Sunday, 10 July 2016

Tips Travel :: Barang-Barang Asas Yang Kena Bawa

Masih dalam mood raya keh?? Selamat Hari Raya Aidilfitri rakan-rakan alam maya sekelian...So, memandangkan masih dalam mood bercuti, mak nak share tips travel jauh bersama anak-anak yang tengah ligat dan lasak..

Ini merupakan barang-barang asas yang selalu kita bawak bila travel tak kisah lah, balik kampung ke atau pergi bercuti...Biasa la kalau bawak anak-anak kecik ni..macam-macam unexpected kehendak yang perlu dipenuhi kan??..Semua barang-barang ni, kite letak kat dalam 1 beg khas..yang akan diletakkan di dalam kereta, bukan dalam bonet yeh!!

Ni la begnya....comel tak..tehehehe....






Ok..dalam beg ni ada beberapa barang yang mesti kita bawak bila travel dengan anak-anak kecil:

Wipe Tissue

Wipe tissue ni untuk lap tangan dan mulut amin n medina kalau diaorang makan atau minum..almaklumlah..travel jauh kan..so makan coklat, biskut, roti dan sebagainya..

Minyak Angin
Tak kisahlah minyak angin brand apa sekali pun...tapi minyak angin ni must have item kan mommies?..kang nyamuk gigit lah..sakit perut lah..hidung tersumbat lah...alah...kadang-kadang bukan budak kecik jeh...bapak n mak nye pun perlukan minyak angin nih...senang..bawak siap2..takyah singgah farmasi kan..

Minyak Zaitun, Getah Rambut, Ketip Kuku dan Cotton Bud
Minyak Zaitun ni pelbagai guna kan?? Satunya nak letak kat rambut amin n medina memandangkan rambut mereka curly...dan satu lagi sebagai penanggal make up..untuk mak nye ler..

Getah Rambut : untuk Medina..ikat rambut Medina

Ketip Kuku : al maklumlah..budak-budak..kukunya cepat panjang..kalau bawak siap-siap senang kan?

Cotton Bud: Haaaa...korek telinga lahh..korang niiii


Ubat-Ubatan
Ubat-ubatan korang jangan lupa bawak...terpulang la ubat apa korang nak bawak..ikut kesesuaian okeh?..hari raya haritu..laki mak sakit belakang..tulang belikat..salah tidur katanya..itu yang bawak salon pas siap-siap..lepas tu mak bawak ubat selsema..tau la budak-budak ni..minum ais..batuk n selsema memamg wajib dapat lepas travel jauh-jauh..

Insect Repellent

Hahahhhh..dasar budak bandar!!! bukan anak-anak yang over..mak bapak yang terlebih sembur..atas masing-masing ok..kalau korang sanggup nak tolong garukan kaki atau tangan anak-anak takyah bawak/beli...







No comments:

Post a Comment