Sunday, 17 January 2021

Review Produk :: Biore Cleansing Oil

First Review of the year adalah Biore Cleansing Oil...

Dah lama survey nak beli cleansing oil..dan survey beberapa jenama macam hada labo, simple, sendayu tinggi..tapi harga agak pricey kan..so tangguh la dulu.

Pastu, haritu ada beli bb cream wardah, so sebabkan sis pakai bila keluar..dan bila outing, sis pakai lipstick (zaman sekarang kan lipstick kan semua matttttttteeeee, so susah nak tanggal) so sis ada kesukaran nak remove all the make up hanya pakai cleanser...

So disebabkan itu sis cari la cleansing oil, beli through guardian online, harga masa tu tak ada sale RM 24.30, tapi dapat free gift sponge tu..haaaa..kalau beli kat guardian, gitu laaa..ada luck dapat free gift πŸ˜‹



ni sis tonyoh lipstick matte okey

Just 1 pump


Tonyoh je, tanpa air

Bilas dengan air..hilanggggg!!!

Best kan ?? Bau dia wangi, bau blueberry tapi tak kuat laa..,mild sahaja..& lepas cuci, kulit rasa moist, produk ni dari jepun yer korang..Sis okey je dengan produk ni, harga pun tak mahal sangat kan..tapi result ok..hilang la semua kejadah kat atas muka korang tu..

Semoga bermanfaat πŸ˜™

Friday, 15 January 2021

Selamat Tahun Baru 2021

 Walaupun dah 15 hari masuk tahun baru, tapi nak wish juga kan..Tengah PKP 2.0, korang okey tak?



Risau bila tengok kes makin tinggi kan? Berdoa cepat la penyakit ni berlalu pergi, cepat la bulan Februari sampai, sebab jangkaan dapat vaksin bulan Februari kan..

Aydan patut dah boleh daftar tadika, tapi tangguh la dulu..biar hal covid ni selesai dan stabil, baru daftarkan dia tadika..

So hows life?

Terbaca IG Dr Harlina hari tu..apa pesan dia pada diri dia yang berumur 20 tahun kan..me also want to pesan pada myself pada tahun 2000 (masa ni me umur 17 tahun...teringat masa me 17 tahun pernah berangan and calculate umur diri sendiri masa umur 2020...haaaa ni future hang nak pesan)

1. Pakai sunscreen dari muda (lol) 

        Dah banyak jeragat lepas beranak

2. Ko banyak wrinkle bawah mata (pakai eye cream juga)  

3. Makin banyak umur ko, makin datang ujian demi ujian

4. Lepas beranak, pantang betul-betul, ko ada perut sekarang, yang tak nak hilang 😁

5. Ko jangan beli rumah projek SPNB πŸ˜’

6. Amalkan bird nest dari muda...your mum minum bird nest, glowing & hilang kedutan 😘

7. Live life the fullest (travelling, explore new skills)

8. Rezeki kita tak sama..setiap orang ada jalan hidup masing-masing (Jodoh, Anak, Ajal, ++)

9. Jangan cerita, show off (shout out) every single thing on socmed..Tell Allah, husband & your mumπŸ’– Happy people don't show off..Keep everything in a low key 😊

10. Keep your circle small πŸ’«

Apa azam baru ko?

Apa azam baru korang? Confirm azam baru yang akan meng upgrade kan diri korang kan? dari segi duniawi dan ukhrawi..Jangan lupa tulis azam korang tu..sebab tanpa korang sedar, azam tu akan tercapai satu-per satu, walau pun tak semua..biar lah azam tu besar, tak dapat semua, sikit pun jadi kan?

Bring it on 2021 πŸ’ͺπŸ’ͺ


Saturday, 19 December 2020

Abang Amin Sunat Dah

Amin dah 8 tahun, tahun depan dah 9 tahun, nak masuk darjah 3..sekolah pun tak pasti buka bila kan time2 covid ni, bulan januari 2021, tentatif nya tengah bulan januari, tapi dalam keadaan sekarang tak pasti buka atau pun tak..so ambil kesempatan kat sini untuk sunat kan Amin 😁 

Mula-mula hajat di hati untuk sunat bulan November, tapi penuh kau...haaaa, rupa nya ramai anak bujang nak bersunat..dapat la tarikh hari ni 19 Disember 2020..Appointment nya pukul 12 pm, tapi pukul 2.30pm baru sampai turn..jenuh menunggu, sunat nya kejap jaaa..huhuuu πŸ˜‚


Tunggu turn

Ooooo mmmmm geeeeeee


SmileeeπŸ’¦

Kos bayaran untuk sunat RM200 di Klinik Siti, termasuk ubat-ubatan..sunat via laser ya, cuma ada jahit sikit (part tu yang sakit)..ubat termasuk ubat tahan sakit, surut bengkak dan krim sapu...

Masa mula-mula balik rumah, mengaduh nak nangis juga Amin, lepas makan ubat tahan sakit, ok dah, hilang sakit tu, tapi idok la dia berlari melompat..baring je la...Amin bagitahu: Ibu, ubat tu magic la, terus hilang rasa sakit...hmmm, ye laaaa 😏😁

Dah bujang dah anak ibu 😊

Monday, 23 November 2020

Kisah Kau dan Aku


Lucu melihat perangai manusia
Yang kawan jadi lawan
tikam belakang itu biasa
dan bermuka-muka
semata-mata untuk memenangi hati sang Ketua
lupa ada Yang Maha Esa


Lucu juga tengok perangai manusia
yang konon mangsa itu sebenarnya pemangsa
Tak pernah cukup lihat sesama manusia hidup bahagia
Lalu dituduh, diperli dan diejek di media sosial segala
Konon melepas segala harta pusaka
Lupa si pemberi rezeki, hak dan harta di dunia ini juga dari yang Maha Esa
Bukan dari sang suami yang lupa segala
kerana tergilakan si indon durjana!!


Di mana ketenangan kamu wahai manusia?
Dengan berkata-kata begini mampu memuaskan hati siapa?
Madahmu hari-hari di media sosial, berkata hal-hal agama?
Tapi masih menyakiti hati sesama manusia?
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?

 

Sunday, 15 November 2020

Review Produk :: Wardah BB Everyday Beauty Balm Cream SPF 30

Korang nak cari BB Cream yang murah? tapi nak juga ada SPF? Korang boleh cuba produk Wardah BB Everyday Beauty Balm Cream SPF 30..ada di jual di mana-mana drugstore..Mak beli ni dekat Guardian, dan secara online..PKPB ni, so memang tak keluar pi mana-mana kecuali terpaksa..so order online sahaja ok..Yang mak perasan, Guardian ni, kalau beli online, punya la banyak depa bagi tester ok..banyak pulak tester atau sample dari barang yang kau beli...huhuuu, dan postage for free...oohh, bukan beli BB Cream ni jer yaa, mak beli barang-barang keperluan lain juga macam Kotex, vitamin c budak-budak, berus gigi dan sebagainya, lupa nak buat unboxing ye dak?? Next time ok, pembelian seterusnya nanti mak buat unboxing and tunjuk tester and sample yang Guardian bagi..kalau beli kat kedai, macam xde pulak dapat sample dan tester kan?


Ok balik kepada tajuk, bb cream mak dah habis..so lama juga tak pakai rasa togel je la muka tu kan...so saja survey kat guardian, cari bb cream yang harga berpatutan..so try la beli jenama dari Indonesia iaitu Wardah..Mak pernah try bedak compact jenama ni, tapi tak dan nak guna, jatuh dan berkecai menjadi debu (Bulat Aydan punya kerja ya)..so now beli bb cream harganya hanya RM18.00..ada SPF 30..murah kan?? So ini lah rupanya :


Kotak dia cantik kan?

Mak pilih kod neutral


Tak payah banyak, ni pun dah cukup untuk satu muka

ada water break technology dan oil control

 

Bila apply kat muka, tak perlu pakai banyak, sikit je dah cukup, dan yang bestnya kulit rasa lembab..tak bercapuk dan kena dgn ton muka..BB Cream ni ok sangat dan harga pun murah dan berpatutan..Korang cubalahh!!

Saturday, 14 November 2020

Review Produk :: Candlenuts by Nadia

Dah lama dah survey candle-candle yang wangi ni,tengok kat shoppee la, instagram laa..sambil-sambil tu dok tengok juga la Candlenutsbynadia ni..local seller, produk tempatan kan...why not cuba...kebetulan masa beli, tengah ada offer halloween pack ni..so mak pun try la beli..mak beli sampler combo pack RM 39.90 + Halloween pack RM49.90..

Disebabkan PKPB, so lambat sikit la parcel ni sampai dalam 10 hari la tunggu.. Ini la rupanya :



Wrapnya cantik



Comel dan cute kan? tak bakar lagi pun wangi



Ni sampler box


Sampler box pun comel dan wangi


Meh try bakar satu


dah melt dah, siap ada glitter dan of course wangi gila


Candlenuts ni korang wajib cuba ok..wangi satu rumah, cuma lilin tu korang jangan lupa padam pulak bila habis guna atau sebelum tidur malam yaaaa. Jom korang, support local, buy local!!


Thursday, 20 August 2020

Review Produk :: Caudalie Vinoperfect

Jenama Caudalie is one of my favourite skincare product selain Estee Lauder (kalau yang brand antarabangsa). Dulu pernah try cleanser foam dia dan mask..so kali ni mak try beli set lain pula.. Macam biasa, mak memang akan buat research dahulu sebelum invest in buying skincare..

Disebabkan di dahi mak ada bekas-bekas jerawat (dark spot ya), so mak decide untuk cuba Caudalie Vinoperfect range..Mak beli value set plus Toner dan Clenser Foam saiz besar..beli di instagram bynoraaziz..so untuk set+ toner dan cleanser foam jumlah adalah RM 375:


Set Vinoperfect


Untuk rejim yang pertama adalah  Caudalie Instant Foaming Cleanser :




Tak perlu banyak, satu pump pun dah cukup..cleanser ni ringan dan korang takkan rasa tegang atau terik lepas cuci..

Next step adalah Toner :


Toner ni tekstur dia macam air biasa..korang akan rasa kulit korang lembab lepas apply toner ni. Mak akan apply guna cotton pad..

Next step adalah Vinoperfect Essence :



Selalunya mak dap dap essence ni kat muka..tak guna kapas..ni pun tekstur dia macam air..tapi bila korang dap dap, akan rasa melekit-lekit sikit dan hilang lekitan tu...

Next step adalah Vinoperfect Serum :



Ni pun tekstur dia cair..tak perlu banyak, dalam 2 drops

Akhir sekali Vinoperfect Cream :





Tekstur pekat sikit..tak payah pakai banyak..sikit pun dah memadai..

Lebih kurang sebulan lepas pakai, kesan yang ketara adalah parut hitam jerawat mak di dahi hilang...GONE...sjeragat kat pipi (maklumlah, dah 30++ kan) tak hilang dan belum pudar lagi..skincare ni dia tak ada bau yang wangi ya..macam bau-bau batang pokok..korang kena konsisten dan rajin pakai, memang akan nampak kesan...kulit mak pun lebih sekata dan radiance gitu..Kalau korang tanya, akan ulang beli tak lepas ni, Yes definitely, cleanser, essense dan serum dia memang the bomb..Lepas ni nak beli mask dia..Dari segi harga memang mahal sikit, tapi boleh kumpul duit sikit-sikit kan..but tahan lama..semoga bermanfaat korang 😘