Saturday, 19 December 2020

Abang Amin Sunat Dah

Amin dah 8 tahun, tahun depan dah 9 tahun, nak masuk darjah 3..sekolah pun tak pasti buka bila kan time2 covid ni, bulan januari 2021, tentatif nya tengah bulan januari, tapi dalam keadaan sekarang tak pasti buka atau pun tak..so ambil kesempatan kat sini untuk sunat kan Amin 😁 

Mula-mula hajat di hati untuk sunat bulan November, tapi penuh kau...haaaa, rupa nya ramai anak bujang nak bersunat..dapat la tarikh hari ni 19 Disember 2020..Appointment nya pukul 12 pm, tapi pukul 2.30pm baru sampai turn..jenuh menunggu, sunat nya kejap jaaa..huhuuu πŸ˜‚


Tunggu turn

Ooooo mmmmm geeeeeee


SmileeeπŸ’¦

Kos bayaran untuk sunat RM200 di Klinik Siti, termasuk ubat-ubatan..sunat via laser ya, cuma ada jahit sikit (part tu yang sakit)..ubat termasuk ubat tahan sakit, surut bengkak dan krim sapu...

Masa mula-mula balik rumah, mengaduh nak nangis juga Amin, lepas makan ubat tahan sakit, ok dah, hilang sakit tu, tapi idok la dia berlari melompat..baring je la...Amin bagitahu: Ibu, ubat tu magic la, terus hilang rasa sakit...hmmm, ye laaaa 😏😁

Dah bujang dah anak ibu 😊

Monday, 23 November 2020

Kisah Kau dan Aku


Lucu melihat perangai manusia
Yang kawan jadi lawan
tikam belakang itu biasa
dan bermuka-muka
semata-mata untuk memenangi hati sang Ketua
lupa ada Yang Maha Esa


Lucu juga tengok perangai manusia
yang konon mangsa itu sebenarnya pemangsa
Tak pernah cukup lihat sesama manusia hidup bahagia
Lalu dituduh, diperli dan diejek di media sosial segala
Konon melepas segala harta pusaka
Lupa si pemberi rezeki, hak dan harta di dunia ini juga dari yang Maha Esa
Bukan dari sang suami yang lupa segala
kerana tergilakan si indon durjana!!


Di mana ketenangan kamu wahai manusia?
Dengan berkata-kata begini mampu memuaskan hati siapa?
Madahmu hari-hari di media sosial, berkata hal-hal agama?
Tapi masih menyakiti hati sesama manusia?
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?

 

Sunday, 15 November 2020

Review Produk :: Wardah BB Everyday Beauty Balm Cream SPF 30

Korang nak cari BB Cream yang murah? tapi nak juga ada SPF? Korang boleh cuba produk Wardah BB Everyday Beauty Balm Cream SPF 30..ada di jual di mana-mana drugstore..Mak beli ni dekat Guardian, dan secara online..PKPB ni, so memang tak keluar pi mana-mana kecuali terpaksa..so order online sahaja ok..Yang mak perasan, Guardian ni, kalau beli online, punya la banyak depa bagi tester ok..banyak pulak tester atau sample dari barang yang kau beli...huhuuu, dan postage for free...oohh, bukan beli BB Cream ni jer yaa, mak beli barang-barang keperluan lain juga macam Kotex, vitamin c budak-budak, berus gigi dan sebagainya, lupa nak buat unboxing ye dak?? Next time ok, pembelian seterusnya nanti mak buat unboxing and tunjuk tester and sample yang Guardian bagi..kalau beli kat kedai, macam xde pulak dapat sample dan tester kan?


Ok balik kepada tajuk, bb cream mak dah habis..so lama juga tak pakai rasa togel je la muka tu kan...so saja survey kat guardian, cari bb cream yang harga berpatutan..so try la beli jenama dari Indonesia iaitu Wardah..Mak pernah try bedak compact jenama ni, tapi tak dan nak guna, jatuh dan berkecai menjadi debu (Bulat Aydan punya kerja ya)..so now beli bb cream harganya hanya RM18.00..ada SPF 30..murah kan?? So ini lah rupanya :


Kotak dia cantik kan?

Mak pilih kod neutral


Tak payah banyak, ni pun dah cukup untuk satu muka

ada water break technology dan oil control

 

Bila apply kat muka, tak perlu pakai banyak, sikit je dah cukup, dan yang bestnya kulit rasa lembab..tak bercapuk dan kena dgn ton muka..BB Cream ni ok sangat dan harga pun murah dan berpatutan..Korang cubalahh!!

Saturday, 14 November 2020

Review Produk :: Candlenuts by Nadia

Dah lama dah survey candle-candle yang wangi ni,tengok kat shoppee la, instagram laa..sambil-sambil tu dok tengok juga la Candlenutsbynadia ni..local seller, produk tempatan kan...why not cuba...kebetulan masa beli, tengah ada offer halloween pack ni..so mak pun try la beli..mak beli sampler combo pack RM 39.90 + Halloween pack RM49.90..

Disebabkan PKPB, so lambat sikit la parcel ni sampai dalam 10 hari la tunggu.. Ini la rupanya :



Wrapnya cantik



Comel dan cute kan? tak bakar lagi pun wangi



Ni sampler box


Sampler box pun comel dan wangi


Meh try bakar satu


dah melt dah, siap ada glitter dan of course wangi gila


Candlenuts ni korang wajib cuba ok..wangi satu rumah, cuma lilin tu korang jangan lupa padam pulak bila habis guna atau sebelum tidur malam yaaaa. Jom korang, support local, buy local!!


Thursday, 20 August 2020

Review Produk :: Caudalie Vinoperfect

Jenama Caudalie is one of my favourite skincare product selain Estee Lauder (kalau yang brand antarabangsa). Dulu pernah try cleanser foam dia dan mask..so kali ni mak try beli set lain pula.. Macam biasa, mak memang akan buat research dahulu sebelum invest in buying skincare..

Disebabkan di dahi mak ada bekas-bekas jerawat (dark spot ya), so mak decide untuk cuba Caudalie Vinoperfect range..Mak beli value set plus Toner dan Clenser Foam saiz besar..beli di instagram bynoraaziz..so untuk set+ toner dan cleanser foam jumlah adalah RM 375:


Set Vinoperfect


Untuk rejim yang pertama adalah  Caudalie Instant Foaming Cleanser :




Tak perlu banyak, satu pump pun dah cukup..cleanser ni ringan dan korang takkan rasa tegang atau terik lepas cuci..

Next step adalah Toner :


Toner ni tekstur dia macam air biasa..korang akan rasa kulit korang lembab lepas apply toner ni. Mak akan apply guna cotton pad..

Next step adalah Vinoperfect Essence :



Selalunya mak dap dap essence ni kat muka..tak guna kapas..ni pun tekstur dia macam air..tapi bila korang dap dap, akan rasa melekit-lekit sikit dan hilang lekitan tu...

Next step adalah Vinoperfect Serum :



Ni pun tekstur dia cair..tak perlu banyak, dalam 2 drops

Akhir sekali Vinoperfect Cream :





Tekstur pekat sikit..tak payah pakai banyak..sikit pun dah memadai..

Lebih kurang sebulan lepas pakai, kesan yang ketara adalah parut hitam jerawat mak di dahi hilang...GONE...sjeragat kat pipi (maklumlah, dah 30++ kan) tak hilang dan belum pudar lagi..skincare ni dia tak ada bau yang wangi ya..macam bau-bau batang pokok..korang kena konsisten dan rajin pakai, memang akan nampak kesan...kulit mak pun lebih sekata dan radiance gitu..Kalau korang tanya, akan ulang beli tak lepas ni, Yes definitely, cleanser, essense dan serum dia memang the bomb..Lepas ni nak beli mask dia..Dari segi harga memang mahal sikit, tapi boleh kumpul duit sikit-sikit kan..but tahan lama..semoga bermanfaat korang 😘





Friday, 7 August 2020

Review Produk :: NH Colla-Plus

Siapa sini suka makan kolagen? Kita orang perempuan tambah yang dah umur cecah 30 an kan..confirm akan try makan kolagen 😜

Mak minggu ni order NH Colla-Plus dari Shoppee..Tahun lepas pernah juga beli dekat guardian, dalam RM78.00 , 1 kotak ada 20 botol..Kat shoppee, harga dalam RM69.90 sekotak..murah sikit la kan..


Botol Kaca, 5000mg for 1 bottle



Ada kesan ke makan kolagen ni? Tahun lepas masa mak minum untuk 1 kotak ni, ada nampak beza ok..kulit lagi moist, lembab la kan, pastu macam cerah-cerah gitu..tidur malam memang lena, sebab tu mak akan consume sebelum tidur.

Kebaikan kolagen ni bukan hanya untuk kulit tau..tapi untuk pertumbuhan rambut yang lebih sihat. Info NH Colla Plus ni mak ambil dari laman web, korang boleh baca.

So far mak repeat balik pembelian, sbb mmg nampak kesan-kesan macam yang disenaraikan tu..Rasa anggur, x la rasa coca cola pulak..untuk 1 kotak tu mak share ngan laki mak, bukan mak je nak sihat..kongsi la ngan laki cek sama πŸ‘«


NH Colla Plus is the instant concentrated marine collagen beauty drink. It helps nourishing skin from within to promote smoother, firmer and suppler skin.

7 Beauty Effects of NH Colla Plus

  1. Strengthens and supports the skin’s structure to improve skin tone and elasticity.
  2. Enhances the moisture-holding capacity of skin cells.
  3. Nourishes skin to prevent ageing and smoothens fine line and wrinkles.
  4. Whitens skin and brightens a dull complexion.
  5. Promotes tissue regeneration to heal injured skin and scars.
  6. Accelerates metabolism to rejuvenate the skin.
  7. Revitalizes hair and nails with a complete range of amino acids.

πŸ‘„Ni macam mana nak consume NH Colla Plus:

• Day 1 to 6: Consume one bottle daily on an empty stomach or before bedtime.
• Day 7 and onwards: Consume one bottle every alternate day.
• After 3 months: Consume one bottle every three days.

Korang ada try consume kolagen tak? Meh la share kat sini πŸ’‹


Monday, 15 June 2020

Review Product :: The Ordinary Rose Hip Seed Oil


Dah lama juga The Ordinary ni dalam checklist skin care yang nak beli..Tapi teragak-agak, so the first product yang mak beli adalah Rose Hip Seed Oil. Yang ini beli kat Lazada harga dalam RM58.00. So kat bawah ni adalah antara description untuk Rosehip Seed Oil:


This formulation uses 100% pure Rosehip Seed Oil that is both cold-pressed and organic. Rosehip Seed Oil is rich in linoleic acid, linolenic acid and pro-vitamin A, all of which degrade when the oil extraction process involves heat. While cold-pressed extraction is complex, it preserves all of the quality of this important oil which has been shown to reduce signs of photo-aging and many other skin conditions.

Notes: Supplied in UV-protective packaging.

Our Rose Hip Seed Oil is completely unrefined and imparts a natural scent partly due to its high omega fatty acid content. This scent is not an indication of rancidity. Rose Hip Seed Oil that does not have a scent is refined and offers reduced benefits.

Directions

Apply once a day to the face, ideally at bedtime after application of water-based treatments. If irritation occurs, cease use and consult a physician. Use only as directed on unbroken skin. Patch testing prior to use is advised. Refer to our in-depth guide to patch testing. Keep out of reach of children.

Ingredients

Rosa Canina Seed Oil.
Our formulations are updated from time to time as part of our commitment to innovation. As such, the ingredient list shown here may vary from the box of the product depending on time and region of purchase.






Tekstur dia macam minyak masak kome


Mula-mula masa buka packaging Rose Hip Oil ni, first tengok macam minyak masak..lepas tu tak ada bau..kot ingat la bau rose kan?? Tak yer..tak de bau langsung..totally none..so macam pelik juga la kan..Mak try pakai waktu nak tidur atau awal pagi sebelum pergi kerja, sebelum pakai sunscreen..

Kalau pakai rose hip oil ni..dah namanya pun minyak kan..tak perlu banyak..lepas apply kejap je rasa minyak-minyak tu , lepas tu hilang..tapi korang akan rasa kulit korang lembut la lepas tu..moist gitu..kesan dia tak ketara sangat..bukan nya kejap2 dah nampak effect..korang akan nampak tangan korang yang sapu rose hip oil pun moist juga. 

Ni antara kebaikan Rosehip Oil yang mak sempat google :

Rosehip oil is rich in essential fatty acids and antioxidants, which are integral for tissue and cell regeneration in the skin. ... One 2015 study on rosehip powder showed a significant reduction in the appearance of fine lines around the eyes, also known as crow's feet, after eight weeks of treatment.

Not only do the fatty acids and Vitamin A in rosehip oil moisturize the skin, but they also promote skin regeneration, and can improve skin flexibility and permeability. This means that rosehip oil products can improve skin texture and even reduce the appearance of acne scars or stretch marks.

So far lepas pakai xde la effect pelik-pelik..cuma mak perasan yang jerawat mak yang selalu rajin singgah kat dahi, macam segan nak tumbuh..kulit moist tapi tak berminyak. recommended untuk beli lagi..cuma takde bau ok!!



Wednesday, 29 April 2020

Review Product :: Trio Breadmaker

Siapa beli breadmaker time PKP ni angkat tangan?? Yeay sep sikit..

Alkisahnya Tesco Breadmaker yang dah berkhidmat selama 4 tahun rosak..mogok weh time PKP ni selang 3 hari buat roti...roti kan susah nak dapat...masa beli dulu tahun 2016, harga Tesco Breadmaker dalam RM170 ++ je...tak sampai RM200.

Ingatkan bertahan la sampai habis PKP rupanya nan ado..Sebabkan PKP ni, cari juga la Breadmaker..Try usha Tesco Breadmaker kat Lazada..out of stock ok..harga takde diskaun..RM200++..Sebabkan out of stock, tengok kat lazada yang ada Trio Breadmaker harga 179.00..tapi nampak macam kecik sikit..

Sebabkan stok roti dah habis, so klik-klik tanpa banyak songeh, beli jer..malas nak fikir kan..

Dalam berapa 3 hari sampai by GDEX, laju juga la kan..so the unboxing Trio Breadmaker ada kat bawah ni ya..Honestly for me, prefer Tesco Breadmaker lagi bagus dari segi kapasiti dan kemantapan fizikal..huhuuu..but, takpe laa..sebat je apa yang ada kan..still boleh buat roti juga..



Beza saiz loyang Trio dan Tesco BM

Loyang Trio siap boleh masuk dalam loyang Tesco

Sebabkan Tesco BM sold out, so tak ada pilihan..beli je la kan









Moga bermanfaat =)




Saturday, 25 April 2020

Review Product :: Sendayu Tinggi Matte BB Cushion

Mak beli Matte BB Cushion Sendayu Tinggi ni bulan Disember 2019 masa ST buat sale..


masa tu kan sale gila gila kan..so grab je la mana yang dah usha usha

so this is Matte BB Cushion by ST

Masa beli ni, i had low expectation, beli sebab murah and ST claim that it has SPF 50 ++..kalau tak silap macam tak banyak range warna, 3 range sahaja, so sebab sedar diri kulit tu gelap dan tak berapa nak cerah, so mak beli range yang paling gelap lah..Kod 03, Daffodil..

Kalau time sekarang, kat laman web ST, harga adalah RM 52.00..masa sale hari tu macam half price kan? tak ingat pulak..Ok..bila buka packaging BB cushion ni, sponge dia dibungkus dalam paket aluminium tu..so nampak macam exclusive la kan..Memandangkan cc cream mak memang dah hujung nyawa, so masa sebelum PKP tu sempat la pakai BB Cushion ni..supsrisingly match dengan kulit mak yang tak berapa nak cerah ni kan..Lulus lah..

Dan yang best nya adalah, korang takkan rasa korang pakai bedak..tak tebal dan ringan..sebab mak pernah beli Maybelline BB Cushion, tapi rasa tebal dia dan macam cakey..so sebab tu mak kata surprised, surprised..


Macam ni rupa kat dalam dia..sponge dah comot ya..sbb mak dah guna

This is Daffodil
adakah me akan repeat beli BB Cushion ni..absolutely Yes..tapi tunggu sale..hahaha =)

Monday, 13 April 2020

Review Product :: Beauty Water Son & Park

Dah lama tak review product kan..? Mak beli Son & Park Beauty Water ni kat Lazada.. Bought for 60 ml first sebab nak try dulu..Kalau ikut botol dalam gambar tu dah lebih separuh dah pakai..Botol dia simple kan? Tak complicated..Bau dia ok...tak menusuk la senang cerita..cuma dia macam foamy, tapi kalau sapu kat muka, tak la melekit..dan tak pedih..korang akan rasa macam bersih muka korang, dan macam cerah lepas pakai...huhu..ala-ala artis korea la kan..One of the toner yang mak approved..








Daki semua tanggal ok..rasa bersih, tapi tak pedih


Looking to buy for a bigger bottle soon.

Saturday, 11 April 2020

PKP 2020 :: Korang Buat Apa Jer Kat Rumah??


Hari ni dah masuk Day 25 PKP, haaaa korang buat apa je ke rumah? Dah hari ke 25 baru la mak nak update blog ni kan...busy ker kat rumah?? Idok la busy...menikmati hari-hari terluang di rumah...ada orang mungkin rasa tak best duduk rumah...ada orang, boleh enjoy..ikut masing-masing kan?

Just want to put these activities inside my blog so that one day, masa dah pencen ke kalau panjang umur boleh kenang-kenang saat PKP 2020 ni bersama family.


1. MASAK, MAKING BREAD, PIZZA



Baking pizza with kids


Soufle

Buat roti memang wajib kan


Dah bosan buat bun bulat kita buat roti macam-macam bentuk pulak

Buat Popcorn
So far dah day 25 PKP, masih belum lagi order Grab Food atau makanan luar...semua kami masak sendiri..Alhamdulillah



2. MENJANA EKONOMI NEGARA

Bila anak-anak dah tidur, maka bermula aktiviti menjana ekonomi negara dengan klik-klik sahaja. Lazada, Shoppee.. you name it..shopping online memang perkara wajib bila PKP ni kan? yer lah nak keluar tak boleh, ketua keluarga je boleh keluar, so kita yang perempuan ni apa lagi...kalau tak beli, window shopping kan (salah satu terapi untuk orang perempuan) But, you have to expect some delays ya...Jangan la korang marah abam-abam delivery pulak..


Ni barang dari DIY


Lazada


Bila kita shopping secara online secara tidak langsung menjana ekonomi setempat..tambah pulak kalau korang beli dari peniaga-peniaga kecil (SME) dan tempatan..so pusingan demand and supply tu akan berterusan.


Beli Groceries dan barang keperluan diri

Beli siap-siap refill shower gel

Watsons asyik sold out, kita beli kat Guardian, tapi lambat la sampai time PKP ni
Impressive kan kotak guardian

Kang ada pulak yang tanya beli kat mana : LAZADA
Kang ada pulak yang tanya berapa harga : RM10





3. READING BOOKS WITH KIDS

Sebabkan tak pergi sekolah, maka sesi membaca buku diwajibkan la kan...Mek Medina dah 6 tahun, membaca still tak confident...bukan tak boleh, tapi tak confident..tapi masa Amin 6 tahun pun macam tu juga..dah masuk darjah 1 baru lancar..Kalau math, Medina ok..boleh buat basic math...






4. TANAM SAYUR

Salah satu aktiviti yang boleh dibuat masa PKP kan? Kalau tak ada kawasan (tanah) boleh bercucuk tanam guna hidroponik...Beli online jer =) Mak order pada 31 Mac 2020, sampai 10 April 2020..Lambat la sampai kann








Ni, mak beli kat Kazz Hidroponik...Memang biasa beli kat Kazz Hidroponik..mungkin mahal sikit, tapi confirm hidup..kalau uolls nak try boleh tengok kat bawah ni:

 https://www.facebook.com/Kazzhidroponikhq/

Untuk kangkung, mak tanam dalam baldi je, guna penapis..nanti kalau dah tumbuh sayur mak update ya..

Korang semua buat apa je time PKP ni??