Saturday, 3 July 2021

Review Produk :: Kacip Fatimah Phyto Plus UTM

Mak kan memang sejenis makan jamu, tapi tak fix jenama apa, selalu tukar-tukar, tapi memang tak akan pilih sebarangan..

2 bulan lepas makan Maajun Nenda, lepas dah 2 bulan consume, bagi badan relax jap, pastu mak memang akan cari jamu balik, mula nak beli Dfolia Sendayu Tinggi balik, tapi macam dah lama tak ada stok kan dekat laman web sendayu tinggi, so mak teringat pulak dengan jamu kacip fatimah UTM ni..


Mak cerita eh, dulu pernah makan masa tahun 2016, sebab tengah cuba nak mengandungkan Aydan.. Mak sejenis yang susah juga nak mengandung, huhu, tapi mengandungi lemak, memang senang lah..Bukan lah, susah yang bertahun, tapi sejenis yang memang kena berusaha, kena ikut waktu subur, baru jadi..

Masa nak try dapat anak yang ketiga hari tu, masa tu dah cuba dekat masuk berapa bulan, so mak try la  Kacip Fatimah UTM ni...masa tu kan rajin juga baca blog Dr Zubaidi, so i give a try..alhamdulillah tak sampai habis sebotol, dalam sebulan macam tu, rezeki mengandung Aydan..

Nak jadi cerita juga, tahun lepas 2020, ada officemate, umur dia 40, datang jumpa mak, tanya la, Puan, badan saya ni macam tak best, ada keputihan, badan lemau ja..so masa tu mak suggest la dia makan jamu..masa tu mak suggest dia macam ni, kalau nak murah sikit cuba la Dfolia Sendayu Tinggi, kalau mahal sikit Jamu Kacip Fatimah UTM ni la..harga sebotol RM90..pastu takyah nak risau kandungan dia, sebab produk universiti, takkan la ada kandungan mengarut kan..

And then, officemate ni try la beli jamu ni, dan tak sampai sebulan, dia datang balik, Ya Allah puan, saya mengandung!! haaaaaa, terus suburrrrr..sebenarnya nak solve masalah lain, sekali mengandung terus...rezeki Allah nak bagi!!


Eh, mak cerita ni bukan la sebab beli ni nak mengandung tau, tapi nak cerita yang produk ni bagus, tu jer, UTM kena bayar mak la, sebab promote free...hahaha..

Kat bawah ni, mak letak sikit manfaat Kacip Fatimah okey (Kredit artikel dari Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia):

  • Kacip fatimah merupakan salah satu bahan paling popular dan mujarab yang digunakan dalam penyediaan herba tradisional atau 'jamu' untuk penjagaan tubuh selepas bersalin;
  • Kacip Fatimah secara tradisinya digunakan untuk mengekalkan sistem peranakan wanita yang sihat serta untuk membantu mengetatkan bahagian peranakan dan juga untuk meningkatkan fungsi seksual;
  • Kacip Fatimah kaya dengan "phytoestrogen" dan "isoflavones" yang mana bahan tersebut boleh melegakan gejala menopaus. Di Malaysia, Kacip fatimah juga dikenali sebagai "Selusuh Fatimah" (secara literal ialah sebagai ubat bersalin Fatimah) dan "Kacip Fatimah" (gunting sirih Fatimah). Akar Kacip fatimah juga didapati mengandungi "benzoquinone" dan "resorcinol";
  • Kacip Fatimah juga telah digunakan secara tradisi oleh kebanyakkan wanita Melayu semasa melahirkan anak dan ia boleh membantu memudahkan proses kelahiran dan juga dijadikan sebagai ubat selepas bersalin;
  • Ia juga membantu saluran kelahiran, dan mampu memulih semula kekuatan tubuh, mengawal kitaran haid dan mengelakkan sakit serta mengurangkan gejala menopaus. Secara tradisinya , tumbuhan ini direbus dan perahan air diambil sebagai minuman;
  • Kegunaan tradisi lainnya adalah untuk merawat disentri, penyakit sendi dan gonnorhoea; dan
  • Tumbuhan ini juga boleh membantu menegangkan otot abdomen. Kajian saintifik mendapati bahawa ciri-ciri perubatan dan aktiviti biologinya adalah disebabkan oleh kehadiran "phyto estrogen" (estrogen tumbuhan) secara semula jadi dalam tumbuhan ini.


Satu botol ni ada 60 biji kapsul, dan masa period korang jangan la makan. Stop kejap, so boleh tahan 2 bulan lebih macam tu. Harga sebotol RM90 dan korang boleh beli dekat link kat bawah:

http://needsvenue.com.my/Product.aspx?sq=4661f106-f239-4e56-a869-c6651f278106

So sesiapa yang ada masalah kesuburan, keputihan atau masalah period yang tak regular, mungkin boleh cuba Jamu Kacip Fatimah UTM sebagai salah satu usaha k ❤❤

No comments:

Post a Comment