Saturday, 5 January 2019

Beli Meja Makan IKEA :: NORDEN EXTENDABLE TABLE

Dok bajet bajet nak cari meja makan...meja makan lama dok tinggal kat rumah seri iskandar...sebab besar sangat..so bagi jer kat penyewa guna..hari tu masa pergi ikea dah survey meja makan..tapi dok fikir juga..besar ni...boleh ke angkut pakai kereta kan?? Kalau nak suruh ikea hantar kan nak kena tambah duit pulak kan...meja dan kerusi muat ke kereta??

Lama juga fikir..bila cakap kat husband nak beli meja makan ikea..husband cakap..ala beli kat kedai auntie je laaa..kedai auntie tu kedai perabot biasa yang kena tengok katalog tu....tak pun beli kat giant je laaaa...husband menambah...

Tapi projek beli meja makan ikea ni tetap diteruskan walaupun husband tak berapa nak sokong...kui..kui..hangkut la semua anak beranak ke ikea...siap ambil cuti lagi hari jumaat semata-mata untuk ke ikea...almaklumlah kalau pergi sabtu dan ahad..confirm ramai orang dan agak mencabar kalau nak shopping sambil bawak anak-anak yang berderet ni...

Dah survey awal...so sampai ikea terus ke area dining table..dan terus decide nak ambil meja mana dan kerusi mana...tapi penat la..mengangkut anak-anak sekali..layan kerenah depa..5 jam juga la bertapa kat ikea nun..jom kita layan gambar:












Korang semua sedia maklum kan yang perabot ikea ni kena pasang sendiri kan..so dari pukul 9 malam sampai 2 pagi baru siap husband pasang meja dan kerusi ni....Oh ya...ada satu kerusi defect..tak boleh pasang..so esoknya kami anak beranak pi la ikea balik untuk tukar kerusi yang defect ni...so korang boleh layan video pemasangan kat bawah ya:





Tuesday, 1 January 2019

Resepi Donut (letak kentang)

Hari ni sempena tahun baru kite nak share resepi donut yang menggunakan kentang rebus...resepi ni dapat dari mak cik kite dan pernah juga la guna resepi donut ni masa main-main meniaga depan rumah dulu....hahaha..lagend betul (meniaga sebab nak isi masa cuti semester) Resepi donut ni simple je...tak payah sukat-sukat...campak-campak...uli-uli...jadi donut gebus yang sedap...

Bahan-bahan :

Anggaran untuk 10 biji donut:

1 1/2 cawan tepung gandum,
1 sudu marjerin,
setengah biji kentang (rebus hingga empuk dan lenyek)
1 1/2 sudu yis
1 1/2 sudu susu pekat
Air (secukupnya)

Gula pasir (blend) untuk salut donut nanti.

Semua bahan di atas (kecuali gula) uli sehingga jadi doh...biar kembang (40 minit) dan bentuk kan menjadi donut dan goreng..siap!! Untuk breakfast atau minum petang yang mengenyangkan:



Siap buat video step by step untuk memudahkan korang okay :


Enjoy the donut gebus korang...buat sendiri lebih jimat okay...buat pun tak susah..kejap dah siap. Selamat tahun baru gais...apa azam tahun baru korang? Cuba share sikit...=)



Sunday, 30 December 2018

LAMPU 2018 @ PUTRAJAYA

Malam tadi kami anak beranak pergi ke Festival of Light and Motion, Putrajaya (LAMPU 2018). Punya la ramai manusia...Ni first time kiteorang attend festival ni...nak cari parking satu hal...kalau nak senang kena datang awal sikit...agak-agak lepas maghrib dah sampai...kalau tak nak parking dah susah...

Walaupun ramai manusia, tapi seronok juga..macam bukan kat Malaysia pulak suasana dia..Lampu-lampu mengerlip-ngerlip...pada ibu bapa..sediakan duit yaa...confirm anak-anak nak beli aksesori lampu-lampu yang ada di jual sepanjang jalan...lagi satu..jangan terlepas pandang anak-anak...kot ralit main handphone untuk update kat instastory atau wassap story...sampai terlepas pandang anak..sebab nya manusia sangat lah ramai..dan gelap...boleh keciciran anak kalau leka..




So enjoy the video yang husband kita ambil untuk kongsi suasana Festival of Light and Motion Putrajaya (by the way, Medina tak suka Festival ni...takut katanya...siap ajak balik dan nak nangis...dia kata bising, she's introvert by the way):




Enjoy the video ya....kat PUTRAJAYA je guys...

Thursday, 27 December 2018

SHOPPING ONLINE:: HERMAZING CIRCLE BAG (CHRISTY NG x HERMO)

Yes..sampai dah beg bulat ni....mula-mula dok usha beg bulat vietnam...sekali keluar pula versi beg bulat material PU...dan brand DUCK pun keluar beg bulat juga tak lama selepas Hermo launch Hermazing Bag ini...nak beli brand DUCK memang i kenot laaa...belum terbuka hati lagi...so why not try beli dari well known local producer Christy Ng...

So klik-klik dan bayar,lepas 3 hari sampai la beg bulat ni ..yeyyy...boleh kira hadiah hari jadi laaa..meh kita tengok rupa beg ni dengan lebih dekat:












Excited meh nak pakai beg ni..Kalau korang nak tengok lebih jelas..boleh ke website Hermo ya..siap bagi link lagi kat korang : HERMO

Harap-harap ada lagi la ya...cepat grab korang punya juga..!!


Sunday, 4 November 2018

Jalan-Jalan :: JOHOR BAHRU

Ibu ada meeting kat JB for 2 days....so apa lagi...kidnapped laki dan anak-anak  pergi jalan...sambil kerja. jalan-jalan hokay....bak kata orang melayu, sambil menyelam , minum air...Lagi pun tahun ni tak ada yang exact jalan-jalan makan angin..yer dak...

So apa lagi, bila dah ke JB....agak-agak nak bawa anak ke mana ya???

LEGOLAND...yeyyyyy..tapi awal-awal tu memang tak la bagi tau depa...surprise gitu...buat dekk jer...just cakap nak pergi Johor...pontengkan sekolah depa...baru tadika kan..so boleh la dimaafkan..hahaaa...

Korang boleh layan video kami kat bawah ni ya...ada lagi part-part lain, boleh cari kat youtube okey..laa ni orang dok upload kat you tube jaa..dah tak letak gambar-gambar..nanti ada masa mak uload gambar naaa...Layaaaannn:














Wednesday, 4 July 2018

Beri lah Ibumu Walau RM 10 daripada Pendapatan Mu Wahai Anak !

Semalam dan hari ni agak terganggu fokus dan mood...Sampai ofis dalam pukul 7.15 am selalu bancuh air, breakfast dan baca surat khabar online..tapi bila buka surat khabar online hari ni penuh dengan kisah Baby Adam Rayqal....ok..terus tutup server sambil ambil tisu kesat air mata...Bertabah lah wahai ibu Baby Adam!! 

Allah tidak akan menguji hamba-Nya melebihi batas kemampuannya...Lucu bila melihat Netizen siap bagi tips memilih Pengasuh!! Macam la dia yang paling hebat dalam memilih pengasuh anak...Setiap ibu dan bapa akan memilih yang terbaik untuk anak-anak mereka...Tidak ada ibu dan bapa yang akan sambil lewa dalam memilih orang yang akan menjaga Nyawa mereka...Tapi takdir kita telah tertulis di Lohmahfuz, siapa lah kita untuk menyalahkan si ibu dan bapa...Mendoakan yang terbaik untuk mereka agar dapat menempuh ujian ini dengan tenang..

Berbalik kepada tajuk diatas, saja mak nak bebel, untuk peringatan diri sendiri dan mungkin Amin, Medina atau Aydan akan baca bebelan ibu ini..Nanti dah kerja bagi ibu duit naaaa..hihiiii

Terkilan bila ada anak yang tidak memberi duit kepada ibu dan bapa walau pun RM10 setiap bulan...Percaya lah..tidak akan papa atau jatuh miskin anda sekiranya anda konsisten beri duit pada ibu / bapa mu...Malah rezeki dan urusan mu akan dipermudahkan.. Rezeki itu luas....bukan berbentuk duit ringgit sahaja...Sekiranya anda mahu urusan anda dipermudahkan, beri duit pada ibu mu, dan tanggungan mu nescaya rezeki dan hidup anda tidak akan sukar dan susah!

Korang mahu anak-anak korang nanti beri korang duit atau bayarkan bil, belikan groceries setiap bulan bila korang dah tua nanti?? Nah, buat dulu pada ibu dan bapa korang nescaya Allah akan balas sama sahaja nanti melalui anak-anak korang...I've seen it...depan mata...Anak ramai dan kerja tapi tak memberi kepada ibu, tak senang pun hidup, meniaga tak pernah untung, duit tak pernah cukup.

Si Ibu berkeluh kesah meminta duit untuk memenuhi kehendak (bukan keperluan),  beritahu anak yang ini terus tak dapat dihubungi, anak yang meniaga lagi teruk (tak beri duit), anak yang kerja tetap tak boleh beri, duit nak pakai (i read the message)....So I tell my self and ask Allah, what is this shit? Berdoa kepada Allah agar dicukupkan rezeki untuk terus dapat memberi kepada ibu ini walaupun bukan di bawah tanggungan .. Walaupun sedikit, tetapi dapat menyenangi hati ibu ini...

Wahai Si Ibu juga mahupun tanggungan, janganlah membebankan anak-anak kamu atau suami kamu dengan kehendak yang di luar kemampuan mereka...Bezakan keperluan dan kehendak, bukan mahu kan sesuatu untu bermegah padahal kamu tidak mampu untuk menangungnya!!

Wahai anak-anak ibu ini...dan anak-anak diluar sana, berbaktilah dan nafkahi ibu/bapa dan tanggungan mu ..and your life will start changing , going BETTER !! Trust Me!!



Sunday, 1 April 2018

HOTEL REVIEW :: CASUARINA @ MERU IPOH

Dalam bulan Februari juga...ada mesyuarat di Casuarina Meru Ipoh..So apa lagi seronok lah mengangkut laki dan anak-anak sekali..macam biasa laaa...

Pemandangan waktu malam
Cute ja bilik dia kan





Medina konon sibuk apa ntah



Weekend :: siap ada clown lagi
Yang menariknya hotel ni dekat dengan MAPS...siapa yang berhasrat untuk ke MAPS, boleh lah duduk kat sini...Makan pun banyak pilihan, dari yang fast food sampai la gerai-gerai biasa dan food trucks...

Kalau sebelah malam, depan hotel ni ada Bulatan Aman Jaya yang sangat lah meriah nya dengan aktiviti-aktiviti family...macam kat Putrajaya...Kalau korang nak tengok aktiviti apa boleh tekan video yang sempat my hubby rakam kat bawah ni :: Sila abaikan my tired face, back to back mesyuarat dari pagi sampai malam, lepas tu keluar pulak layan anak-anak...huhu





Interesting kan??? Kalau korang nak cuti-cuti @ Ipoh, boleh try duduk kat Casuarina @ Meru k..