, sampai warded, dah lama tak warded πŸ˜“

Ohh ya, we have a new member in the Family :: Jumi The Cat..datang pepagi subuh dalam keadaan lapar dan kehausan susu, kesian betul..dah 3 bulan our life with Jumi..balik rumah Nenek pun angkut sekali..no wonder la bebudak ni start asma..hihihh...nak buat macam mana kann..kalau ignore, kesiann!!

Masa mula datang, dengan cirit nya



Kat rumah nenek pun angkut 😁

Ko tengok Jumi, bahagia kan??



Cerita pasal Chicken Pox pulak, berderet kan kena? awal-awal kena tu, sapu celamine lotion beli kat farmasi dan ada yang dapat kat klinik..we ikhtiar juga ambil daun semambu (Neem Leaves) kat tepi jalan..Daun semambu ni, blend dan buat air mandi..kalau ada bath tub, rendam dalam tu...Kalau ada Essential Oil, boleh drop beberapa titis Thieves dalam air mandian tu ya..




Dan sila pantang makan, elakkan yang gatal-gatal macam telur, ikan bilis, seafood dan sebagainya..Standby gula-gula sakit tekak juga ya, sebab confirm akan ada ulser dan sakit tekak πŸ˜–Kalau kena chicken pox, jangan tak pergi klinik ya..Doktor akan bagi ubat alahan (redakan rasa gatal), calamine lotion dan ubat-ubat berkaitan..Medina masa mula-mula kena, demam juga 1 hari..Bertabahlah wahai ibu-ibu, yang anaknya dijangkiti chicken pox..Kerap cuci towel dan cadar, dan bila anak-anak baring tengok tv, alas la dengan kain, sebab chicken pox tu berair..Depa chicken pox, memang dah tak bagi pegang Jumi, nanti jangkit pulak ke anak bulus..😏

Minggu ni dah start balik busy sedunia, anak-anak pun dah start sekolah, tengah exam..Ibu dia pun dah work...dan dah start susun /organize planner..So, apa plan korang tahun ini? 


Saturday, 17 September 2022

Genius Aulad 2023 Fees

 Hari ni mak nak update Genius Aulad 2023 Fees..since mak tengok ramai yang baca mak punya post pasal Genius Aulad Fees, so mak update yang 2023 punya keh..

Anak-anak mak dari yang sulung sampai la yang last ni (eh last ke?😁) memang mak masukkan Genius Aulad...kenapa? sebab 

1. GA ada kat mana-mana, kalau korang pindah kerja silibus dia sama je tak kisah la branch dia           kat mana

2. Anak korang darjah 1, insyaallah, dah tak ada masalah membaca..GA yang bagusnya, dia                 ada sesi reading yang pada mak, memang sangat efficient dan untuk korang parents yang tak                   ada masa nak ajar anak-anak korang membaca...korang takyah risau;

3. GA lengkap, dari segi education dan hat agama, basic iqra' pun jalan, solat dan surah2                    mudah pun insyaallah anak korang by 7 tahun, they will be ready πŸ‘

4. GA ada aktiviti-aktiviti lain selain dalam kelas : sukan, lawatan, konsert dan lain-lain

So mak update berapa GA punya fees untuk tahun 2023..aydan last tahun depan, :


Tak salah kalau korang invest lebih untuk education anak-anak keh..mula dari awal, tak rugi pun 😚



Sunday, 28 August 2022

Life Update :: Ogos sudah

Tenang-tenang saja ya πŸ˜™ Dah Ogos, lagi berapa bulan nak habis 2022.

Korang punya list yang nak capai tahun ni ada banyak yang dah dipotong?

Mak tengah gila tanam sayur, at my own house dan my mom's.

Besar dah timun 

Dan mak pun tengah gila jual YL..alhamdulillah..ada je rezeki masuk..😚

Selalu kalau dah masuk bulan Ogos ni, mak rajin browse Sephora USA, sebab nak window shopping skincare/ make up bundle untuk Christmas..tapi lama dah tak bukak Sephora, sebab priority dah lain, instead of browse Sephora, mak browse biji benih, macam mana nak tanam avocado  (haaaa kau)..Laki mak berjaya tanam daun sup dan daun ketumbar keh..yeayyy..takyah dah nak beli, pastu bila tak habis tak la mereput dalam peti sejuk kan?

Kalau weekend balik rumah nenek (my mom), kita buat projek yang sama, tanam sayur, start suburkan tanah, bagitau nenek, kena start kompos, kulit telur jangan buang..so aim nya adalah, untuk basic sayur-sayur kena adaa kat laman rumah..

Reboot tanah nenek :: Pokok Bendi




Weekend pun sibuk dengan aktiviti anak-anak kan? Kursus kepimpinan, sukan, eh eh..xde dah nak bermalasan / bangun lambat weekend eh..habis aktiviti baru qada' tidurrrrrrr πŸ˜‚

Tahun ni mak punya motto live life to the fullest..siapa toxic, mak pancung habis waima la kau siapa sekali pun. Tahun ni, banyak checklist-checklist mak yang dah dipotong satu persatu, Alhamdulillah..so impressed dengan rahmat dari Allah. Sila la buat wishlist korang..tulissss, walaupun korang rasa ianya mustahil sebabkan mahal, insyallah, Allah kabulkan satu-satu tanpa korang sedar. Yang kaya, pemberi rezeki tu Dia..rezeki pun bukan dalam bentuk kebendaan sahaja ya (pesanan pada mak juga).

Mak pun dah cut gula (impressive tak..hahaa) berat turun kau..sekarang 53kg..makan tak cut, baru cut gula..awal tahun berat 57kg..moga istiqamah hendaknya πŸ˜†..cuma sekarang kulit kering..dah lama tak sapu lotion kan..haaa kena la rajin...kata idola JLO..nak cari skincare balik..nanti mak update keh skincare apa..Caudalie pun best juga kan..kena la research balik...sebabkan kulit yang kering tu mak ikhtiar la minum Ningxia Red..nampak dah nak habis keh..kalau korang minum ni sebelum tidur , esok pagi confirm kulit muka korang toink toink....haaaa...marvellous tak?


Minggu ni balik rumah nenek, sebabkan tengah reboot balik tanah sekitar rumah nenek, so semangat la beli tanah-tanah untuk tujuan reboot...nenek sekarang bukan main, kalau nak beli tanah atau pokok, telefon je uncle subramaniam, nanti dengan lori dia sampai..korang kalau sekitar selayang, nak pergi nursery malas, silaaaaaa telefon uncle subramaniam keh 😁


Have a nice weekend korang 😘




Sunday, 10 July 2022

Hey, I have new Projects !!

Dekat 2 bulan mak tak update blog kan??

Mak busy keh...Bukan hal kerja, tapi hal personal 😁 Have a few projects..so blog pun terabai..Mak baru sampai dari kampung..Best, macam-macam aktiviti buat kat kampung, handphone pun tinggal ntah mana πŸ˜‚

Saja la nak share, kalau weekend selalu kalau tak pergi mana, mak layan movies atau cerita bersiri with kiddos, so salah satu cerita bersiri yang mak layan adalah The Silent Sea..mak dah lama tak tengok drama melayu eh..cliche!! dari mak belum kahwin sampai la dah beranak tiga, cerita asyik kena kahwin paksa, kahwin kontrak, tak suka lama-lama jadi suka...eh eh...ngapa gitu ntah..apa nak jadi ntah πŸ˜† muntah ijo 😩


Berbalik cerita The Silent Sea, lepas habis layan cerita tu dalam 1 malam eh (ntah berapa siri) terkedu la jugakk..sooo, mak bayangkan apa akan jadi kalau negara kita tak lama lagi kekurangan sumber, macam cerita tu lah..baik korang tengok keh..So sebabkan cerita tu (bukan la pencetus utama), mak dah start buat beberapa projek..yang tadi mak cakap, mak busy tu...ahaaaaa..dan disebabkan cerita itu, my priority of investments pun dah bertukar..Mak dah stopkan 1 jenis investment dan tukar terus, invest benda lain..

Perubahan tu pun tak boleh drastik kan? so kena pelan-pelan kayuh..haaa gitu..sekarang ni pun dah gempar sana-sini, makanan tak cukup, ayam mahal (senyum tengok daging burger ayam Ramly lagi mahal dari daging..dulu terbalik..apooooo??)

Mak pun tahan-tahan diri ni, dari beli benda bukan-bukan contoh mak dah tak bukak Sephora, tudung, baju (kadang bukak juga πŸ˜‹)..My priorities dah tukar keh..Mak dah mula kompos sisa makanan, kulit telur pun tak buang..Mak ada projek yan tengah buat dan akan buat!! Here are some of the pictures that mak boleh share dengan all of you keh:





Bendi

Kulit telur mak tak buang!


Pun tak buang..kompos !!

Dari dulu mak memang suka tanam-tanam eh, tapi la ni baru fokus sikit, yang ni tanam-tanam kat rumah sendiri, my new project, next, akan tanam-tanam kat rumah nenek, nanti mak share keh ✌