Dok bajet bajet nak cari meja makan...meja makan lama dok tinggal kat rumah seri iskandar...sebab besar sangat..so bagi jer kat penyewa guna..hari tu masa pergi ikea dah survey meja makan..tapi dok fikir juga..besar ni...boleh ke angkut pakai kereta kan?? Kalau nak suruh ikea hantar kan nak kena tambah duit pulak kan...meja dan kerusi muat ke kereta??
Lama juga fikir..bila cakap kat husband nak beli meja makan ikea..husband cakap..ala beli kat kedai auntie je laaa..kedai auntie tu kedai perabot biasa yang kena tengok katalog tu....tak pun beli kat giant je laaaa...husband menambah...
Tapi projek beli meja makan ikea ni tetap diteruskan walaupun husband tak berapa nak sokong...kui..kui..hangkut la semua anak beranak ke ikea...siap ambil cuti lagi hari jumaat semata-mata untuk ke ikea...almaklumlah kalau pergi sabtu dan ahad..confirm ramai orang dan agak mencabar kalau nak shopping sambil bawak anak-anak yang berderet ni...
Dah survey awal...so sampai ikea terus ke area dining table..dan terus decide nak ambil meja mana dan kerusi mana...tapi penat la..mengangkut anak-anak sekali..layan kerenah depa..5 jam juga la bertapa kat ikea nun..jom kita layan gambar:
Korang semua sedia maklum kan yang perabot ikea ni kena pasang sendiri kan..so dari pukul 9 malam sampai 2 pagi baru siap husband pasang meja dan kerusi ni....Oh ya...ada satu kerusi defect..tak boleh pasang..so esoknya kami anak beranak pi la ikea balik untuk tukar kerusi yang defect ni...so korang boleh layan video pemasangan kat bawah ya:
No comments:
Post a Comment