Saturday, 17 September 2022

Genius Aulad 2023 Fees

 Hari ni mak nak update Genius Aulad 2023 Fees..since mak tengok ramai yang baca mak punya post pasal Genius Aulad Fees, so mak update yang 2023 punya keh..

Anak-anak mak dari yang sulung sampai la yang last ni (eh last ke?😁) memang mak masukkan Genius Aulad...kenapa? sebab 

1. GA ada kat mana-mana, kalau korang pindah kerja silibus dia sama je tak kisah la branch dia           kat mana

2. Anak korang darjah 1, insyaallah, dah tak ada masalah membaca..GA yang bagusnya, dia                 ada sesi reading yang pada mak, memang sangat efficient dan untuk korang parents yang tak                   ada masa nak ajar anak-anak korang membaca...korang takyah risau;

3. GA lengkap, dari segi education dan hat agama, basic iqra' pun jalan, solat dan surah2                    mudah pun insyaallah anak korang by 7 tahun, they will be ready 👍

4. GA ada aktiviti-aktiviti lain selain dalam kelas : sukan, lawatan, konsert dan lain-lain

So mak update berapa GA punya fees untuk tahun 2023..aydan last tahun depan, :


Tak salah kalau korang invest lebih untuk education anak-anak keh..mula dari awal, tak rugi pun 😚



Sunday, 28 August 2022

Life Update :: Ogos sudah

Tenang-tenang saja ya 😙 Dah Ogos, lagi berapa bulan nak habis 2022.

Korang punya list yang nak capai tahun ni ada banyak yang dah dipotong?

Mak tengah gila tanam sayur, at my own house dan my mom's.

Besar dah timun 

Dan mak pun tengah gila jual YL..alhamdulillah..ada je rezeki masuk..😚

Selalu kalau dah masuk bulan Ogos ni, mak rajin browse Sephora USA, sebab nak window shopping skincare/ make up bundle untuk Christmas..tapi lama dah tak bukak Sephora, sebab priority dah lain, instead of browse Sephora, mak browse biji benih, macam mana nak tanam avocado  (haaaa kau)..Laki mak berjaya tanam daun sup dan daun ketumbar keh..yeayyy..takyah dah nak beli, pastu bila tak habis tak la mereput dalam peti sejuk kan?

Kalau weekend balik rumah nenek (my mom), kita buat projek yang sama, tanam sayur, start suburkan tanah, bagitau nenek, kena start kompos, kulit telur jangan buang..so aim nya adalah, untuk basic sayur-sayur kena adaa kat laman rumah..

Reboot tanah nenek :: Pokok Bendi




Weekend pun sibuk dengan aktiviti anak-anak kan? Kursus kepimpinan, sukan, eh eh..xde dah nak bermalasan / bangun lambat weekend eh..habis aktiviti baru qada' tidurrrrrrr 😂

Tahun ni mak punya motto live life to the fullest..siapa toxic, mak pancung habis waima la kau siapa sekali pun. Tahun ni, banyak checklist-checklist mak yang dah dipotong satu persatu, Alhamdulillah..so impressed dengan rahmat dari Allah. Sila la buat wishlist korang..tulissss, walaupun korang rasa ianya mustahil sebabkan mahal, insyallah, Allah kabulkan satu-satu tanpa korang sedar. Yang kaya, pemberi rezeki tu Dia..rezeki pun bukan dalam bentuk kebendaan sahaja ya (pesanan pada mak juga).

Mak pun dah cut gula (impressive tak..hahaa) berat turun kau..sekarang 53kg..makan tak cut, baru cut gula..awal tahun berat 57kg..moga istiqamah hendaknya 😆..cuma sekarang kulit kering..dah lama tak sapu lotion kan..haaa kena la rajin...kata idola JLO..nak cari skincare balik..nanti mak update keh skincare apa..Caudalie pun best juga kan..kena la research balik...sebabkan kulit yang kering tu mak ikhtiar la minum Ningxia Red..nampak dah nak habis keh..kalau korang minum ni sebelum tidur , esok pagi confirm kulit muka korang toink toink....haaaa...marvellous tak?


Minggu ni balik rumah nenek, sebabkan tengah reboot balik tanah sekitar rumah nenek, so semangat la beli tanah-tanah untuk tujuan reboot...nenek sekarang bukan main, kalau nak beli tanah atau pokok, telefon je uncle subramaniam, nanti dengan lori dia sampai..korang kalau sekitar selayang, nak pergi nursery malas, silaaaaaa telefon uncle subramaniam keh 😁


Have a nice weekend korang 😘




Sunday, 10 July 2022

Hey, I have new Projects !!

Dekat 2 bulan mak tak update blog kan??

Mak busy keh...Bukan hal kerja, tapi hal personal 😁 Have a few projects..so blog pun terabai..Mak baru sampai dari kampung..Best, macam-macam aktiviti buat kat kampung, handphone pun tinggal ntah mana 😂

Saja la nak share, kalau weekend selalu kalau tak pergi mana, mak layan movies atau cerita bersiri with kiddos, so salah satu cerita bersiri yang mak layan adalah The Silent Sea..mak dah lama tak tengok drama melayu eh..cliche!! dari mak belum kahwin sampai la dah beranak tiga, cerita asyik kena kahwin paksa, kahwin kontrak, tak suka lama-lama jadi suka...eh eh...ngapa gitu ntah..apa nak jadi ntah 😆 muntah ijo 😩


Berbalik cerita The Silent Sea, lepas habis layan cerita tu dalam 1 malam eh (ntah berapa siri) terkedu la jugakk..sooo, mak bayangkan apa akan jadi kalau negara kita tak lama lagi kekurangan sumber, macam cerita tu lah..baik korang tengok keh..So sebabkan cerita tu (bukan la pencetus utama), mak dah start buat beberapa projek..yang tadi mak cakap, mak busy tu...ahaaaaa..dan disebabkan cerita itu, my priority of investments pun dah bertukar..Mak dah stopkan 1 jenis investment dan tukar terus, invest benda lain..

Perubahan tu pun tak boleh drastik kan? so kena pelan-pelan kayuh..haaa gitu..sekarang ni pun dah gempar sana-sini, makanan tak cukup, ayam mahal (senyum tengok daging burger ayam Ramly lagi mahal dari daging..dulu terbalik..apooooo??)

Mak pun tahan-tahan diri ni, dari beli benda bukan-bukan contoh mak dah tak bukak Sephora, tudung, baju (kadang bukak juga 😋)..My priorities dah tukar keh..Mak dah mula kompos sisa makanan, kulit telur pun tak buang..Mak ada projek yan tengah buat dan akan buat!! Here are some of the pictures that mak boleh share dengan all of you keh:





Bendi

Kulit telur mak tak buang!


Pun tak buang..kompos !!

Dari dulu mak memang suka tanam-tanam eh, tapi la ni baru fokus sikit, yang ni tanam-tanam kat rumah sendiri, my new project, next, akan tanam-tanam kat rumah nenek, nanti mak share keh ✌

Saturday, 14 May 2022

Review Produk :: Estee Lauder Advanced Night Repair Synchronized Multi-Recovery Complex

Panjang tajuk nyahhh 😂

Mak beli estee lauder ni bulan Disember 2021..kat laman web Estee Lauder Malaysia :

https://www.esteelauder.com.my/product/707/93438/product-catalog/gifts/sets-gifts/repair-renew/skincare-treats


Ni bukan pertama kali guna, first time guna dalam tahun 2017 rasanya. Pastu on off la..pricey satu faktor, pastu mak suka cuba skincare lain juga...but kalau benda bagus, selalu nya mak memang akan repeat k..contoh Caudalie dan Estee Lauder.

Untuk produk ni, mak selalu pakai malam sebelum tidur atau pagi nak pergi kerja (but sebab kan pakai mask, kadang sayang juga nak pakai. Botolnya kaca dan berat, so hati-hati, kalau pecah, ko memang mampu nangis di bucu katil keh..

So, ni mak amek dalam laman web Estee Lauder Malaysia (credit to Estee Lauder webpage):

Fast Visible Repair and Youth-Generating Power.

Experience the next generation of our revolutionary formula—the most comprehensive Advanced Night Repair serum ever. Patented until 2033.

Now with Chronolux™ Power Signal Technology, this deep- and fast-penetrating face serum reduces the look of multiple signs of aging caused by the environmental assaults of modern life. Skin looks smoother and less lined, younger, more radiant and even toned.

ONE DROPPER

  • Skin looks radiant and plumped with hydration—all the way through till morning.
  • 8-hour anti-oxidant power
  • 72-hour hydration (includes Hyaluronic Acid)
  • Strengthens skin barrier in just 4 hours.
  • Oil-free texture.

THREE WEEKS

  • Lines and wrinkles appear reduced
  • 88% of women said skin looked more youthful.(1)

ONE BOTTLE(2)

  • Skin feels firmer. 89% of women agreed(1).
  • Skin looks healthy, has a new bounce and vitality.

Plus, over time, pores look diminished.

Komen mak : Apa yang depa claim tu betul..sebab tu kalau mak ceraikan, selalunya kejap jer, pastu repeat balik...mahal kan..mak beli bulan Disember, bulan Mei still ada lagi sipi-sipi..dah nak habis..maksudnya for the price RM500, tahan 4-5 bulan..ha gituuu.. Kalau korang nak kulit korang lagi plump, pakai malam masa nak tidur, lagi lama tempoh keabsorbanyya..haaaa..bahasa rojak dah..Serum ni dah lama, siap dipatentkan, korang boleh google dan buat research sebelum korang beli keh..Kebanyakan MUA-MUA, akan apply serum ni atau serum LAMER pada muka client sebelum apply makeup..so maksudnya bagusla kan? Bau dia wangi tapi mild-mild, tak la kuat sangat. Selamat mencuba korang 😚



Wednesday, 4 May 2022

Selamat Hari Raya Korang !!

Tersekat di jalan raya ke ? 😂😁

Mak, alhamdulillah, semalam dah selamat sampai selayang, dari Taiping, nak switch ke Negeri Sembilan ✌ Macam explorace juga kan? masuk highway, keluar highway ikut jalan lama..thrill kan? 

Esok pagi gerak balik negeri sembilan..hari ni satu hari, mak chilled layan sakit perut, cherry berry kau...haaaaaa, ntah makan apa benda kan raya ni, masuk macam macam, confirm perut kau memulas..dok la ontok-ontok (diam-diam) kat rumah layan pi toilet 😋

First day raya kat Taiping, mak layan Amin (my first born) cherry berry dan muntah-muntah...malam, pi ronda Bagan Serai cari Dobi sebab nak basuh toto..habis kena muntah 😔 Pengalaman kan? nasib juga bawa EO Aroma Ease dan Peppermint..masa Amin loya-loya tu, dia dah tanya, ibu bawa peppermint? Amin nak muntah.. Ibu Abah ni dah jadi poket Doraemon, semua kena bawa 💪



Layan Amin muntah (sapu Aromaease EO kat dada, belakang dan tengkuk)


Ni Kotak First Aid Ibu, semua ada

Kalau travel, ni memang wajib bawa

Siapa yang ada anak kecil, memang wajib la ada kotak yang ada ubat-ubatan, macam panadol, vicks, minyak yu yee, plaster luka, losyen ruam, oximeter, thermometer, salon pas...mak beli sikit-sikit, kumpul dalam box..tak la beli sekali banyak...anak mak sorang tu asma, so memang bawa optichamber dan ubat asma untuk neb dia..Bila mak dah start guna YL EO, mak tambah 1 beg lagi 😂 so mak bawa EO yang penting macam Peppermint, Aromaease, Lemongrass (Nyamuk), Digize (sakit perut) dan Thieves..Eh diffuser pun bawak...Jadi mak-mak, gini la kan..macam doraemon, kadang barang sendiri pun lupa bawa..

Eh esok nak gerak balik Negeri Sembilan, harap perut okay..harap jalan pun okay..Selamat Hari Raya korang, Maaf Zahir Batin, chill-chill sudah, asal happy, cherish the moment 💃😚


Saturday, 23 April 2022

Review Produk :: Young Living Bloom Collagen Complete

Malam tadi mak kena anxiety attack, nafas pendek, tak boleh tidur..try deep breathing, husband suruh inhale eo peppermint, mak cakap nanti segar pulak mata tak boleh tidurrrr..😂 tu lah, once u kena anxiety, it will remain..kena control..breathing, positive thinking, istighfar, aromatheraphy, exercise (keluarkan hormon stress melalui peluh)..My orange eo dah habis..kena order.

How's Raya preparation? me? just a simple prep, no new shoes, no new tudung, untuk anak-anak je lah..dah berusia ni, tak rasa nak beria lagi kan? Jumaat lepas dapat news..something happened to someone..sebenarnya pun berdering telefon hari jumaat tu, ada beberapa ex colleagues nak sampaikan news tu, tapi tak boleh pick up, sbb ada meeting! 

Karma is reals uolls..Jangan lah buat jahat dengan orang..melalui perbuatan atau kata-kata..ko jangan kejam dengan manusia, sebab dosa kau dengan manusia tu, Allah bayar cash sebelum ko mati..haaaa, emo mak ni..manusia kalau dah mengadu dengan Allah atas perbuatan ko, siap baca yassin, sebut nama kau, thats it!!






Eh nak cerita pasal kolagen Bloom by YL..setahun akan ada beberapa bulan mak akan consume kolagen..tapi tidaklah secara konsisten 365 hari yaaa..so apa manfaat kolagen ni pada tubuh kita..selalu org kata untuk awet muda kan? banyak sebenarnya:


Collagen supplements are associated with several health benefits and very few known risks. Supplements may increase muscle mass, prevent bone loss, relieve joint pain, and improve skin health by reducing wrinkles and dryness.


Untuk bulan puasa, mak consume Bloom by YL. 1 botol Bloom Collagen by YL ni ada 10,000 mg of collagen, no added sugar, ada eo citrus dan rasa macam rasa plum..masam-masam gitu, 1 kotak ada 10 botol. Kalau korang minum kopi, make sure lepas 1-2 jam, baru consume kolagen ya.

Mak takyah cerita la apa kesan dia, ko makan ni, secara konsisten, pastu ko akan dengar orang bagitau ko nampak macam student IPTA 😆 padahal anak tiga dan tahun depan dah 40 korang 😏  Korang kalau nak order, cari YL distributor atau dengan mak pun boleh !! 

Eh, nak update berat mak..hari tu awal tahun ada buat short term goals kan, berat awal tahun 57++kg kadang boleh cecah 58kg : Goals , nak capai berat 55kg masa raya dengan otot di perut 😆 Otot di perut tu belum lagi...bahaahahaha, malasss betolll!!, tapi berat mak...tadaaaaaaa :

Yaassss 👊

Bulan pose kot kan 😁

Friday, 15 April 2022

Music of my soul


Siapa agree, music adalah part of our life? kadang-kadang kalau kita stress , nak fokus on work, nak masak, tengah down, tengah gembira / teruja, ada certain music yang kita nak / akan dengar kan? (eh, jangan la kecam kata mak tak zikir, tak baca quran eh, takkan nak share benda-benda ibadah ni kan?)

Me, dari teenagers, music give me a huge impact to my life !!

Masa belajar dulu kat UiTM Dungun, selalu pasang lagu I'm Glad (JLo) dan Falling ( Alicia Keys)-- bukan ada pakwe pun masa tu..tapi itulah peneman untuk fokus buat notes / study.

Hari tu terdengar balik lagu Button PussycatDolls, eh teringat pulak masa kerja kat Watsons (lepas grad)..sambil naik bas rapid, turun naik jejambat, berkejar nak masuk shift kau..so lagu ni samaada kat dalam bas atau kedai kasut Yebeng mesti tengah pasang 👄 

Masa susun barang kat rak watsons, layan lagu Muse..masa tu kenal Muse, eh masa tu tengah terok broken sampai tak pergi konvo..Puas mak pujuk pergi konvo, cari kerja betul-betul guna degree, 5 bulan juga terperuk kat Watsons layan perasaan..pastu baru cari kerja betul 😁 Masa broken, lagi banyak lagu yang kita semua akan dengar kan..kalau me, Ciara, Like A Boy, Hurt by Christina Aguilera, eh banyak laaa.

Then bila kerja bank, masa ni tengah healing process tu...Masa drive kerja kat CIMB Bukit Damansara, tengah hadap jem, lagu Lovestoned , by Justin Timberlake menemani mak..so itu serba sedikit on how musics affected my life.

Until now, kalau kena buat paper, atau me stress at work, memang kena dengar /sumbat headphone to stimulate my brain..baru idea akan mencurah-curah, dan laju sikit / fokus buat kerja..produktif la...💪

Eh lagu Earl, All that Glitters baru jumpa masa dok nak buat reel kat instagram..simpan sini, one of my current fav music..Layan..korang suka lagu apa?😚




Saturday, 19 March 2022

Kenapa Young Living

Semalam me attended Eo class via Zoom..isi masa lapang di malam hari..so cabaran yang team leader bagi adalah buat status whatsapp stories secara berantai untuk cerita kenapa mula-mula terjebak dengan Young Living essential oils..Instead of me doing whatsapp stories, biar la mak cerita dengan korang kenapa mak terjebak kat dalam blog mak ni keh..why? 

Mak kan introvert & me tak kan publishkan hal peribadi di whatsapp status yang mana kawan-kawan akan tau hal mak okeh..tapi kat sini, tak apa, sebab tak semua yang baca blog ni kenal mak in person kan..kecuali beberapa kawan rapat (bff) atau stalker 😋

Masa awal 2019 sampailah 2020, mak dah start kena anxiety attack punca daripada stress di tempat kerja..Tiap malam tak boleh tidur sampai kena makan panadol..Dahi mak penuh jerawat dan parut-parut hitam keh..pendek kata memang stress, sampai sakit tengkuk berhari-hari dan pendek nafas..Bila korang stress, mental korang tak akan bersatu dengan anggota badan korang okay..so, mak selalu tak sihat, dan pernah PA boss mak jumpa mak terbaring kat sofa bilik sebab demam sambil nasihat kat mak..Ya Allah puan, balik je laaaaaa...ha gitu..korang jangan la kata kerja gomen goyang kaki balik pukul 5 atau makan croissant jer...siapa cakap gitu memang sampah la mak cakap..makan tengah hari pun tak sempat 😁 Nanti korang cakap la, mak saja membongak / buat cerita / tak pandai manage stress..PSU (orang kerja gomen faham PSU tu apa) mak, warded seminggu yer sebab stress, berak berdarah 😔 Ada juga yang dah jumpa doktor psikiatri...haaaa 😞

So apa yang mak buat, mak struggle cari jalan keluar untuk tukar tempat kerja..alhamdulillah hujung tahun 2020, mak dapat tukar..but, the anxiety remains.

Kalau korang kena anxiety macam mana? Mak, kalau kena anxiety attack, nafas mak pendek, sakit tengkuk berhari-hari ya (kena makan panadol), tapak kaki panas, gelisah, kadang boleh kena diarrhea atau nak muntah dan last sekali shaking..masa bulan 5, 2021 tu, ada insiden juga, my son macam ada ketumbuhan kat tekak, dan kena operate (dah dapat tarikh operate)...so because of me yang ada anxiety, masalah kesihatan anak pada masa tu, mak pun tekad la beli Young Living..cari alternatif lain..cuba la kan mana yang boleh..mak kalau dah anak-anak tak sihat, mak memang tak kompromi, duit boleh cari kan 💪

So bermula la my oiling Journey 😚

1. Ubat tidur mak (dah tak telan panadol dah..stok panadol pun tak simpan dah)



2. Kalau nak kena anxiety attack



3. Untuk demam anak-anak


4. Ubat Nyamuk (Bila balik kampung mak bawa diffuser balik eh)



5. Protection from Covid-19 / Shield


6. Untuk sakit perut anak / cirit birit / muntah 



7. My Hormone booster



8. My hubby resdung reliever


Nanti mak sambung, nak masak lunch kejap 😁





Monday, 21 February 2022

Stand Up For Yourself And Lead Your Life | Oprah Winfrey


                                              It's okay to say No, then people don't like you 💪💪  

Sunday, 20 February 2022

Review Produk:: Ningxia Red Young Living

Mak memang distributor Young Living okay..dan pengguna tegar 😋 so hari ni mak nak review Ningxia Red by Young Living..kalau beli 2 botol, memang tahan sebulan dengan penggunaan 2 hari sekali minum okay..Cara minum, korang sukat 60 ml dan the rest korang topup air /ais..atau korang boleh campur dengan jus kegemaran / sparkling water..kalau mak, memang topup air suam dan perah limau kasturi 2 biji atau kalau habis, drop la eo lime/ lemon 2 tiga titik.

Bulan lepas mak memang saja tak order..kesan dia adalah..mak teringat-ingat air merah tu 😭😭so bulan ni mak order la balik, bukan untuk jual eh, memang untuk minum sendiri..Yang mak nampak adalah, satu boleh kurangkan rasa gian nak minum air manis (kalau mak coffee la - i'm addicted to coffee dowh, biar tak makan nasi janji kopi ada, menggigil kalau tak dapat).. Yang kedua adalah, kulit muka mak moist / lembab (ko takyah apply serum2 tu, tibeh kulit ko cam tempek losyen) Mak pun belek la kandungan Ningxia ni, eh ada kolagen ke? tak ada, tapi serius laaa, kulit mak tibeh cam moist..toink toink..Tu yang mak sedar secara fizikal la kalau mak minum ningxia..tu pun bercatu 2 hari sekali minum...Nak jimat weh..😋😋😅

Kredit dari laman web Young Living, antara kandungan dan manfaat Ningxia Red Young Living ni adalah :

Packed with powerful antioxidants and superfoods, NingXia Red features wolfberry, plum, aronia, cherry, blueberry, and pomegranate juices and extracts to start your day off right. It also contains a blend of premium essential oils, including Orange, Yuzu, Lemon, and Tangerine. These ingredients combine to help prevent oxidative stress, support normal cellular function, and promote healthy energy levels.*

  • Helps prevent oxidative stress*

  • Provides a nutritive infusion for whole-body support*

  • Contains a synergistic blend of Orange, Tangerine, Lemon, and Yuzu premium essential oils*

  • Provides energy support without caffeine*

  • Supports whole-body health and wellness*

  • Contains powerful ingredients that are involved in many antioxidant processes*

  • Supports normal eye health*

  • Supports healthy digestion



So korang dah Ningxia Red belum? Nak try boleh roger mak keh 👉 Jom support mak : tanai.official

Happy Weekend korang 👄

Friday, 18 February 2022

Saturday Mumbling

Tahun 2022 yang mencabar kan?

Masa awal tahun hari tu, cakap dengan diri sendiri, tahun ni nak tema Live Life To The Fullest!! whatever bullshit comes in, pergi campak jauh-jauh 👀

But, awal-awal tahun, macam mendung sikit, ada beberapa insiden yang tarik energy keluar..Planner malas nak tulis, plan semua ke laut...dengan pengurusan Covid-19 yang tak tentu hala, kejap hantar anak sekolah, kejap tak sekolah, anak tak sihat, kena BDR sebab kontak rapat, buatkan fokus tu lari kejap.

Planner belum fully utilize ::thanks bff for this planner::my fav oil Valor 💋

Tarik nafas dalam-dalam, i'm trying to practice positive affirmation every morning..trying to get into my track back..yup, Life is hard sometimes, but apa-apa kita jalan terus 😂 Positives vibes, please come to mama!!

Cerita pasal goals ni, tahun lepas mak memang tulis goals, dan yang bestnya goals yang tak tercapai dek akal, dan magicnya Allah bagi lebih..alhamdulillah, so why berkeluh kesah disaat diuji, padahal Allah bagi je apa yang kau nak..so me nak share one of my short term goals:

Nak dapat berat 55kg 😋 before raya dengan otot di perut ( mak punya idola kan Jlo, eh tiber) - Dah lepas 35 tahun walaupun tak makan banyak, berat suka hati nau naik...haa, tang perut keh..ntah apaaaa 😁 Cakap dengan husband, naik ofis nak panjat tangga, tak nak naik lif, ofis kat tingkat 5..husband macam, ehhhhhhh 💨

So lets exercise every day, get the positive vibes again..abaikan negativity dan toxic people around you!! Pasni mak share produk review again okay. .update blog selalu .mak nak keep in track balik 💪🙌

                                                                 Mood Hari Minggu Mak 😊

Sunday, 30 January 2022

Selamat Tahun Baru 2022

 How's life?

Selamat Tahun Baru 2022 semua ❤

Moga semua baik-baik sahaja,

Past 4 month yang sibuk sikit dan sebenarnya kepenatan bila balik kerja, bukan banyak kerja..tapi faktor usia la tu 😋

Tahun depan nak 40 💃💃

So macam mana bulan Januari 2022 korang?

Ada yang awal-awal tahun dah dilanda ujian,

Ada yang sedang diulit kebahagian,

Ada yang kehilangan,

Ada yang sedang menanti, penuh pengharapan,

Whatever it is, kita jalan terus ok ??

Do what it is need to be done..selebihnya serah pada Dia ✌