Wednesday, 29 April 2020

Review Product :: Trio Breadmaker

Siapa beli breadmaker time PKP ni angkat tangan?? Yeay sep sikit..

Alkisahnya Tesco Breadmaker yang dah berkhidmat selama 4 tahun rosak..mogok weh time PKP ni selang 3 hari buat roti...roti kan susah nak dapat...masa beli dulu tahun 2016, harga Tesco Breadmaker dalam RM170 ++ je...tak sampai RM200.

Ingatkan bertahan la sampai habis PKP rupanya nan ado..Sebabkan PKP ni, cari juga la Breadmaker..Try usha Tesco Breadmaker kat Lazada..out of stock ok..harga takde diskaun..RM200++..Sebabkan out of stock, tengok kat lazada yang ada Trio Breadmaker harga 179.00..tapi nampak macam kecik sikit..

Sebabkan stok roti dah habis, so klik-klik tanpa banyak songeh, beli jer..malas nak fikir kan..

Dalam berapa 3 hari sampai by GDEX, laju juga la kan..so the unboxing Trio Breadmaker ada kat bawah ni ya..Honestly for me, prefer Tesco Breadmaker lagi bagus dari segi kapasiti dan kemantapan fizikal..huhuuu..but, takpe laa..sebat je apa yang ada kan..still boleh buat roti juga..



Beza saiz loyang Trio dan Tesco BM

Loyang Trio siap boleh masuk dalam loyang Tesco

Sebabkan Tesco BM sold out, so tak ada pilihan..beli je la kan









Moga bermanfaat =)




Saturday, 25 April 2020

Review Product :: Sendayu Tinggi Matte BB Cushion

Mak beli Matte BB Cushion Sendayu Tinggi ni bulan Disember 2019 masa ST buat sale..


masa tu kan sale gila gila kan..so grab je la mana yang dah usha usha

so this is Matte BB Cushion by ST

Masa beli ni, i had low expectation, beli sebab murah and ST claim that it has SPF 50 ++..kalau tak silap macam tak banyak range warna, 3 range sahaja, so sebab sedar diri kulit tu gelap dan tak berapa nak cerah, so mak beli range yang paling gelap lah..Kod 03, Daffodil..

Kalau time sekarang, kat laman web ST, harga adalah RM 52.00..masa sale hari tu macam half price kan? tak ingat pulak..Ok..bila buka packaging BB cushion ni, sponge dia dibungkus dalam paket aluminium tu..so nampak macam exclusive la kan..Memandangkan cc cream mak memang dah hujung nyawa, so masa sebelum PKP tu sempat la pakai BB Cushion ni..supsrisingly match dengan kulit mak yang tak berapa nak cerah ni kan..Lulus lah..

Dan yang best nya adalah, korang takkan rasa korang pakai bedak..tak tebal dan ringan..sebab mak pernah beli Maybelline BB Cushion, tapi rasa tebal dia dan macam cakey..so sebab tu mak kata surprised, surprised..


Macam ni rupa kat dalam dia..sponge dah comot ya..sbb mak dah guna

This is Daffodil
adakah me akan repeat beli BB Cushion ni..absolutely Yes..tapi tunggu sale..hahaha =)

Monday, 13 April 2020

Review Product :: Beauty Water Son & Park

Dah lama tak review product kan..? Mak beli Son & Park Beauty Water ni kat Lazada.. Bought for 60 ml first sebab nak try dulu..Kalau ikut botol dalam gambar tu dah lebih separuh dah pakai..Botol dia simple kan? Tak complicated..Bau dia ok...tak menusuk la senang cerita..cuma dia macam foamy, tapi kalau sapu kat muka, tak la melekit..dan tak pedih..korang akan rasa macam bersih muka korang, dan macam cerah lepas pakai...huhu..ala-ala artis korea la kan..One of the toner yang mak approved..








Daki semua tanggal ok..rasa bersih, tapi tak pedih


Looking to buy for a bigger bottle soon.

Saturday, 11 April 2020

PKP 2020 :: Korang Buat Apa Jer Kat Rumah??


Hari ni dah masuk Day 25 PKP, haaaa korang buat apa je ke rumah? Dah hari ke 25 baru la mak nak update blog ni kan...busy ker kat rumah?? Idok la busy...menikmati hari-hari terluang di rumah...ada orang mungkin rasa tak best duduk rumah...ada orang, boleh enjoy..ikut masing-masing kan?

Just want to put these activities inside my blog so that one day, masa dah pencen ke kalau panjang umur boleh kenang-kenang saat PKP 2020 ni bersama family.


1. MASAK, MAKING BREAD, PIZZA



Baking pizza with kids


Soufle

Buat roti memang wajib kan


Dah bosan buat bun bulat kita buat roti macam-macam bentuk pulak

Buat Popcorn
So far dah day 25 PKP, masih belum lagi order Grab Food atau makanan luar...semua kami masak sendiri..Alhamdulillah



2. MENJANA EKONOMI NEGARA

Bila anak-anak dah tidur, maka bermula aktiviti menjana ekonomi negara dengan klik-klik sahaja. Lazada, Shoppee.. you name it..shopping online memang perkara wajib bila PKP ni kan? yer lah nak keluar tak boleh, ketua keluarga je boleh keluar, so kita yang perempuan ni apa lagi...kalau tak beli, window shopping kan (salah satu terapi untuk orang perempuan) But, you have to expect some delays ya...Jangan la korang marah abam-abam delivery pulak..


Ni barang dari DIY


Lazada


Bila kita shopping secara online secara tidak langsung menjana ekonomi setempat..tambah pulak kalau korang beli dari peniaga-peniaga kecil (SME) dan tempatan..so pusingan demand and supply tu akan berterusan.


Beli Groceries dan barang keperluan diri

Beli siap-siap refill shower gel

Watsons asyik sold out, kita beli kat Guardian, tapi lambat la sampai time PKP ni
Impressive kan kotak guardian

Kang ada pulak yang tanya beli kat mana : LAZADA
Kang ada pulak yang tanya berapa harga : RM10





3. READING BOOKS WITH KIDS

Sebabkan tak pergi sekolah, maka sesi membaca buku diwajibkan la kan...Mek Medina dah 6 tahun, membaca still tak confident...bukan tak boleh, tapi tak confident..tapi masa Amin 6 tahun pun macam tu juga..dah masuk darjah 1 baru lancar..Kalau math, Medina ok..boleh buat basic math...






4. TANAM SAYUR

Salah satu aktiviti yang boleh dibuat masa PKP kan? Kalau tak ada kawasan (tanah) boleh bercucuk tanam guna hidroponik...Beli online jer =) Mak order pada 31 Mac 2020, sampai 10 April 2020..Lambat la sampai kann








Ni, mak beli kat Kazz Hidroponik...Memang biasa beli kat Kazz Hidroponik..mungkin mahal sikit, tapi confirm hidup..kalau uolls nak try boleh tengok kat bawah ni:

 https://www.facebook.com/Kazzhidroponikhq/

Untuk kangkung, mak tanam dalam baldi je, guna penapis..nanti kalau dah tumbuh sayur mak update ya..

Korang semua buat apa je time PKP ni??