Wednesday, 28 April 2021

Staycation :: Pulse Grande Putrajaya

Sebabkan Putrajaya PKPP, so tak boleh nak merentas ke negeri PKPB, we decided to staycation for a night at Pulse Grande Putrajaya..Ramai yang tak tahu lokasi hotel ni kat mana?? terletak kat atas bukit, Presint 1, tempatnya tersorok sedikit, kalau orang tak habis explore memang tak tahu lokasi hotel ni.. Booking 2 minggu awal, dekat Trip.Com, dan pilihan mak adalah Family Room, sebab nak bilik besar sikit dan of course nak bath tab..




Parking nya jauh sikit, so ada buggy service untuk ambil korang dari parking ke lobi hotel..Aydan panggil special car Ibu!!



Ni adalah hallway bilik ya, besar dan luas kan, siap ada sofa kat depan bilik



Untuk Family Room, ada 2 katil, satu master bed dan satu single bed, cukup la untuk 5 orang!!




>Tadaaaa, ni la tujuan utama book bilik Family ni sebab nak bath tab, ooohh swimming pool pun ada, dan korang boleh booking swimming pool kalau korang nak mandi kolam besar lah..untuk musim covid ni satu family di beri masa 1 jam untuk mandi kolam..tapi mak tak lah, mandi kat dalam bath tab jer, takde la share kan??


Sebab kan masa mak pergi ni bulan puasa, so masa nak buka tu tapau la makan kat luar dan beli maggi dan roti untuk sahur. Boleh kalau korang nak makan buffet ramadhan dan sahur kat hotel ni..ada disediakan..tapi nak elakkan sesak (sebab buka puasa je 400 orang kau) ..so makan kat bilik lebih afdhal..😁

So korang time-time PKPP & PKPB, staycation kat mana?



Friday, 19 March 2021

Manage Your Time Wisely : Worklife Balance

Mak sejenis yang ada jadual harian, dan jadual tu adalah rutin..so it is very important for me, untuk fully utilized my time dekat ofis dan memang akan balik on time...i will managed my work efficiently and will fully utilized my own resources..My Mantra adalah Worklife Balance  💋 

Sebabbbb, as a human, kita ada tanggungjawab dengan Tuhan yang perlu kita feed...so kalau kau habiskan masa 24 / 7 kat ofis, kejadah apa kau nak lunaskan tanggungjawab kau sebagai isteri, ibu, anak dan hamba kepada Allah ??


Hormat Masa Orang Lain

https://www.instagram.com/tv/CLlSzTYpeSc/?utm_source=ig_web_copy_link

Sebenarnya video ni dah lama ada kan? Tapi tetiba en hubby bagi balik video ni..

Mungkin my blog hari ini sangat sarcastic..tapi i will be very pissed off when people can't manage their time dan hidup effectively dan kau nak seret hidup orang lain dengan masalah kau..Kau kacau cuti dan masa orang lain sebab kau tak boleh urus masa dan kerja kau efficiently!! Kau kerja 24 jam dekat ofis and at the end kau seret orang lain untuk buat kerja kau..memang pantang bila kau ambil masa aku, dan yessss definitely kau memang akan kena sound setepek-tepek macam dalam video kat atas..dan masa tu kau akan nampak the Evil side of me. 

Kalau kita tak boleh hormat masa kita, sila hormat masa orang lain.. Tengok dunia dengan sisi lain, banyak benda dekat luar yang korang boleh buat dan fikirkan daripada dok fikir kan, eh orang ni balik on time, eh orang ni buat kerja ikut gaji dia jer, eh orang ni cuti laa (bagi dia kerja, padahal kau boleh buat sendiri)..jangan sibuk hal orang lain, jangan judge dan compare kalau diri sendiri cuma manusia biasa, dan kau perlekeh orang sebab nak nampak kerja kau bagus..ni lah PTD...yada yada...it is no right dear..spread love, bukan negative vibes dan toxicity ❤❤ banyak cerita kat dunia luar tu yang kau boleh bawak bincang..citer vaksin Astrazeneca ker, citer Meghan + Harry ke, kau nak bincang pasal SDG ke??

Sayang, hidup ni bukan 24 jam, bangun, makan, tidur, it's all pasal KERJA..apa yang cuba dibuktikan dengan balik lambat dan at the end kacau hidup orang lain dengan kerja yang kau tak boleh manage?? So many things outside there yang boleh kau explore..manage your resources efficiently..Kalau kau takde LIFE, jangan seret orang lain dengan masalah kau..sekian ❤

Saturday, 20 February 2021

Sunday Vibes

 

Vaksin Covid 19 batch pertama dah sampai...oohhhh yehhh..cepat la covid ni berakhir kan?

So many things to do!!

I have few projects pending due to covid-19 😂😂

Kiddos tak sabar nak pergi sekolah secara fizikal. Aydan nanti la, tunggu covid reda baru daftar dia masuk school..

Apa korang buat cuti hujung minggu ni? Me, bought and top up my skin care items..ada new member nampaknya..yang pink colour tu..give a warm welcome to Glow Recipe ya..nanti mak buat review 👄





                                       

Ahad korang buat apa jer? Me, macam biasa, bermalas-malasan & kalau rajin beriadah..sabtu dan ahad pun hari mendonut untuk kiddos..lepas brisk walk nak dekat 2 jam, kita melantak donut penuh gula pulak..ko rasa??😆





Tuesday, 16 February 2021

Apa Yang Dicari?

 Rasa rugi kalau tak kongsi kan??


Priority is work at that time..One of my biggest regret..

Kejar apa? apa yang di kejar it's mean nothing..

Tak tahu arah ke mana? why you have to run all the time.. Slow down..Enjoy every little moment thing in your life ..

Slow down everything, taking my time..selama ini terlalu berdedikasi menyenangkan banyak orang 😌

Apa Yang DiCari ?

This was my greatest gift for my 37th birthday last december :




Bukan la kata sebelum ni mak xde quran dan tak baca weiii..but hadiah ni like the answer untuk soalan-soalan hidup pada ketika itu..Mata tertumpu pada pesanan "Baca Quran & Jaga Solat"..Kadang-kadang Tuhan hantarkan jawapan melalui orang-orang di sekeliling korang 😇😇

Kerja tak pernah habis sayang 💗 worklife balance..

At the end, hanya satu sahaja tujuan hidup korang ☝ 



Saturday, 13 February 2021

Review Produk :: Maajun Nenda

Kalau korang memang baca blog sis yang sendu ni kan, korang akan perasan, sis sejenis makan jamu..dari sis anak dara sampai la dah ke mak dara ni...hahahaaaa

Sebelum ni, sis makan dfolia Sendayu Tinggi, tapi macam dah lama takde stok, so dah lama juga la sis tak makan jamu..sis bukan yg konsisten setahun, 12 bulan makan jamu ya..bila sis ada masalah dalaman wanita contoh keputihan dan sebagainya, sis akan makan jamu..bila dah okey dengan masalah dalaman, sis stop...untuk beberapa tempoh....dan sis juga sejenis yang memilih juga bila nak makan jamu-jamu ni, maksudnya buat research la dulu..

Untuk Maajun Nenda ni sebenarnya iklan maajun ni terlintas dekat newsfeed instagram sis..dan kebetulan tengah mencari jamu disebabkan dfolia tak ada stok..dan disebabkan maajun ni dibuat secara tradisional , so why not cuba kan??


Maajun Nenda ni ada 2 produk, untuk perempuan dan lelaki, maajun nenda (perempuan), maajun ayahanda (lelaki)..untuk 2 botol = RM80.00, so sebotol rm40.00..untuk sebotol ni, korang akan dapat 3 biji maajun yang besar, dan korang kena potong dan bulat-bulat kan ke size yg lebih kecil untuk dimakan hari-hari..so dapat dalam 24 biji macam tu..Actually, gambar ni adalah botol pada belian pertama pada bulan januari 2021, dan sis baru je beli stok bulan ni..dah habis yang ini: 




Ni yang baru beli, selepas di gentel ke size lebih kecil..yg botol jem tu, sis simpan maajun ayahanda


Rasa dia memang rasa pedas rempah, tapi takde la pedar..ada rasa manis-manis juga..boleh la kunyah..Dah sebotol habis, ada perbezaan tak? untuk sis, keputihan tu ada la kurang, atau ada hari2 yang memang clean and clear..yang lain, macam x nampak sangat..hilang perut buncit ke 👀, hilang angin ke?..sbb macam sama..tak nampak sangat la lagi kesan tu..

But, apa yang sis notis adalah, apabila sis bersin, kadang2 kan perempuan ni, kalau bersin yang kuat, kadang-kadang boleh terkencing bila pundi kencing kita penuh..betul tak? so sis perasan, yang sis tak terkencing bila sis bersin dengan kuat..(bagus tu kan?)

And kenapa sis repeat lagi adalah, laki sis suruh beli, sebab untuk dia, ada la kesan-kesan nya (kata dia laaa) kalau korang nak tahu, cer try beli..cari je kat IG, Maajun Nenda, dan boleh tanya sendiri okey..sis tak dibayar okey..kita support local produk bila produk tu okey !! Apa-apa pun jangan berlebihan, korang lagi tahu badan korang keh 😆

Friday, 22 January 2021

Review Produk :: Palmer's Coconut Sugar Facial Scrub

Hari Sabtu ni mummies, selalu buat apa? PKP pulak, harus la tak boleh keluar kan?

Burnout 💥

Beberapa hari lepas ada terbaca pasal isu ibu-ibu yang burnout..dan antara tips yang di berikan oleh seorang business founder adalah, tinggalkan anak-anak seketika, dan keluar lah dating dengan pasangan untuk masa diri sendiri dan masa dengan pasangan..Tips itu ada betul juga, tapi....

Kalau nak tinggalkan anak-anak make sure jangan tinggalkan dengan ibu-bapa yang dah tua atau saudara mara, dan ko pi seronok-seronok having korang punya me time dari pagi sampai malam eh...dengan tinggal kan anak-anak korang sehelai sepinggang, maksudnya makan minum depa kau biar je penjaga uruskan (selain bibik dan orang gaji)..tu lahanat dan selfish nama nya...haaaaa..bukan burnout..kalau laki sis, dia akan cakap, ko buat anak pandai, pastu anak kau tinggal, sebab kan nak having me time..sebenarnya for me..banyak cara untuk having "Me Time" & untuk atasi burnout..

Pampering Yourself & Bermalasan

Selalu hari sabtu, adalah hari me time..maksudnya hari untuk diri sendiri..nak baring satu hari ke, nak tengok movie atau you tube satu hari ke, even pampering yourself dengan skincare routine..contoh, hari sabtu adalah my scrubbing day..so skrub muka tu wajib di hari sabtu..seminggu sekali okay.

Sebelum ni me guna skrub sendayu tinggi, best juga skrub tu dan tahan setahun untuk penggunaan seminggu sekali..tekstur skrub halus macam skrub dari Body Shop.. untuk skrub ni, me beli through guardian online..harga 1 tube RM25.06..





                                                         

Tekstur di kasar sebab gula kan..korang boleh imagine macam mana tekstur gula lepas tu tonyoh kat muka korang..bau dia wangi, macam bau vanila + kelapa..walaupun tekstur skrub ni besar dan kasar, tapi lepas skrub, of course muka korang akan lembut dan segala dirt dan bintik hitam di hidung gone..bila tekstur dia kasar, so korang tak perlu untuk gosok dengan  kuat ok..slow mo aja..skrub ni tak de buih tau..dan tak perlu guna banyak.. jimat kan. For me, pampering myself by taking care of my skin, adalah terapi untuk atasi my burnout..so banyak benda yang korang boleh buat, cari apa minat korang sendiri (bukan minat atau aktiviti keluarga)

Selain dari itu, korang boleh buat aktiviti yang korang suka, macam baking, gardening, or even shopping online, itupun terapi untuk atasi burnout..Atau kalau tak nak buat apa-apa pun takde masalah, nak qada tidur satu hari, layan youtube, tak buat all the house chores for one day, there is nothing to loose..tapi masa tu make sure pasangan maklum you want to have your me time, dan minta pasangan tolong bantu uruskan anak-anak okey mommies?

Moga bermanfaat ❤

Sunday, 17 January 2021

Review Produk :: Biore Cleansing Oil

First Review of the year adalah Biore Cleansing Oil...

Dah lama survey nak beli cleansing oil..dan survey beberapa jenama macam hada labo, simple, sendayu tinggi..tapi harga agak pricey kan..so tangguh la dulu.

Pastu, haritu ada beli bb cream wardah, so sebabkan sis pakai bila keluar..dan bila outing, sis pakai lipstick (zaman sekarang kan lipstick kan semua matttttttteeeee, so susah nak tanggal) so sis ada kesukaran nak remove all the make up hanya pakai cleanser...

So disebabkan itu sis cari la cleansing oil, beli through guardian online, harga masa tu tak ada sale RM 24.30, tapi dapat free gift sponge tu..haaaa..kalau beli kat guardian, gitu laaa..ada luck dapat free gift 😋



ni sis tonyoh lipstick matte okey

Just 1 pump


Tonyoh je, tanpa air

Bilas dengan air..hilanggggg!!!

Best kan ?? Bau dia wangi, bau blueberry tapi tak kuat laa..,mild sahaja..& lepas cuci, kulit rasa moist, produk ni dari jepun yer korang..Sis okey je dengan produk ni, harga pun tak mahal sangat kan..tapi result ok..hilang la semua kejadah kat atas muka korang tu..

Semoga bermanfaat 😙