Tuesday, 30 April 2024

Persiapan Umrah :: Part 2

Dah ready nak pergi umrah, korang kena ready barang-barang nak ke sana, macam perkara-perkara asas, kain ihram (lelaki), attire yang sesuai untuk perempuan..korang boleh beli online mahupun beli secara fizikal..





selain pakaian, sister sediakan juga ubat-ubatan (ubat di Madinah atau Makkah harga cekik darah 👀), so bawa la siap-siap..dan sister juga bawa 1 beg khas untuk makanan jua (maggi, minuman 3 in 1) mana la tau teringin nak makan makanan Malaysia kannn 😏


Ubat cirit birit


Ubat-Ubatan

Lozenges 

Essential Oils pun bawak jugak, ni untuk bawa masuk dalam flight okay

Untuk packing dan toiletries, sister beli travel organizer dan sister buat label siap siap guna niimbot label printer::

Travel Organizer

Labelling toiletries


Korang jangan lupa download application Nusuk dan apply untuk masuk di Rawdah ya..sebaiknya book tarikh sebelum pergi, tapi untuk yang pergi under agensi selalunya agensi juga akan mohon under muassasah.


cuma apps ni kalau phone Iphone tak support ok, kena guna android biasa 😔


Lepas semua dah selesai, jangan lupa tukar duit saudi..korang cari la tempat yang boleh bagi rate terbaik..eh, tawar-tawar je 😝 moga bermanfaat untuk korang yang bakal ke sana 😘












Persiapan Umrah :: Part 1

Tarikh draf blog 12 Februari 2024 :

 Untuk persiapan umrah Part 1 :

Sister share persiapan sister sebelum berangkat ke tanah suci..Keinginan untuk ke tanah suci bersama keluarga, sejak 2 tahun lepas..sister dah mula pasang niat dan berdoa pada-Nya, mohon dijemput untuk menunaikan umrah..tapi doa sister spesifically pada usia 40 tahun, dan pada tahun lepas (2023), pada mulanya sister niat pada bulan Disember 2023, tapi belum sampai masa..(macam-macam pulak masa tu, jumi mati, ada anak kucing baru lahir, eh macam-macam lah)

Januari 2024, dah mula survey pakej umrah, masa tu dah membuak nak pergi, dan terus tekad buat passport, dan hari yang sama terus ke travel agensi untuk bayar deposit umrah (seorang RM300, bayaran penuh 45 hari sebelum tarikh terbang)..terus tempah pakej lepas raya..walaupun ada pakej yg lagi rendah harganya, tapi keinginan dan visi (bayangan) tahun lepas adalah untuk naik saudi airlines..so saudi airlines kitaaa..masa tu cakap ngan laki, eh susah nak pi, nanti kalau naik airlines lain, bila balik teringat dan menyesal.


Untuk yang tanya buat passport kat mana, sister buat di Imigresen KLIA, dalam 3 jam, passport siappp..Bayaran adalah RM200 untuk dewasa dan RM100 untuk kanak-kanak, tempoh 5 tahun..untuk kanak-kanak kena bawa sijil kelahiran, jangan lupa bawa copy dan original, dewasa bawa ic (copy dan original). Yang pakai tudung, make sure pakai tudung warna hitam atau gelap, kalau tak korang kena pakai tudung lainnn (yang disediakan imigresen)

Jam 8 sampai pun, no giliran dah 82 😅
                                                  


Siap untuk passport, kena sediakan dokumen untuk tujuan permohonan visa. Dokumen yang diperlukan adalah :

1. Buku suntikan meningitis

2. 4 keping gambar visa umrah

3. Dokumen mahram

4. Daftar di Saudi Visa Bio (ni kena download di apps ya)

Lepas dah buat bayaran penuh, korang boleh la pergi kursus umrah..biasanya travel agency yang korang pilih tu akan sediakan kursus secara percuma.

Hadir kursus sebelum puasa

Salah satu syarat nak mohon visa, korang kena suntik  vaksin umrah, korang boleh pergi ke mana-mana klinik berhampiran, biasanya ada, cuma kena call dulu untuk tanya samaada klinik tersebut ada stok ke tidak..range harga dalam RM180-RM200 satu dos..lepas suntik, klinik akan bagi korang buku suntikan vaksin. 

Suntik vaksin awal mac

Luggage dari Andalusia

Goodies dari Andalusia :: Kurma & Sejadah



Sambung Part 2 👆

Wednesday, 10 January 2024

Review Produk :: Numbuzin Toner Super Glowing Essence No 3

Baikkk..siapa pakai produk skincare Korea...angkat tangan 🙋

Dalam banyak-banyak skincare product, skincare korea adalah skincare yang sangat jarang sis cuba..sebabkan skincare korea ni hype, so sistur pun try la survey to give a try.

Kali ni sistur try Numbuzin Toner Super Glowing Essence No 3..Toner ini dikatakan mempunyai 50 jenis fermented ingredients yang akan menjadikan kulit lebih cerah, glow dan elastik..Situr beli di shoppee dan harga pada masa sistur beli adalah RM61.02.



Sistur dah pakai beberapa bulan ya..untuk review, toner ni dari segi bau, mild bau ala ala teh bunga, for me ok, bau yang menyenangkan, teksturnya sedikit tebal, selalu toner tekstur macam air, tapi untuk numbuzin ni tonernya pekat dan tebal..sebab tu sistur tak pakai kapas bila apply, just dap dap guna tangan sahaja.

Untuk kesan, to be honest, setelah beberapa bulan pakai, kesannya tidak lah wow ya..atau maybe perlu lebih lama lagi kot ya??cuma setelah pakai boleh rasa skin kita elastik 👍, dan moisture 👍..kalau glow dan lebih cerah itu, masih belum nampaklahhh..irritation pada skin tiada..sistur akan cuba habis kan dan nanti akan bagi review semula ya 👌