Sunday, 15 November 2020

Review Produk :: Wardah BB Everyday Beauty Balm Cream SPF 30

Korang nak cari BB Cream yang murah? tapi nak juga ada SPF? Korang boleh cuba produk Wardah BB Everyday Beauty Balm Cream SPF 30..ada di jual di mana-mana drugstore..Mak beli ni dekat Guardian, dan secara online..PKPB ni, so memang tak keluar pi mana-mana kecuali terpaksa..so order online sahaja ok..Yang mak perasan, Guardian ni, kalau beli online, punya la banyak depa bagi tester ok..banyak pulak tester atau sample dari barang yang kau beli...huhuuu, dan postage for free...oohh, bukan beli BB Cream ni jer yaa, mak beli barang-barang keperluan lain juga macam Kotex, vitamin c budak-budak, berus gigi dan sebagainya, lupa nak buat unboxing ye dak?? Next time ok, pembelian seterusnya nanti mak buat unboxing and tunjuk tester and sample yang Guardian bagi..kalau beli kat kedai, macam xde pulak dapat sample dan tester kan?


Ok balik kepada tajuk, bb cream mak dah habis..so lama juga tak pakai rasa togel je la muka tu kan...so saja survey kat guardian, cari bb cream yang harga berpatutan..so try la beli jenama dari Indonesia iaitu Wardah..Mak pernah try bedak compact jenama ni, tapi tak dan nak guna, jatuh dan berkecai menjadi debu (Bulat Aydan punya kerja ya)..so now beli bb cream harganya hanya RM18.00..ada SPF 30..murah kan?? So ini lah rupanya :


Kotak dia cantik kan?

Mak pilih kod neutral


Tak payah banyak, ni pun dah cukup untuk satu muka

ada water break technology dan oil control

 

Bila apply kat muka, tak perlu pakai banyak, sikit je dah cukup, dan yang bestnya kulit rasa lembab..tak bercapuk dan kena dgn ton muka..BB Cream ni ok sangat dan harga pun murah dan berpatutan..Korang cubalahh!!

No comments:

Post a Comment