Friday, 23 July 2021

Review Produk :: Young Living Essential Oil

Hari tu kan mak update yang mak beli Young Living Essential Oil kan? dalam bulan 5 hari tu..Dah lama nak beli, 2 tahun yang lepas rasa nak beli dah, tapi tertangguh dan ada la alasan-alasan masa tu..Tapi kali ni beli juga atas sebab tengah mencari alternatif-alternatif untuk masalah resdung suami dan anak-anak dan masalah tak boleh tidur malam.

Mak ambil yang set RM750 Premium Starter Kit with Dessert Mist Diffuser macam kat bawah ni:

Masa baru beli

                                        

Tak sampai sebulan, habis dan lemon, peppermint, lavender tu pun


My honest review, if you all believe on natural products with a slow healing process, go for it..Kadang-kadang akan ada orang yang bunyik-bunyik..dah diffuse tapi tak jadi apa, dah inhale, tapi tak jadi apa, so akan stop dan biarkan kotak essential oil tu berabuk tak guna..

Kalau korang sejenis yg lepas beli memang guna dengan tegar, hari-hari diffuse, 1 box starter kit tu memang tak cukup dan korang akan start beli yang loose-loose pulak 😁😁

Untuk pengalaman mak sendiri, EO paling cepat habis adalah Lavender, Lemon dan Peppermint. Kadang mak tak guna diffuser, mak titik je kat candle burner ni, titik je beberapa drops kat air tu:


Try this in the morning, segar biji mata korang 


Ni kalau abah dia pasang before tidur, meleleh dah air liuq Aydan terlelap, tau-tau pengsan sudah!!


Dan yang paling best bila kita jadi ahli, kita ada support group, dan orang akan salah faham ingat support group ni adalah untuk paksa anak-anak buah untuk cari kaki kat bawah, tapi tak ya!! Support group ni akan ajar macam mana nak guna eo dan teknik-teknik yang betul..

So kadang-kadang hari minggu mak memang penuh ya, sebab ada kelas-kelas support group ni, sebab tu mak pantang kalau orang kacau waktu hari minggu dan masa lepas office hour..HELLOOOOO, korang takde life ke??my weekend and other than office hour is for God, Family and Me Time :







Pada sesiapa yang belum terjebak dengan Young Living ni, sila kan la terjebak ya, adik mak mula-mula perlekeh juga Young Living ni, mula-mula terjebak beli Starter Kit, pastu tak sampai sebulan, adik mak beli pula diffuser dessert mist, pastu bulan ni dia nak beli pulak diffuser owl, haaaaa, penangan Essential Oil kauuuuuu!!



Memang korang akan cakap benda ni mahal, tapi once korang dah beli dan guna, korang takkan rasa rugi pun beli, lagi pun kalau korang maintain  order bulan-bulan, korang akan dapat reward dan essential oil free!! So worth it!! So selain barang-barang shoppe kau sampai akan buat kau girang, kotak ni sampai pun ko akan rasa bahagia!!!!



Jom share pengalaman oiling korang?? Siapa yang minat nak cuba boleh cari kawan-kawan korang yang jadi distributor Young Living ni...nak beli dengan mak pun bullllllehhhhhh aih ❤😚









Saturday, 3 July 2021

Review Produk :: Kacip Fatimah Phyto Plus UTM

Mak kan memang sejenis makan jamu, tapi tak fix jenama apa, selalu tukar-tukar, tapi memang tak akan pilih sebarangan..

2 bulan lepas makan Maajun Nenda, lepas dah 2 bulan consume, bagi badan relax jap, pastu mak memang akan cari jamu balik, mula nak beli Dfolia Sendayu Tinggi balik, tapi macam dah lama tak ada stok kan dekat laman web sendayu tinggi, so mak teringat pulak dengan jamu kacip fatimah UTM ni..


Mak cerita eh, dulu pernah makan masa tahun 2016, sebab tengah cuba nak mengandungkan Aydan.. Mak sejenis yang susah juga nak mengandung, huhu, tapi mengandungi lemak, memang senang lah..Bukan lah, susah yang bertahun, tapi sejenis yang memang kena berusaha, kena ikut waktu subur, baru jadi..

Masa nak try dapat anak yang ketiga hari tu, masa tu dah cuba dekat masuk berapa bulan, so mak try la  Kacip Fatimah UTM ni...masa tu kan rajin juga baca blog Dr Zubaidi, so i give a try..alhamdulillah tak sampai habis sebotol, dalam sebulan macam tu, rezeki mengandung Aydan..

Nak jadi cerita juga, tahun lepas 2020, ada officemate, umur dia 40, datang jumpa mak, tanya la, Puan, badan saya ni macam tak best, ada keputihan, badan lemau ja..so masa tu mak suggest la dia makan jamu..masa tu mak suggest dia macam ni, kalau nak murah sikit cuba la Dfolia Sendayu Tinggi, kalau mahal sikit Jamu Kacip Fatimah UTM ni la..harga sebotol RM90..pastu takyah nak risau kandungan dia, sebab produk universiti, takkan la ada kandungan mengarut kan..

And then, officemate ni try la beli jamu ni, dan tak sampai sebulan, dia datang balik, Ya Allah puan, saya mengandung!! haaaaaa, terus suburrrrr..sebenarnya nak solve masalah lain, sekali mengandung terus...rezeki Allah nak bagi!!


Eh, mak cerita ni bukan la sebab beli ni nak mengandung tau, tapi nak cerita yang produk ni bagus, tu jer, UTM kena bayar mak la, sebab promote free...hahaha..

Kat bawah ni, mak letak sikit manfaat Kacip Fatimah okey (Kredit artikel dari Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia):

  • Kacip fatimah merupakan salah satu bahan paling popular dan mujarab yang digunakan dalam penyediaan herba tradisional atau 'jamu' untuk penjagaan tubuh selepas bersalin;
  • Kacip Fatimah secara tradisinya digunakan untuk mengekalkan sistem peranakan wanita yang sihat serta untuk membantu mengetatkan bahagian peranakan dan juga untuk meningkatkan fungsi seksual;
  • Kacip Fatimah kaya dengan "phytoestrogen" dan "isoflavones" yang mana bahan tersebut boleh melegakan gejala menopaus. Di Malaysia, Kacip fatimah juga dikenali sebagai "Selusuh Fatimah" (secara literal ialah sebagai ubat bersalin Fatimah) dan "Kacip Fatimah" (gunting sirih Fatimah). Akar Kacip fatimah juga didapati mengandungi "benzoquinone" dan "resorcinol";
  • Kacip Fatimah juga telah digunakan secara tradisi oleh kebanyakkan wanita Melayu semasa melahirkan anak dan ia boleh membantu memudahkan proses kelahiran dan juga dijadikan sebagai ubat selepas bersalin;
  • Ia juga membantu saluran kelahiran, dan mampu memulih semula kekuatan tubuh, mengawal kitaran haid dan mengelakkan sakit serta mengurangkan gejala menopaus. Secara tradisinya , tumbuhan ini direbus dan perahan air diambil sebagai minuman;
  • Kegunaan tradisi lainnya adalah untuk merawat disentri, penyakit sendi dan gonnorhoea; dan
  • Tumbuhan ini juga boleh membantu menegangkan otot abdomen. Kajian saintifik mendapati bahawa ciri-ciri perubatan dan aktiviti biologinya adalah disebabkan oleh kehadiran "phyto estrogen" (estrogen tumbuhan) secara semula jadi dalam tumbuhan ini.


Satu botol ni ada 60 biji kapsul, dan masa period korang jangan la makan. Stop kejap, so boleh tahan 2 bulan lebih macam tu. Harga sebotol RM90 dan korang boleh beli dekat link kat bawah:

http://needsvenue.com.my/Product.aspx?sq=4661f106-f239-4e56-a869-c6651f278106

So sesiapa yang ada masalah kesuburan, keputihan atau masalah period yang tak regular, mungkin boleh cuba Jamu Kacip Fatimah UTM sebagai salah satu usaha k ❤❤

Friday, 2 July 2021

Review Produk :: Minyak Kelapa Dara UTM

 


Ni adalah suplemen sekarang yang mak ambil ok..Vitamin C, Kacip Fatimah UTM dan Minyak Kelapa Dara (VCO) UTM...so hari ni nak cerita pasal minyak kelapa dara by UTM, nanti lain kali kita cerita pasal kacip fatimah tu eh..

Korang mesti tahu kan apa kebaikan minyak kelapa untuk badan? bukan sahaja untuk dalaman, tapi untuk luaran pun banyak benefit contoh untuk rambut dan kulit...dulu masa nak beranak medina dan aydan, memang ada makan VCO ni..Masa bersalin tu, bau VCO kau (huhuhhh)

dan dah lama pulak dok tinggal...teringat tapi tak direzeki kan untuk beli...huhuu..

Kenapa mak pilih VCO UTM?




Minyak VCO UTM ni tak ada bau tengik atau bau kelapa yang kuat, bau dan rasa kelapa dia light-light ja. Anak-anak pun memang kena paksa makan VCO ni ok, mak pakai sudu kecil. Untuk botol 400ml ini. harga nya RM76.00 dan beli secara online di http://needsvenue.com.my/Product.aspx?sq=2232e960-c5ee-4e2f-b254-53f06e0cb3c7


Manfaat Minyak Kelapa Dara (Artikel dari sinar harian)

MINYAK kelapa dara juga digelar superfood. Ia bukan sahaja digunakan dalam masakan, bahkan juga untuk kesihatan dan kecantikan. Berikut disenaraikan 12 manfaat minyak kelapa dara.

  • Ia berfungsi mengurangkan rasa lapar;
  • Ia mengandungi asid laurik yang bagus untuk menyokong sistem ketahanan badan;
  • Lemak sihat di dalam minyak kelapa dara bagus untuk jantung;
  • Ia dapat memberi anda tenaga dengan segera jika anda mengalami keletihan;
  • Fungsi kelenjar tiroid lebih baik dan sihat dengan minyak kelapa dara;
  • Ia mampu menjadikan kulit, rambut, dan kuku anda sihat. Kulit yang kering menjadi lembap dan memperbaiki kandungan lemak dalam kulit;
  • Sekiranya berkumur dengan minyak kelapa dara, ia akan membunuh bakteria yang berbahaya dalam mulut. Secara tidak langsung, gigi anda bertambah sihat dan nafas juga tidak berbau busuk lagi;
  • Apabila kadar metabolisme meningkat, sel juga bangkit semula dengan pantas. Pada masa ini tubuh anda akan menggantikan sel-sel lama dengan yang baru dan sihat;
  • Berperanan sebagai ejen semulajadi yang mengurangkan kulat, bakteria dan virus yang boleh menyebabkan penyakit;
  • Perembesan insulin diperbaiki dengan minyak kelapa dara. Ini membantu penggunaan glukosa dengan lebih baik bagi mengimbangkan pengeluaran insulin yang akan melegakan simptom dan mengurangkan risiko kesihatan khususnya berkaitan diabetes;
  • Memperbaiki fungsi otak. Sesuai untuk memulihkan pesakit alzhemeir; dan
  • Dapat melindungi tubuh daripada radikal bebas yang merosakkan sel.

Korang kalau nak cuba, boleh tekan link atas tu na..Banyak sebenarnya  brand -brand VCO ni kat pasaran..kita support jenama tempatan naaa.

Selamat berweekend hampa!!