Monday, 23 November 2020

Kisah Kau dan Aku


Lucu melihat perangai manusia
Yang kawan jadi lawan
tikam belakang itu biasa
dan bermuka-muka
semata-mata untuk memenangi hati sang Ketua
lupa ada Yang Maha Esa


Lucu juga tengok perangai manusia
yang konon mangsa itu sebenarnya pemangsa
Tak pernah cukup lihat sesama manusia hidup bahagia
Lalu dituduh, diperli dan diejek di media sosial segala
Konon melepas segala harta pusaka
Lupa si pemberi rezeki, hak dan harta di dunia ini juga dari yang Maha Esa
Bukan dari sang suami yang lupa segala
kerana tergilakan si indon durjana!!


Di mana ketenangan kamu wahai manusia?
Dengan berkata-kata begini mampu memuaskan hati siapa?
Madahmu hari-hari di media sosial, berkata hal-hal agama?
Tapi masih menyakiti hati sesama manusia?
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?

 

Sunday, 15 November 2020

Review Produk :: Wardah BB Everyday Beauty Balm Cream SPF 30

Korang nak cari BB Cream yang murah? tapi nak juga ada SPF? Korang boleh cuba produk Wardah BB Everyday Beauty Balm Cream SPF 30..ada di jual di mana-mana drugstore..Mak beli ni dekat Guardian, dan secara online..PKPB ni, so memang tak keluar pi mana-mana kecuali terpaksa..so order online sahaja ok..Yang mak perasan, Guardian ni, kalau beli online, punya la banyak depa bagi tester ok..banyak pulak tester atau sample dari barang yang kau beli...huhuuu, dan postage for free...oohh, bukan beli BB Cream ni jer yaa, mak beli barang-barang keperluan lain juga macam Kotex, vitamin c budak-budak, berus gigi dan sebagainya, lupa nak buat unboxing ye dak?? Next time ok, pembelian seterusnya nanti mak buat unboxing and tunjuk tester and sample yang Guardian bagi..kalau beli kat kedai, macam xde pulak dapat sample dan tester kan?


Ok balik kepada tajuk, bb cream mak dah habis..so lama juga tak pakai rasa togel je la muka tu kan...so saja survey kat guardian, cari bb cream yang harga berpatutan..so try la beli jenama dari Indonesia iaitu Wardah..Mak pernah try bedak compact jenama ni, tapi tak dan nak guna, jatuh dan berkecai menjadi debu (Bulat Aydan punya kerja ya)..so now beli bb cream harganya hanya RM18.00..ada SPF 30..murah kan?? So ini lah rupanya :


Kotak dia cantik kan?

Mak pilih kod neutral


Tak payah banyak, ni pun dah cukup untuk satu muka

ada water break technology dan oil control

 

Bila apply kat muka, tak perlu pakai banyak, sikit je dah cukup, dan yang bestnya kulit rasa lembab..tak bercapuk dan kena dgn ton muka..BB Cream ni ok sangat dan harga pun murah dan berpatutan..Korang cubalahh!!

Saturday, 14 November 2020

Review Produk :: Candlenuts by Nadia

Dah lama dah survey candle-candle yang wangi ni,tengok kat shoppee la, instagram laa..sambil-sambil tu dok tengok juga la Candlenutsbynadia ni..local seller, produk tempatan kan...why not cuba...kebetulan masa beli, tengah ada offer halloween pack ni..so mak pun try la beli..mak beli sampler combo pack RM 39.90 + Halloween pack RM49.90..

Disebabkan PKPB, so lambat sikit la parcel ni sampai dalam 10 hari la tunggu.. Ini la rupanya :



Wrapnya cantik



Comel dan cute kan? tak bakar lagi pun wangi



Ni sampler box


Sampler box pun comel dan wangi


Meh try bakar satu


dah melt dah, siap ada glitter dan of course wangi gila


Candlenuts ni korang wajib cuba ok..wangi satu rumah, cuma lilin tu korang jangan lupa padam pulak bila habis guna atau sebelum tidur malam yaaaa. Jom korang, support local, buy local!!