Hari Sabtu ni mummies, selalu buat apa? PKP pulak, harus la tak boleh keluar kan?
Burnout 💥
Beberapa hari lepas ada terbaca pasal isu ibu-ibu yang burnout..dan antara tips yang di berikan oleh seorang business founder adalah, tinggalkan anak-anak seketika, dan keluar lah dating dengan pasangan untuk masa diri sendiri dan masa dengan pasangan..Tips itu ada betul juga, tapi....
Kalau nak tinggalkan anak-anak make sure jangan tinggalkan dengan ibu-bapa yang dah tua atau saudara mara, dan ko pi seronok-seronok having korang punya me time dari pagi sampai malam eh...dengan tinggal kan anak-anak korang sehelai sepinggang, maksudnya makan minum depa kau biar je penjaga uruskan (selain bibik dan orang gaji)..tu lahanat dan selfish nama nya...haaaaa..bukan burnout..kalau laki sis, dia akan cakap, ko buat anak pandai, pastu anak kau tinggal, sebab kan nak having me time..sebenarnya for me..banyak cara untuk having "Me Time" & untuk atasi burnout..
Pampering Yourself & Bermalasan
Selalu hari sabtu, adalah hari me time..maksudnya hari untuk diri sendiri..nak baring satu hari ke, nak tengok movie atau you tube satu hari ke, even pampering yourself dengan skincare routine..contoh, hari sabtu adalah my scrubbing day..so skrub muka tu wajib di hari sabtu..seminggu sekali okay.
Sebelum ni me guna skrub sendayu tinggi, best juga skrub tu dan tahan setahun untuk penggunaan seminggu sekali..tekstur skrub halus macam skrub dari Body Shop.. untuk skrub ni, me beli through guardian online..harga 1 tube RM25.06..
Tekstur di kasar sebab gula kan..korang boleh imagine macam mana tekstur gula lepas tu tonyoh kat muka korang..bau dia wangi, macam bau vanila + kelapa..walaupun tekstur skrub ni besar dan kasar, tapi lepas skrub, of course muka korang akan lembut dan segala dirt dan bintik hitam di hidung gone..bila tekstur dia kasar, so korang tak perlu untuk gosok dengan kuat ok..slow mo aja..skrub ni tak de buih tau..dan tak perlu guna banyak.. jimat kan. For me, pampering myself by taking care of my skin, adalah terapi untuk atasi my burnout..so banyak benda yang korang boleh buat, cari apa minat korang sendiri (bukan minat atau aktiviti keluarga)
Selain dari itu, korang boleh buat aktiviti yang korang suka, macam baking, gardening, or even shopping online, itupun terapi untuk atasi burnout..Atau kalau tak nak buat apa-apa pun takde masalah, nak qada tidur satu hari, layan youtube, tak buat all the house chores for one day, there is nothing to loose..tapi masa tu make sure pasangan maklum you want to have your me time, dan minta pasangan tolong bantu uruskan anak-anak okey mommies?
Moga bermanfaat ❤
No comments:
Post a Comment