Saturday 11 April 2020

PKP 2020 :: Korang Buat Apa Jer Kat Rumah??


Hari ni dah masuk Day 25 PKP, haaaa korang buat apa je ke rumah? Dah hari ke 25 baru la mak nak update blog ni kan...busy ker kat rumah?? Idok la busy...menikmati hari-hari terluang di rumah...ada orang mungkin rasa tak best duduk rumah...ada orang, boleh enjoy..ikut masing-masing kan?

Just want to put these activities inside my blog so that one day, masa dah pencen ke kalau panjang umur boleh kenang-kenang saat PKP 2020 ni bersama family.


1. MASAK, MAKING BREAD, PIZZA



Baking pizza with kids


Soufle

Buat roti memang wajib kan


Dah bosan buat bun bulat kita buat roti macam-macam bentuk pulak

Buat Popcorn
So far dah day 25 PKP, masih belum lagi order Grab Food atau makanan luar...semua kami masak sendiri..Alhamdulillah



2. MENJANA EKONOMI NEGARA

Bila anak-anak dah tidur, maka bermula aktiviti menjana ekonomi negara dengan klik-klik sahaja. Lazada, Shoppee.. you name it..shopping online memang perkara wajib bila PKP ni kan? yer lah nak keluar tak boleh, ketua keluarga je boleh keluar, so kita yang perempuan ni apa lagi...kalau tak beli, window shopping kan (salah satu terapi untuk orang perempuan) But, you have to expect some delays ya...Jangan la korang marah abam-abam delivery pulak..


Ni barang dari DIY


Lazada


Bila kita shopping secara online secara tidak langsung menjana ekonomi setempat..tambah pulak kalau korang beli dari peniaga-peniaga kecil (SME) dan tempatan..so pusingan demand and supply tu akan berterusan.


Beli Groceries dan barang keperluan diri

Beli siap-siap refill shower gel

Watsons asyik sold out, kita beli kat Guardian, tapi lambat la sampai time PKP ni
Impressive kan kotak guardian

Kang ada pulak yang tanya beli kat mana : LAZADA
Kang ada pulak yang tanya berapa harga : RM10





3. READING BOOKS WITH KIDS

Sebabkan tak pergi sekolah, maka sesi membaca buku diwajibkan la kan...Mek Medina dah 6 tahun, membaca still tak confident...bukan tak boleh, tapi tak confident..tapi masa Amin 6 tahun pun macam tu juga..dah masuk darjah 1 baru lancar..Kalau math, Medina ok..boleh buat basic math...






4. TANAM SAYUR

Salah satu aktiviti yang boleh dibuat masa PKP kan? Kalau tak ada kawasan (tanah) boleh bercucuk tanam guna hidroponik...Beli online jer =) Mak order pada 31 Mac 2020, sampai 10 April 2020..Lambat la sampai kann








Ni, mak beli kat Kazz Hidroponik...Memang biasa beli kat Kazz Hidroponik..mungkin mahal sikit, tapi confirm hidup..kalau uolls nak try boleh tengok kat bawah ni:

 https://www.facebook.com/Kazzhidroponikhq/

Untuk kangkung, mak tanam dalam baldi je, guna penapis..nanti kalau dah tumbuh sayur mak update ya..

Korang semua buat apa je time PKP ni??

No comments:

Post a Comment