Thursday, 3 December 2015

SAFIYYA PROJECT

Salam Jumaat kawan-kawan,

Just nak share..i'have a great passion on doing business...Dah lama impian berbisnes, cuma selalunya berangan-angan dan merancang...buat nya tidak..hihii...Kenapa nak berbisnes? Gaji tak cukup ke?

Cukup, insyaallah...mungkin doing business is my passion,,macam orang-orang lain..setiap orang ada passion masing-masing kan..

Tanpa membuang masa, introducing:

My Label
Dekat instagram baru setahun (ala baru ada 270 followers...hihii..malu tutup muka), dekat facebook baru 2 bulan Page Safiyya Project diwujudkan..Sekarang ni project jual kain cotton dulu..ada modal nti baru buat projek lain...Kawan-kawan yang sudi, meh la follow kita di instagram dan like di FB yeh..Doakan kita berjaya =)

Wednesday, 2 December 2015

Pengurusan Kewangan Keluarga

Salam bloggers...

Topik pengurusan kewangan selalu dibincangkan dan menjadi salah satu topik feveret dikalangan bloggers2 sekelian..

For me, pengurusan kewangan sangat penting demi kemaslahatan dan kesinambungan hidup (ayat skema)..sebabnya tak kira sama ada gaji kecil atau besar..kalau pengurusan kewangan seseorang itu hancur...memang seseorang itu akan sengkek pada hari hari mendatang malah mungkin akan menyebabkan keberhutangan yang serius kepada individu tersebut...

Kite tak ada la terer sangat bab2 pengurusan kewangan ni...but this is what i do:

1. Potongan Gaji Untuk Tabung Haji 

 Setiap bulan kite buat potongan gaji untuk:

  •  myself (RM100) and 2 kiddos : RM 50 (Amin) + RM 50 (Mek Medina) = RM 200/ bulan 
  • Total : myself  =  RM 1,200 setahun    
       Amin = RM 600 setahun + duit raya + duit nenek & atuk bagi = RM 1,000.00/ setahun
       Medina = RM 600 setahun + duit raya + duit nenek & atuk bagi = RM 1,000.00/setahun

Nota: Terus buka akaun anak setiap kali lepas beranak ye kawan-kawan...the early you start the savings, the greater amount of savings for your kids.

2. Potongan Gaji untuk ASB

Setiap bulan juga kite buat potongan gaji untuk ASB sebanyak RM 250.00
         
  • RM 250.00 x 12 = RM 3000.00 (setahun)
Nota: Simpan buku ASB di tempat yang susah untuk dicari (untuk mengelakkan dari pengeluaran duit ASB pada setiap bulan...hihiii)

3. Penggunaan Kad Kredit

Setiap keluarga rasa nya perlu ada kad kredit...paling kurang 1. Tapi bukan untuk ambil cash money (big No No). Bukan untuk shopping online (boleh, sekali sekala, dah habis bayar baru guna balik) 

Kite gunakan kad kredit untuk emergency...untuk isi minyak bila takde mesin ATM...jangan jadikan habit untuk gunakan kad kredit bagi mengisi minyak (tapi tak top up atau bayar)

Spend the Card Credit Wisely ladies...boleh guna..tp dah swipe, pastikan bayar habis dulu, baru gunakan untuk swipe yang seterusnya.

4. Bayar Bil Utiliti & Hutang-Hutang Wajib Setiap Kali Gaji

Jangan tangguh..Pada hari gaji, terus bayar bil utiliti dan hutang-hutang wajib sedia ada:

1. TNB
2. Bil Air
3. Astro
4. TMNET
5. Personal Loan
6. PTPTN ( kamon....dah pinjam, bayar jer la balik...apa yang liat dan susah sangat kan)
7. Sebagainya..

Jangan jadikan hutang-hutang diatas tertunggak walaupun sebulan..kerana ianya akan membebankan bulan-bulan anda yang akan datang!!

5. Keperluan vs Kehendak 


Kenalpasti keperluan dan kehendak untuk keluarga anda:

1. Pampers anak-anak = Keperluan
2. Susu anak-anak = Keperluan
3. Duit Babysitter = Keperluan
4. Groceries = Keperluan
5. Baju baru = Kehendak
6. Kasut baru = Kehendak
7. Beg baru = Kehendak
8. Telefon baru = Kehendak (kalau yang lama tak rosak)
9. Sport Rim Kereta = Kehendak (kalau takde duit boleh gadai ke?)

Utamakan keperluan berbanding kehendak yer kawan-kawan...lepas keperluan dipenuhi, ada duit lebih baru penuhi yang kehendak...bukan penuhi kehendak dahulu..lepas tu keperluan dah tak cukup duit dan sebagainya.

6. Jangan Berhutang

Elakkan berhutang...Pinjam dari keluarga, pinjam bank,swipe kad kredit, pinjam ah long!!!
Belanja apa yang sekadar kita ada dan mampu..bukan guna slogan biar papa asal bergaya (lepas tu menyusahkan orang keliling)

Bertanggungjawab atas diri sendiri dan keluarga.

7. Jangan Jadi Penjamin Pinjaman Orang Lain

Kadang-kadang, hidup kena bertegas atau kering hati..Bukan tak sayang keluarga, bukan tak sayang suami atau isteri tetapi kadang-kadang kena pentingkan diri sendiri demi masa hadapan..Jangan jadi penjamin atau buat pinjaman kepada orang-orang tersayang..Faham kan kenapa?


Hopefully tips di atas membantu..This is what i do..for me and for our family..Bila sesak duit..akan mengadu pada simpanan tabung haji dan ASB . Takde duit..duduk diam-diam kat rumah, peluk laki n anak-anak. Peace =)







Thursday, 26 November 2015

TANGGUNGJAWAB

Senario 1

Kerani kite meninggal dunia..Semasa hayat, arwah mempunyai 2 orang isteri dan 8 orang anak.. Arwah bercerai dengan isteri pertama pada tahun lepas 2014 dan 4 orang anak dengan bekas isteri pertama dah mempunyai kehidupan masing-masing (berkahwin dan berkerjaya)

Kite uruskan faedah ganjaran terbitan dan pencen arwah yang sah-sah isteri kedua arwah yang berhak menerima kerana isteri pertama telah pun diceraikan.

Setelah duit ganjaran dan pencen lulus dan dimasukkan ke akaun isteri kedua arwah, anak-anak bekas isteri pertama muncul ke pejabat...tidak puas hati kerana ganjaran dan pencen arwah dimasukkan ke akaun isteri kedua dan mendakwa pejabat tidak mohon kebenaran daripada mereka dan panjang lebar lagi lah aduan ketidakpuasan hati anak-anak arwah berkenaan pembahagian ganjaran arwah bapanya.


Senario 2

Hari ni kite didatangi oleh 'public', seorang wanita untuk akuan bersumpah berkenaan penjagaan anaknya. Kite minta IC (prosedur biasa), tengok gambar ic , terkesima sbb gambar di ic menunjukkan wanita tersebut seorang yang bergaya dan cantik berbanding wanita yang sedang duduk dihadapan kite..Kite baca akuan sumpah:

 Pernah berkahwin di thailand dengan suami, dan perkahwinan nya dibatalkan kerana tidak sah. Anak  nya adalah anak kandung di bawah penjagaan wanita tersebut.

Kite : Akuan sumpah untuk apa yer?

Wanita : Untuk menyatakan anak kandung saya di bawah jagaan saya, sebab saya nak masukkan di ke asrama anak yatim.

Kite: OOOOhhh, ayah dia mana?

Wanita: Kat Pahang..Dah tak ambil tahu pun pasal anak..saya yang jaga..cuma anak saya terabai sejak saya sakit..Saya depress puan, tengah dapatkan rawatan hospital..makan ubat.

Kite : Ooooohhh, (senyum)..takpe lah puan (sambil tandatangan akuan bersumpah)

Wanita: Puan cuba tengok gambar IC saya, saya dulu lain kan puan, saya pun kerja dulu, tapi dah 5 tahun saya sakit..jadi macam ni lah...mungkin balasan dosa-dosa saya..mungkin Allah nak kurangkan dosa saya..Kesian kat anak saya...terabai..

Kite: Sabar lah puan, Puan jaga diri yer..

Senario 3

Perbualan wassap antara adik dan abang:

Adik : Abang, nak pinjam duit untuk check up baby, nanti hujung bulan dah gaji, adik ganti.


Kite persoalkan tanggungjawab seorang lelaki untuk ketiga-tiga senario diatas..Kisah benar yang berlaku dalam kehidupan kite...Ketidakpuasan hati anak-anak dalam pengurusan harta arwah bapa mereka....Tanggungjawab seorang lelaki kepada isteri yang di nikahi di Thailand dan kepada anak lelaki yang hendak dimasukkan ke rumah anak yatim dan tanggungjawab seorang suami kepada isteri yang sarat hamil anak pertama (boleh mintak duit pada abang??? laki kau mana?)

Wednesday, 10 June 2015

SEDERHANA

SEDERHANA

Dah lama nak post tajuk ni...

Cerita 1

Pernah dulu planning dengan husband...sejak dah ada anak...setiap 4 bulan sekali kite shopping baju untuk anak-anak...biasalah..baru ada anak (masa tu hanya ada Amin saja, Medina belum lahir lagi)...Excited la nak beli baju..kan comel-comel...Walaupun baju yang sedia ada tu muat dan elok lagi..konon-konon nak ikut trend la...beli baju branded-branded...

Hubby okey jer...Dia setuju...Melayan bininya !

Luckily something happened

Semasa di tempat kerja, kite didatangi oleh sepasang suami isteri berketurunan orang asli..nak minta sign majistret (it is one of my kerja hakiki)...isteri dia dukung anak perempuan...sebaya amin masa tu..dalam lingkungan setahun lebih....Sambil minta IC si suami..sempat menjeling anak pasangan tersebut... (Biasalah, bila dah ada anak..nampak budak kecil, akan teringat kat anak sendiri)...

Comel anak pasangan tersebut....tapi comot...kaki nya berkerak (teringat kaki amin yang putih gebu, sebab hari-hari sapu losyen..sebab mampu).....tangan nya ada kesan-kesan kudis/ kesan gigitan nyamuk (teringat kat tangan amin yang putih mulus, tidur hari-hari dalam air cond..sebab mampu), hidung anak pasangan tersebut ada lelehan hingus (teringat kat amin, sihat sentiasa, makan cukup..sebab mampu)...yang paling sedih tengok baju anak mereka...koyak, bertahi lalat penuh dan kotor (Astaghfirullahalazim, insaf ...teringat kat Amin...bajunya elok lagi..x koyak dan x bertahi lalat..wangi sebab bersoftlan...kenapa nak beli lagi barang yang bukan keperluan?..terdetik hati)

Sebak masa tu....mungkin Allah nak tunjuk depan mata...sebab cadangan untuk beli baju Amin (yang bukan keperluan ) tu baru plan dengan hubby...tiba-tiba Allah datangkan pasangan ini depan mata...Terus cancel niat..cerita dekat hubby masa balik...tak payah la beli baju Amin...Baju Amin elok lagi...ada budak yang langsung tak berganti bajunya..tapi masih pakai..sebab tak mampu beli baju baru...Sedih!

Cerita 2

Teringin jugak nak beli kereta baru...Kereta sedia ada dah habis bayar..tapi elok lagi dan tak pernah meragam..Hubby ada kereta juga..Baru beli dan kereta pertama untuk hubby...Siap dah bincang-bincang lagi dengan hubby nak beli kereta jenis apa dan brand..kalau boleh nak kereta import sebab my first car was kereta nasional...Memang niat takkan jual kereta pertama..sebab sayang and sentimental value...(hehe..gedik)....Financially, insyaallah mampu untuk beli..cuma akan tambah hutang ler...huhuu..

Then,

Suatu hari, masa berjalan-jalan dengan hubby n anak-anak naik kereta, masa tu berhenti di traffic light...sepasang suami isteri naik motorsikal berhenti di sebelah..si isteri pangku anak tengah tidur..Anak nya pun lebih kurang sebaya Amin...Kebetulan hujan rintik-rintik...Hubby ckp dengan Amin : Untung Amin naik car...tengok kawan kat sebelah..naik motor je...kena hujan..basah...Amin tak basah pun...Masa tu pun terdetik, aaahh laa..buat apa nak beli kereta baru...kalau bukannya keperluan..sekadar kehendak memenuhi nafsu je kan...tengok jiran pakai kereta besar..nak tukar kereta...takpun tengok orang keliling tukar kereta, kita pun sibuk la nak tukar kereta kan...kalau boleh nak up lagi..biar nampak bergaya dan kaya..biar tak makan...biar 1 hari makan sekali...janji pakai kereta canggih...So...i decided to hold my intention to buy a brand new car...Bukan keperluan akhirnya..Tak rosak pun my lovely Myvi tu...

Selalu bincang dengan hubby mengenai keperluan dan kehendak..Memang mampu..alhamdulillah syukur dengan nikmat yang Allah beri...tapi we decide untuk hidup secara sederhana..At the end of the month..cukup duit dan makan + savings...

Biar tak berganti handphone (ikut trend katanya, pakai aipon, walaupun hp tak rosak) janji tak menyusahkan orang keliling sebab tak cukup duit nak beli makanan sampai hujung bulan...

Biar kereta tak pakai sport rim canggih2 janji tak pinjam duit adik beradik sebab nak beli pampers anak-anak yang sedang membesar..

Biar takde gajet mahal-mahal (yang bukan keperluan pun) janji simpan duit untuk anak-anak secara konsisten untuk masa depan..

Biar orang tengok laki bini ni macam sengkek takde duit...tapi sebenarnya kami cuba hidup secara SEDERHANA.